CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, December 14, 2010

Terima Kasih & Maaf

Salam semua 
salam Malaysia 
salam 1 Dunia ! 

& Very Good Morning


Dalam ruang dan peluang waktu yang amat terhad ini saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang berkunjung ke teratak usang Asam Garam Kehidupan ( AGK ) 


Saya mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada semua yang menghulurkan rakaman ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Ustaz Jamalludin


Dan akhirnya saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi membaca coretan terkini saya sewaktu berpeluang menjejakkan kaki ke bumi para anbia' - Cairo - Egypt @ Mesir ,  insyaAllah saya akan menulis kembali untuk berkongsi pengalaman dan sesungguhnya coretan itu adalah untuk rakaman bertulis saya kerana pengalaman2 itu hanya dapat disimpan dalam bentuk catatan di samping gambar2 yang dirakam menggunakan kamera. 


Buat sementara waktu ini saya dalam keadaan kesibukan  dengan pengurusan kerja - persiapan persekolahan tahun 2011.


Dan mohon maaf tidak berpeluang untuk melakukan kunjungan balas ke ruang2 catatan kalian.



Terima kasih

Maaf

Sunday, December 12, 2010

Ustaz kami telah meninggalkan kami semua....

Petang tadi dapat panggilan telefon dari Trengganu. Rupa2nya isteri kepada arwah Ustaz Jamalludin - memberitahu saya - bahawa ustaz telah kembali ke rahmahtullah 12 hari lepas pada umur 57 tahun - tiada sakit apa2 cuma mengadu sakit dada kerana terjatuh pada pukul 1 pagi. 


Beliau adalah ustaz  mengajar saya dan suami semasa T4 & T5 di SMSM Johor. Saya ada bercerita kepada anak2 tentang ustaz ini beberapa hari lepas dan ada cadangan nak menziarah beliau - tetapi tidak berkesempatan lagi. Rupa2nya Allah lebih menyayangi beliau dan telah pergi buat selama2nya. 


Banyak kenangan manis bersama ustaz ini mengajar matapelajaran Pendidikan Islam kepada saya dan suami  masa sekolah dulu. Kami amat sedih atas pemergian beliau. Masih ingat lagi gelak tawanya semasa mengajar dan kami semua amat menyenangi dengan perwatakan beliau. Semasa beliau mengajar kami - beliau amat rapat dengan kami semua . Kemudian beliau mendirikan rumahtangga dan pulang @ menetap di kampungnya di Trengganu.


Biasanya bila kami berpeluang ke Trengganu kami tidak lupa untuk menziarah beliau dan keluarga. InsyaAllah jika berkesempatan ke Trengganu kami akan menziarah keluarga yang ditinggalkannya. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya ke atas roh allahyarham . Al-fatihah


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)



****terima kasih ustaz yang telah menyampaikan ilmu kepada kami semua.


**** Harap rakan2 di SMSM telah mendapat berita ini.

Saturday, December 11, 2010

Kuatkan semangat...daki Bukit Thursina...8.3

sambungan bab akhir...sampai ke puncak


Nak sampai ke puncak...tak tahu berapa banyak kali kami berhenti...bila tanya pelancong lain...katanya another 10 minutes - another 5 minutes...tapi tak sampai2 jugak ! sampai ketua kami mengalah...tak mahu daki lagi....kami sepakat memapah - aku pun berpapah kepada rakan lain...kami saling berpimpinan....pelan2 daki...aduh....kalau tak kena gaya boleh tergelincir melalui batu2 yang agak tajam....kena hati2 daki...kami suruh dia kuatkan semangat...tak pe kak....pelan2 kita naik...
dah nak sampai sikit lagi ! begitu lah kita beri motivasi kepadanya. 

Puncak Bukit Thursina semakin sayup ! Tingginya !!!....Ya Allah...kepadaMu aku datang mendaki Bukit Thursina ini...kuatkan semangat aku...berikan aku tenaga untuk sampai ke atas.....Akhirnya setelah berpapah dalam kedinginan pagi kami sampai ke puncak Thursina pukul 4 lebih ...Ya Allah alhamdullilah sampai juga aku ke atas bukitMu...tempat Nabis Musa a.s. bermunajat kepadaMu. Tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu dariNya.


Ya Allah! Pagi ini aku sampai ke sini. Alhamdullilah - aku sangat bersyukur - terlaksana hajat aku ke sini - meskipun sebelum ini aku tidak terfikir akan sampai ke sini. Semuanya ini adalah ketentuan Illahi jua. Maha agung ciptaanMu Ya Allah.!

Puncak Bukit Thursina ni tidaklah besar mana pun....di atasnya ada sebuah masjid ( dipanggil masjid ) @ boleh dikatakan seperti pondok stor .....dibuat daripada susunan batubatan...adalah aku agak 6 -7 m x 7 m....dan sebuah gereja. Pelancong bersesak2 atas puncak bukit ni...semuanya menunggu matahari terbit. Terpegun melihat kejadian Allah swt ini....Ya Allah maha agung ciptaanMu....!

ratusan pelancong berada di puncak 

Masa kami sampai ke puncak @ kumpulan yang mendaki ini...aku rasa kumpulan kita orang aje orang Islam @ Melayu...lain2 ramai mat saleh....paderi2...mereka apa lagi - mana2 yang menyembah matahari akan mengadaplah matahari ....membacalah mereka kitab seperti di gereja.
aku dan geng mengucap syukur kepada Allah swt....Kami menunaikan solat subuh di atas Bukit Thursina.....dengan bertayammum. Aku sujud bersyukur kepada Allah swt kerana telah menguatkan kudrat aku ni untuk berpijak jua di puncak bukit ini. 




matahari sedang menampakkan dirinya

Berada atas bukit dalam kesejukan pagi yang teramat sangat....bila matahari dah mula terbit...semua orang mulalah mula turun ke bawah....bila dah siang....barulah nampak keseluruhan kawasan pergunungan batubatan ini......TAK SANGKA aku boleh daki setinggi ini ! Kalau mendaki waktu siang....tak sampailah jawabnya ke atas.....alhamdullilah. Jika diberi peluang kali ke 2 - aku tak sanggup lagi...cukuplah pengalaman yang pertama & terakhir ini. 

 kawasan persekitaran yang bergunung batu batan  @ berbukit bukau?

orang ramai mula turun....betapa tingginya!

gunung batu batan !

Ketika nak turun - perlu berhati2 juga....jangan salah pijak batubatan boleh tergelincir dan aku nyaris tergelincir - lepas tu teruslah berpapah...nak turun pun penat lagi letih....bayangkan tak makan sejak malam - hanya minum kopi panas saja....dah lepas separuh bukit turun aku dan beberapa rakan lain tak sanggup nak meneruskan berjalan kaki.Kami tahan "teksi"  - kira punya kira dapat lah 30 L.E. 
( kalau waktu turun lebih murah harganya berbanding waktu naik )


Alhamdullilah selamat jugak aku yang naik unta turun ke kaki bukit...sampai lebih kurang pukul 9 lebih....matahari dah tinggi...balik ke hotel barulah bersarapan yang telah siap di bungkus....Lepas lunch kami semua berangkat pulang ke Cairo.

deretan bas  menunggu pelancong turun dari bukit
termasuklah salah satunya bas kami...lega...dah turun !

sekian - selepas lunch perjalanan ke Cairo semula

nota kaki: catatan ini untuk simpanan muzium peribadi

Friday, December 10, 2010

Kuatkan semangat...daki Bukit Thursina...8.2

Akhirnya kami terpaksa mengalah....kami sepakat nak naik unta saja....Unta boleh naik sampai ke stesen @ check-point akhir saja dan lepas tu kita diturunkan dan akan berjalan kaki sendiri naik lagi ke puncak sebanyak 700 anak tangga @ 70 - 80 darjah curam ! Naik unta boleh jamin sampai ke stesen akhir selama 2 jam saja.

Maka pergilah kami ke stesen unta. Bukan main banyak unta yang sedang menunggu orang nak menunggangnya....
Seekor unta kena bayar 100 L.E ( 100 pound Egypt - lebih kurang RM 55 - RM 60 ) ....ikut giliran ....sekor2 unta dilepaskan membawa kami....inilah juga buat pertama kalinya aku naik unta ! tingginya ! dahlah tinggi...unta ni berjalan --- macam main jongkang-jongkit...ha3x....tak reti nak describe macamana unta berjalan. Rentak berjalan ikutlah bergoyangnya kaki unta itu !!! jangan main2 - kalau unta ni naik angin boleh dihempasnya kita !!! eeeiiii....takutnya...Tuhan aje la yang tahu....aku berserah kepada Allah swt pada malam itu.

 Moga selamatlah perjalanan aku.

depan ni kak ketua kita orang - 
2 di depan tu geng kita orang juga - try snap dari atas unta yang aku naik...he3x

Bayangkanlah unta ini berjalan di tebing laluan yang curam - tapi unta ini sangat pandai...gerenti tak tergelincir....aku ni dahlah kegerunan...buat terjatuh dari unta ...tergelincir ke bawah bukit yang curam....habis lah  !!! bimbang takut jatuh...terpaksa memaut dengan kuat pada pemegang di tempat duduk atas unta ni....

jadilah dapat snap kepala unta yang
 aku naik untuk kenangan diri ini...

Dalam kegelapan malam...unta membawa kami....aku dalam kebimbangan...apa yang aku ucapkan....aku berzikir sepanjang unta membawa aku....aku baca lah macam2 ayat yang aku tahu @ yang aku ingat...!

Allah swt saja yang tahu betapa kecutnya aku di malam itu...aku membayangkan...aku menghayati perjalanan malam ini...aku membayangkan - macam ni lah agaknya Nabi Musa a.s. berjalan dizamannya....ohhhh...tingginya Nabi berjalan  naik Bukit Thursina ! 

Akhirnya kami sampai ke stesen terakhir....Kalau kita nak berhenti di stesen2 @ check-point boleh juga..setiap stesen ni ade lah gerai2 yang jual minuman panas dan toilet.Tapi aku dan geng  tak berhenti....sebab nak turun dan naik susah atas unta ni sebab tinggi bebeno ! 


teksi untuk mendaki !

Dah sampai ke stesen akhir...lepas tu kita orang terpaksa mendaki sebanyak 700 anak tangga yang curam nak sampai ke puncak....aku bimbang sesak nafas...tapi alhamdullilah tak ade sakit semput....kalau tak sakit semput pun...mana tahu ujian Allah swt nak bagi...ni yang aku bimbang....Tapi sebenarnya memang penat & letih walaupun naik unta....( tak tahu lah....aku ni orang Malaysia yang lemah....kurang stamina......ramai pelancong asing tua2 pun boleh memanjat sampai ke atas ! )




berehat seketika.....bersambung lagi hingga sampai ke puncak ! 

Thursday, December 9, 2010

Kuatkan semangat ...daki Bukit Thursina...8.1

sambung lagi ...untuk sesi mendaki yang sangat mencabar!


barisan pendaki wanita sedang menunggu giliran untuk di periksa

Selepas melepasi tempat pemeriksaan...kita orang mulalah berjalan....jalan - jalan - dalam kegelapan malam ! Nasib baiklah bulan penuh mengambang...jadi nampaklah jalan menuju ke kaki bukit...Pukul 1.00 pagi gitu mulalah berjalan...ramai pelancong dah mula berjalan....jalan punya jalan masih tak sampai2 lagi ! mengikut kata tour guide dekat aje....agak2 dah dekat 1 km berjalan ! dah mula rasa penat - masih belum sampai lagi ke kaki bukit........macamana nak daki bukit yang setinggi lebih 2000 meter tinggi ?
 pulak tu berbatu-batan....


Katanya ada 3000 lebih anak tangga...ingatkan anak tangga macam tangga kat Batu Caves....di Batu Caves ada berapa anak tangga ? ada 200 lebih kan ? ini 3000 ! ohhhh....  tingginya ! rupa2nya tangga2 yang dibuat oleh rahib2 @ paderi. Tangga @ laluan pejalan kaki yang batu2 seperti disusun atur. Bukan lah tangga yang sempurna....hanyalah laluan susunan batu2. Ada juga jalan teksi padang pasir - UNTA!


Kalau berjalan kaki sampai ke puncak hampir 4 - 5 jam bergantung kepada cara berjalan @ berapa banyak berhenti di beberapa check-point. Subuh baru tiba....Aku dan beberapa orang lain dah tak larat nak berjalan...belum sampai ke kaki bukit dah penat ....stamina pun tak ade...macam ni tak boleh jadi....ada nanti tak sampai ke puncak dan letih @ cramp dalam keadaan yang sejuk ! 




sampai sini buat sementara waktu....bersambung lagi menuju ke puncak !

Wednesday, December 8, 2010

Persediaan mendaki Bukit Thursina...7

24hb November 2010 - Dalam kesejukan agak melampau sehingga 8 darjah celcius  menusuk ke tulang...tidur lebih kurang 3 jam saja...dalam bilik pasang heater...kalau tak -mahu kaku ! Set alarm pukul -+ 11.45 mlam ,  buat tak sedar mahu kena tinggal - tapi dalam pada tu,
ade petugas tukang kejut ! 

( aku bangun dan bersihkan diri...angkat air sembahyang....roomate tanya sembahyang apa kak? aku kata sembahyang sunat untuk mempermudahkan segala urusan....sebenarnya aku sangat bimbang nak mendaki Bukit Thursina ini....maklumlah tak pernah seumur hidup aku daki gunung - pulak tu tak ada stamina langsong !- aku memohon kepada Illahi - YaAllah permudahkan urusan aku untuk mendaki dan menyaksikan keajaiban kejadianMu.....nak naik bukit tempat Nabi  Musa a.s bermunajat dan bercakap dengan Allah swt.....ada rasa gerun  nak naik ni...manalah tahu Allah swt nak tunjukkan sepertimana Dia menunjukkan kepada Nabi Musa a.s. kuasa Allah swt. Macam2 jugak lah perkara2 yang tidak menyenangkan bermain dalam kotak fikir aku ni....teruja / rasa gerun / gembira bercampur baur )


Ketika Nabi Musa a.s. di atas Bukit Thursina hendak melihat @ berbicara dengan Allah swt.


142 :  Dan Kami telah janjikan kepada Musa {memberikan Taurat} sesudah berlalu waktu tiga puluh malam dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh {malam lagi}, maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. Dan berkata Musa kepada saudaranya, iaitu Harun: “Gantilah aku dalam {memimpin} kaumku dan perbaikilah dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan”. 


143 :  Dan tatkala Musa datang untuk {munajat} dengan {Kami} pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman {langsung} kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku nampakkanlah {Zat Engkau} kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau.” Tuhan berfirman: “Kamu sesekali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi melihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya {sebagai sediakala} nescaya kamu dapat melihat-Ku.” Tatkala Tuhannya nampak bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada-Mu dan aku orang yang pertama beriman.”


 144 :  Allah berfirman: “Hai Musa sesungguhnya Aku memilih kamu lebih dari manusia yang lain {di masamu} untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.” 


145 :  Dan Kami telah tuliskan untuk Musa luluh {Taurat} segala sesuatu sebagai pengajaran bagi sesuatu. Maka Kami berfirman: “Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang kepada {perintah-perintahnya} yang sebaik-baiknya, nanti Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang- orang yang fasiq.” { Al-A’raaf: 142 ~ 145 }




12.30 tengahmalam  pelancong yang hendak mendaki sudah berkumpul di lobby hotel. Masa kami makan malam kedapatan ramai paderi nak naik bukit ni jugak.( ada 3 agama - Islam , Kristian & Yahudi - jadi ramailah paderi2 pun naik Bukit Thursina juga ). 


Kami diberi minum kopi panas...Suhu sangat sejuk...kena balut seluruh badan...Aku sendiri pakai baju 4 lapis - termasuk baju tahan sejuk...! pakai sarung tangan....pakai seluar pun 2 lapis ! - perlu pakai satu seluar tahan sejuk - setokin lagi....kalau tak kaki / lutut bimbang akan jadi cramp kesejukan bila semakin tinggi mendaki...ni yang takut ! Itupun kuku / tangan nampak bersisik @ - kematu kerana terlampau sejuk...memang gigil la...(manalah pernah kena suhu sejuk macam ni...terkejut kesejukan ! )


Kemudian bas membawa kami ke tempat check point - sungguh ramai orang nak naik ke atas bukit ini. Semua orang mesti di periksa oleh pegawai keselamatan - polis mereka lah @ pegawai ape tak tahu la...yang penting agaknya takut orang2 luar bawak benda2 yang menyalahi undang2...habis dibongkarnya beg kita...apa yang aku bawak hanya kain telekong & air mineral sebotol ! 


tempat check-up sebelum mendaki 
( gambar di ambil setelah turun gunung ! - tengahmalam mana nampak - gelap )


dah panjang sangat ni ....berhenti dulu ye....nanti sambung bila mula nak mendaki...bye










Tuesday, December 7, 2010

Perjalanan ke Sinai...6

Perjalanan dari Cairo ke Mt. Sinai

Pagi2 -  23hb November 2010 - aku & geng bertolak ke Sinai. 6 pagi dah mula breakfast. Pukul 7.00 pagi dah mula keluar dari Cairo. Perjalanan ke Sinai dengan bas mengambil masa 7 - 8 jam - Perjalanan dari Cairo di Benua Afrika menuju ke Sinai terletak dalam Benua Asia. 2 benua kami lalui...! untuk sampai ke Sinai...jalan pintas antara 2 benua ini adalah melalui Ahmed Hamdi Tunnel iaitu terowong yang berada di bawah Terusan Suez yang panjangnya lebih kurang 4.2 km - jadi kita lalu bawah air &
 kapal2 belayar atas kita....hahaha  !


 menuju ke terowong 

dalam terowong 

Perjalanan ke Sinai melalui saujana mata memandang padang pasir

 padang pasir 


ada juga ladang buah zaitun di padang pasir ini

 di perjalanan singgah di sini 
iaitu  kawasan  kubu pertahanan tentera Israel yang ditinggalkan semasa menentang Mesir 



Dalam perjalanan juga kami singgah ke sini


kawasan UYUN MUSA @ Ayoun Mousa ( hot springs )



ini adalah tempat persinggahan Nabi Musa A.S.  yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Terusan Suez dan Gunung Thursina. Mengikut sejarah terdapat 12 buah telaga. 12 buah telaga itu untuk  pengikut Nabi Musa A.S. sejumlah 12 kaum.

Seterusnya kami dibawa ke sini - Hammam Firaun 

 Hammam Pheraon @ Firaun 


Hammam Firaun ini terletak di Persisiran Teluk Suez. Ia merupakan tempat  mandi Firaun pada musim panas dan terdapat sebuah lubang yang ditebuk di kaki sebuah bukit di tepi pantai dan  wap panas keluar dari lubang tersebut dikatakan untuk mengubat penyakitnya..Di tepi pantai ini juga terdapat mata air yang panas dan masih jelas kita boleh lihat air yang keluar itu berasap @ berwap panas.

kami berhenti di sini untuk makan tengahari dan solat

Perjalanan diteruskan lagi melalui gunung ganang batu batan di kiri kanan jalan raya...




kawasan perkampungan 


Akhirnya kami sampai ke hotel di kawasan pergunungan & padang pasir !

sebelum sampai di hotel perlu lapor di ofis ini dulu !
( saya sangat kagum dengan binaan bangunan / rumah mereka
 yang kebanyakannya disusun dengan batubatan seperti ini ! )




kami perlu berehat setelah 7 - 8 jam satu hari perjalanan....sejuk mula terasa bila hari semakin gelap...terpaksa memakai baju tebal...persiapan mendaki Bukit Thursina perlu cukup lengkap terutama dengan baju tebal sebab suhu serendah 8 darjah celcius ! Oleh kerana baju yang dibawa tak cukup tebal aku terpaksa beli sehelai baju tahan sejuk berharga 200 L.E. , sarung tangan ( 15 L.E. ) dan mafla  ( 25 L.E. ) di hotel ini yang lengkap dengan keperluan mendaki & juga cenderahati. ( sungguh malang....rata2 tempat kebanyakannya cenderahati adalah berupa patung2 firaun & sewaktu dengannya !!! - jadi tak lah aku membelinya - agak susah nak pilih yang boleh dibeli.... )


Sepatutnya lepas dinner kami semua diminta berehat @ tido sebab jam 12.00 kena bangun - bersiap sedia untuk mendaki Bukit @ Gunung Thursina jam mulai 1.00 pagi....Tapi dalam kesejukan menyelubungi diri - kita orang merayau2 di sekitar hotel....melihat ramai pelancong2 yang mula masuk untuk menginap di sini...semuanya nak mendaki Bukit Thursina.


Sampai sini dulu.....waktu tido di hotel ini...ha3x....sambung nanti untuk  persiapan mendaki Bukit Thursina.....cuba tanya2 En Google....keistimewaan Bukit Thursina ini.




Bye.............SALAM MAAL HIJRAH