Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. keluarga serta sahabat-sahabat baginda.
Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi proses menjalani laser operation selamat dijalankan dengan jayanya.
Teknologi manusia dengan kuasa daripadaNya jua membenarkan diri ini berpijak di bumi nyata ini.
Saya ucapkan jutaan terima kasih atas doa rakan maya kalian yang saya tidak dapat lah membalasnya.Allah swt jua yang membalas nya. Kepada semua yang tidak dapatlah saya senaraikan di sini....terutama kepada mereka yang kita telah bertemu , kepada mereka yang sentiasa sudi menyapa di alam maya ini melalui catatan di blog saya ini, saya ucapkan jutaan terima kasih.
Tentukan kalian sukar hendak mempercayai bagaimana saya boleh menjalani operation ini.Untuk sebagai catatan dalam blog ini, saya berkongsi pengalaman supaya kalian yang membaca dapat manfaat dan bolehlah ambik iktibar dengannya.Saya akan catatkan kronologi peristiwa ini.
Sepertimana dalam N3 sebelum ini....saya telah mengalami sakit perut...Bila rasa sakit perut - saya kata saya sakit perutlah....takkan nak kata sakit dada / pinggang dan sebagainya kan....kita tak pakar - kata lah sakit perut...memang saya sakit perut...
Minggu lepas Selasa 2 Mac 2010 saya dah masuk hospital - jumpa doktor pakar sakit dalam perut beritahu everything normal - tiada masalah dalam bab sakit perut. Beliau ade juga scan bahagian lain abdomen - tapi tak nampak apa2 tanda sakit, jadi saya pun dibenarkan balik rumah. Saya diberi ubat dan saya akur dengan arahan2 yang diberikan. Dalam pada tu kadang2 saya juga masih merasa sakit perut tetapi orang kata on & off.
Hari Ahad 7 - Isnin 8 & Selasa 9 Mac 2010 , saya 100 % sihat - tak rasa sakit apa2 pun!dan bersekolah seperti biasa sehinggalah pagi Rabu masih 100 % sihat.
Hari Rabu 10 Mac - petang dekat magrib tiba2 saya sakit perut yang teramat sangat....Dah tak tahan nak buat apa....jam 8 lebih saya ke hospital pantai untuk buat check-up segera di emergency ward....Kebetulan Dr Chuah yang merawat saya minggu lepas ada....Setelah berjumpa saya, dan saya telah di check-up semula dan scanning semula....
And now......malam itu, akhirnya dia dapat trace ade seketul batu granit batu dalam saluran ureter. Serta merta beliau hantar untuk dirawat oleh Dr. Yang yang pakar dalam urology. Saya telah dimasukkan ke wad malam itu juga - dan diminta berpuasa selama 12 jam untuk buat CT-Scan & X-ray keesokkan harinya.
Hari Khamis 11 Mac - saya telah menjalani CT-Scan & X-ray .....dan ini keputusannya.
Selepas dapat keputusan ini barulah saya dapat makan pada jam 3.00 petang!
sumber : wikipedia
Dr Yang telah memberitahu risiko & cara memusnahkan mengeluarkan si batu ini . Didapati batu ini bersaiz 3 - 4 mm sahaja.....tetapi dia punya sakit - macam mana nak cerita ta'tau lah....
kedudukan batu ini diperingkat pertengahan ( paling minima 2 mm ) sehingga maksima 8 mm & ke atas
( agaknya kalau besar ....boleh pengsan sakit perut!!!) - rupa2nya selama ini saya sakit perut kerana si batu ini dok bermain2 bergerak2 dalam saluran ureter ini. Bila dia tak dapat masuk ke dalam gall-bladder, tersekat dipenghujung saluran itu sebab tu yang sakit on & off.....Didapati dihujung saluran ureter ini telah bengkak.
Untuk menghapuskan mengeluarkan nya ada 2 cara - yang pertama boleh makan ubat sahaja & kena buat follow-up check-up & boleh bila2 masa akan sakit juga( lambat )....Yang kedua buat laser operation.
Setelah berbincang dengan hubby - & pendapat doktor maka saya memilih laser operation...Orang kata sekali sakit! Malam tu juga saya buat keputusan - esok Jumaat 12 Mac buat laser operation. Sekali lagi saya berpuasa hampir 18 jam.....
Hari Jumaat 12 Mac 2010 - jam 1 petang masuk operation theater - Allah swt sahaja tempat aku mengadu!
Ya Allah semoga pembedahan ini selamat! Setelah dibius oleh pakar bius separuh badan ke bawah - & staf2 yang pakar dalam bidang masing2 menjalani tugas .....saya telah selamat menjalani pembedahan ini - dengan tidak berasa sakit pun! Hampir lebih kurang 45 minit - siap....
saya sedar Dr Yang sedang beroperasi tetapi tidak berasa sakit....pembedahan ini bukannya seperti zaman dulu2 kena belah2 perut macam siang ikan!!! tak perlu itu semua tapi guna teknologi canggih you...sebab operate jenis ini , lepas habis kebas biusnya....nak berlari pun berjalan pun boleh ok....SIAP! Oh....thanks Allah....
Selepas selesai sehingga jam 4 petang barulah saya dikeluarkan dari bilik pembedahan. Itupun separuh badan ke bawah masih kebas seperti batu besar yang sangat2 berat! Tak dapat bergerak langsung.....Hampir jam 6 petang barulah dapat rasa sensation - kaki dah boleh digerak2kan.
Jam 6.30 petang barulah dapat makan setelah berpuasa hampir 18 jam ....
harga sebiji batu halus yang sukar dilihat dengan mata kasar ialah
RM 6,141.60.
Sabtu 13 Mac 2010 jam 4 petang saya telah selamat
kembali ke rumah & berehat - makan ubat sehingga ......
Jumaat 19 Mac 2010 akan buat follow up check-up.
- tamat -