CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, March 14, 2011

kelmarin - semalam - hari ini





kurang sehat....cuaca panas kot...lepas tu ada hujan ...lepas tu...2 hari demam nasi minyak kot...jauh pergi dari yang sedekat2nya hingga lah semalam nun sampai ke Jasin....pulak tu dari satu rumah ke satu rumah bukanya dekat....satu kat kawasan bandar - satu lagi hala ke Merlimau....hubby aje yang tahu...saya tahu ikut je...banyak sangat jalan - pusing sana sini...tu yang mabok gamaknya! akhirnya hari ni - tak dapat lah nak gi sekolah untuk memantau kelas2 tambahan F3 & F5...cikgu lain ada lagi....saya mahu berehat!

Saturday, March 12, 2011

Tsunami - gempa bumi

Bil
Tarikh
Lokasi
1
1755
Tsunami – Lisbon, Portugal – mengorbankan # 60K orang
2
1883
Tsunami setinggi 35 meter – akibat letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda , Indonesia -  mengorbankan # 36K orang
3
1946
Gempa bumi ( 7.8  skala Richter ) berhampiran Alaska, USA – menghasilkan ombak besar setinggi 35 meter – mengorbankan 165 orang
4
1960
Gempa bumi ( 9.5 skala Richter ) di selatan perairan Chile – menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik – mengorbankan > 3K orang di Chile & Hawaii
5
1976
Tsunami di Filipina – mengorbankan > 5K orang
6
1998
Gempa bumi ( skala Richter ) di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 meter – mengorbankan > 6K orang
7
26 Dis 2004
Gempa bumi ( 9.1 skala Richter ) menyebabkan tsunami setinggi 35 meter di Acheh # 170K orang terkorban & 500K hilang tempat tinggal,
> 250K keseluruhan terkorban di Asia Selatan ( Sri Lanka ), India , Thailand & Indonesia
8
28 Mac 2005
Gempa bumi ( 8.7 skala Richter ) di Pulau Nias di pantai barat Sumatera, Indonesia # 1,300 orang terkorban
9
2006
Gempa bumi menyebabkan tsunami di selatan Pulau Jawa, Indonesia – ombak setinggi 21 meter di Pulau Nusakambangan mengorbankan # 500 orang
10
27 Feb 2010
Gempa bumi ( 8.8 skala Richter ) & tsunami di Chile mengorbankan # 500 orang & memusnahkan ratusan ribu tempat tinggal , kehancuran lebuh raya & jambatan
11
2010
Letusan Gunung Merapi di Kepulauan Mentawai , Indonesia meletus menyebabkan tsunami dan mengorbankan # 446 orang
12
11 Mac 2011
Gempa bumi ( 8.9 skala Richter ) di timur laut Jepun menghasilkan tsunami setinggi 10 di meter – setakat ini dilaporkan > 300 maut
Amaran kepada negara2 di seluruh lembangan Pasifik termasuk Russia, Taiwan, Filipina,Indonesia,Papua New Guinea, Fiji,Mexico,Guatemala,El Salvador,Costa Rica,Nicaragua,Panama,Honduras,Chile,Ecuador,Colombia dan Peru.
sumber : Berita Harian & Utusan Malaysia - 12 Mac 2011

Saya tertarik dengan peristiwa ini - selaku guru Geografi saya amat memahami perkara ini berlaku dari sudut fakta geografi.

Sudah lama sejak tahun 2000 saya tidak mengikuti kejadian ini ( mungkin kurang berita @ saya tidak berkesempatan mengikutinya ) - sebab tidak berlaku di negara kita - tetapi berlaku di negara luar - terutama negara yang terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik.

Seingat saya peristiwa Ribut Greg pada 26 Dis 1996 telah berlaku di Sabah.Kemusnahan harta benda & kehilangan nyawa melanda kawasan Keningau, Sabah. 

Selepas itu -  tahun 26 Dis 2004 - dunia digemparkan dengan peristiwa tsunami di Sumatera & kawasan sekitarnya.Dan sehingga kini didapati semakin "mengganas" kejadian2 seperti ini. 


Jika dilihat kronologi kejadian kemusnahan ini berlaku bermula bulan Disember - Mac.....mengapa? ( saya tak buat kajian terperinci - hanya melihat pattern kejadian ini ) -
 tak tahu lah pulak selepas ini akan berlaku bermula bulan April....


“Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yassin : 81)


“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)


“Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Surah Yassin : 83)


wallahualam

Friday, March 11, 2011

Tugas yang mencabar....

Tak ada tugas yang lebih mencabar lagi melainkan tugas memikirkan hadiah apa nak diberikan ...biasanya begini lah....
nak kena fikirkan - citarasanya ( kalau tahu lagi baik lah ) -
 yang dapat diguna pakai....yang sesuai  untuk diri mahupun untuk keluarga.....Inilah yang sukar untuk difikirkan ! 
Bila pergi ke Tesco petang tadi & Jusco pulak selepas magrib tadi - maka berlegar2lah minda ini untuk memikirkan hadiah apa yang sesuai....dengan harga @ bajet yang sesuai ! 


Bukan takat aku memikirkan untuk aku sendiri ....aku kena fikirkan juga untuk bos yang meminta aku membeli bagi pihaknya jugak!!! Sebabnya bos berkursus di JB - dia pesan mintak tolong belikan jugak...
 - esok pagi nak meraikan 2 orang staf yang berpindah - sorang naik pangkat - sorang lagi mohon pindah
 ( pindah dah penghujung tahun lepas....) - yang naik pangkat ni staf sokongan akan berpindah ke sekolah baru lepas cuti sekolah ni...Pulak tu dua2 teruna ( dah beranak pinak dah...) --- lagilah payah aku nak fikir apa yang nak dibelikan - kalau dara tu boleh lah aku fikir2kan yang sesuai dengan citarasa kaum pompuan....akhirnya dapatlah beli setelah sepetang aku termenung di Tesco & suku malam aku berlegar di Jusco....


Selain staf berpindah...adalah pulak sorang cikgu aku  nak berkawin cuti sekolah ni....pulak tu nun jauh di pantai timur - hujung negeri - dahlah hujung negeri...akhir cuti pulak tu pada 19.3.2011....macamana lah kami dari Melaka nak ke Kelantan  weh.....apa2 pun tahniah diucapkan akan mendirikan mahligai .... Maka aku pun congak2lah....aku macam berpakat dengan bos aku ni....aku hadiahkan set pinggan & untuk pihak bos aku belikan set jug & gelas....aku rasa sedang elok beno lah tu....lengkap untuk pengantin baru ni....ok lah kot.....


Nak kena sediakan teks ucapan untuk esok pulak .....

Tuesday, March 8, 2011

e-operasi


jangan lupa semua guru mesti update maklumat
 peribadi sendiri dalam sistem e-operasi KPM  - terutama kepada mereka yang mohon untuk bertukar - KPM akan menggunapakai sistem ini - dan untuk masa akan datang e-operasi ini juga 
akan digunakan untuk e-pangkat - dan macam2 e - lagi lah....
sekian, terima kasih

Saturday, March 5, 2011

Jom sembang-sembang .....


Cantik tak??? dah beli - cantik tak cantik itu soal subjektif...
ikut citarasa tuan rumah lah kan.
Kerusi taman ini baru saja sampai ke sini 3 minggu lepas....
Berkat sabar menunggu kehadirannya - 
dapatlah sepertimana yang diidamkan...
Kena tempah loooo.....asalnya warna macam warna ala2 besi gitu...
tapi mintak dicat putih !
Barulah ngam.....sebab taman mini yang ada ni 
lebih besar lagi sekangkang kera ni berkonsepkan
ala resort @ english cottage
maka ia secantiknya nak warna putih....

Thursday, March 3, 2011

Bila esok hari Khamis...



Bila esok hari Khamis....

1. Dah terasa nak sampai hujung minggu 

2. Sebab tu rasa cepat sangat masa berlalu

3. Biasanya hari Khamis - ade je meeting - esok meeting JK Kewangan pulak ( ingatkan tak jadi...boleh aku buat program lain ! )

4. Dan tiba malam Khamis ni - aku mula lah lemau....sebab nak kena gosok baju kurung batik sutera! Nak gosok baju sutera ni bukannya senang....puas merenjis air - nak kasi lembap2 sikit baru senang gosok. Kes lemau ni...bila aku tak ade stok baju bergosok....hu3x......terpaksa - terpaksa gosok jugak!
Dah ada pekeliling orang gomen diminta memakai batik M'sia hari Khamis - kita ikut aje le...Dah lama stok baju batik aku dah rotate beberapa kali..........bila dah rotate masuk bulan ke 2 / 3...rasa dah lama tak buat baju lagi! asyik2 baju tu aje...he3x....cikgu  cikgu.....cukup2lah cikgu....gasak aje le baju stok tahun 2010!!! 
ha ha ha ha ha....tahun 2011 belum ada buat lagi....tak tahu bila nak buat...stok kain pun tak ada....nak buat macam mana.....
Orang Ganu dok lambai2 cuti sekolah ni......mari lah sini mek oiiii......muroh-muroh je kain ni weh....pilih mek pilih.....comei dah jadi baju !   bila aku nak gi Ganu tak tahu lah.....dah lama tak ke sana....tahun 2010 dah melepas ...ade je halangan....tahun ni ntah lah....kalau tak - aku beli aje kat sini...dah banyak kain batik dijual.
Batik yang cap terkenal di persada dunia pun dah ade kat sini...tak yah le susah2 nak ke sana lagi.... 

 inilah baju yang gosok nak pakai esok !


Wednesday, March 2, 2011

Selamat Hari Lahir


Selamat Hari Lahir Diucapkan Kepada Tuan Pengetua
 Pada 25 Februari 2011
Yang Ke???
Biarlah Rahsia Tetap Rahsia

Semoga Tuan Pengetua Sentiasa Sihat Walafiat 
Sentiasa Ceria 
( kadang2 tuan pengetua ada masalah dengan tekanan darah rendah )


wasalam