Tak ada tugas yang lebih mencabar lagi melainkan tugas memikirkan hadiah apa nak diberikan ...biasanya begini lah....
nak kena fikirkan - citarasanya ( kalau tahu lagi baik lah ) -
yang dapat diguna pakai....yang sesuai untuk diri mahupun untuk keluarga.....Inilah yang sukar untuk difikirkan !
Bila pergi ke Tesco petang tadi & Jusco pulak selepas magrib tadi - maka berlegar2lah minda ini untuk memikirkan hadiah apa yang sesuai....dengan harga @ bajet yang sesuai !
Bukan takat aku memikirkan untuk aku sendiri ....aku kena fikirkan juga untuk bos yang meminta aku membeli bagi pihaknya jugak!!! Sebabnya bos berkursus di JB - dia pesan mintak tolong belikan jugak...
- esok pagi nak meraikan 2 orang staf yang berpindah - sorang naik pangkat - sorang lagi mohon pindah
( pindah dah penghujung tahun lepas....) - yang naik pangkat ni staf sokongan akan berpindah ke sekolah baru lepas cuti sekolah ni...Pulak tu dua2 teruna ( dah beranak pinak dah...) --- lagilah payah aku nak fikir apa yang nak dibelikan - kalau dara tu boleh lah aku fikir2kan yang sesuai dengan citarasa kaum pompuan....akhirnya dapatlah beli setelah sepetang aku termenung di Tesco & suku malam aku berlegar di Jusco....
Selain staf berpindah...adalah pulak sorang cikgu aku nak berkawin cuti sekolah ni....pulak tu nun jauh di pantai timur - hujung negeri - dahlah hujung negeri...akhir cuti pulak tu pada 19.3.2011....macamana lah kami dari Melaka nak ke Kelantan weh.....apa2 pun tahniah diucapkan akan mendirikan mahligai .... Maka aku pun congak2lah....aku macam berpakat dengan bos aku ni....aku hadiahkan set pinggan & untuk pihak bos aku belikan set jug & gelas....aku rasa sedang elok beno lah tu....lengkap untuk pengantin baru ni....ok lah kot.....
Nak kena sediakan teks ucapan untuk esok pulak .....

