CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, June 15, 2010

Day 2 / 2 - Sabtu : 5.6.10

Sementara tunggu masa nak tengok acrobtic kita orang merayau2 dalam Muslim Supermarket di seberang jalan dari Niujie Mosque - aku belilah red-dates , walnut , coklat , air mineral ...tengok2 harga dalam Yuan mahal ... bila dikira2 kat kaunter - separuh harga dalam RM! dan jangan tatau...bila kita dah beli barang2 nanti budak di kaunter akan tanya : nak bag plastik / tidak??? mestilah kita nak bag kan...tak ade bag nak bawak macamana kan.........rupa2nya satu bag plastik kita kena bayar 30 yuan = 0.15 sen ....sebab nak kurangkan penggunaan plastik bag...tak nampak pulak orang bawak bag sendiri....mana aku tau ...aku tak kisah orang - mana nak nampak kan....kalaulah kat Malaysia buat macam tu.....




Lepas tu kita orang dibawa menonton acrobatic show di Jin Sha Teater. Masuk 1st show pukul 5.30 petang - 6.30 petang. Selama 1 jam pertunjukkan - memang lah very2 amazing!!! tak terasa 1 jam dah berlalu.....pergerakan pertukaran setiap satu persembahan sangat cepat & tidak nampak cacat cela nya....

ini baru satu keluar dari bola gergasi - lihat dibawah ade berapa? 
5 orang telah beraksi - merempit - berpusing2 dalam bola gergasi ini tanpa henti!
sangat2 menakjubkan - dan difahamkan ade ditunjukkan dalam tv - believe it or not!
sekarang aku tengok depan biji mata aku ni...memang2 lah sangat2 menakjubkan...

tamat


~~~~ habis terus dinner~~~~ nasib baik lah ade telur dadar - bolehlah makan dengan sayur2an
sangat bagus mengajar aku supaya makan sayuran banyak2......
& malam bershopping di Sunny Gold lagi ~~~~


Monday, June 14, 2010

Day 2 / 1 - Sabtu : 5.6.10


Breakfast di Restoren Salama - nasi goreng China la - apa lagi! ade roti & jem 
kobis goreng - sayur2an memang ada & yang panjang2 tu ialah kuih cakoi



Selepas selesai breakfast - kita orang dibawa melawat ke Tiananmen Square ( sila klik sini ) untuk keterangan lebih jelas tentang Tiananmen Square....the largest city square in the world...kalau sebelum ni hanya berputih mata melihatnya - tapi kali ini telah menjejakkan kaki ku sendiri! ohhhh.....tersangat lah luas.....memang kalah la kalau dibandingkan dengan Dataran Merdeka / di Dataran Sejarah di Melaka! Puas berjalan & mengelilinginya...





Lepas tu terus berjalan menuju ke Forbidden City. Jika nak tahu cerita Forbidden City ni cuba tanya kat En Google di sini 

pelan Forbidden City 
~~~ abaikan minah ini....bukan tour guide! tourist jugak!

Layout of the Forbidden City : Rectangular in shape, the Forbidden City is the world's largest palace complex. 960 meters from north to south and 750 meters from east to west, it covers 720,000 square meters. ( ini En Google beritahu )



jadi naik letihlah berjalan dari pintu depan ( dari selatan ke utara!)


rupa bangunan sama saja


Keluar dari Forbidden City -
pergi pulak ke tempat memproses bagaimana kain sutera dihasilkan 

sungguh terpegun melihat benang sutera yang dihasilkan dari sebiji 
kepompong ulat sutera! nampak tak 3 biji kepompong tu?
lebih kurang sebesar ibu jari

diberi peluang cuba nak buat selapisan benang sutera - 
habis rosak sekeping benang sutera - koyak rabak ! jahanam!!!
tak ade skill ....

lepas tu di bawa untuk membelek2 - untuk membeli2
kebanyakannya bedsheet yang dibuat daripada sutera ini... 
di sini harganya agak mahal & agak payahlah sikit nak mintak diskaun...
kita orang tak beli pun di sini...



dah selesai semua lawatan - lunch & solat...restoren tempat lunch dah lupa namanya


 pemandangan dari luar Niujie Mosque

dalam Niujie Mosque ( gambar banyak kat sini )
- dalam masjid ni ade deretan kerusi & meja - agaknya untuk belajar agama

ukiran @ lukisan dalam masjid ini - sangat unik @ cantik! begitu tinggi seni nya

The Niujie Mosque is located at Xuanwu District of Beijing City. It is the largest and oldest mosque in Beijing City. From the cultural perspective, it is a sign of the spread of Islam in China in the early period. It was originally built in the 14th year (996) during the Tonghe reign of the Liao Dynasty (916-1125). ( sumber En Google )



sekian dulu untuk 1/2 day tour -
lepas ni berehat2 @ bersantai di Niujie Muslim  Supermarket
untuk menunggu masa menyaksikan acrobatic show 
di Jin Sha Teater Beijing jam 5.30 petang




Sunday, June 13, 2010

Day 1 / 1 - dari Tianjin ke Beijing

4hb Jun - Jumaat - 8.30 pagi

Penerbangan dari LCCT Kuala Lumpur ke Tianjin mengambil masa lebih kurang 6 jam. Tiba di Tianjin lebih kurang hampir 3.00 petang . Lepas tu naik coaster van selama 2 jam ke Beijing. 
Teruslah ke Yanxiang Hotel di A2 Jiangtai Road Chaoyang , District Beijing - hotel 4 bintang. Didapati kebanyakan pelancong orang Malaysia ramai yang menginap di sini. Agaknya tour agency memang dah booking hotel ni. Jadi , jumpalah orang2 Malaysia lain yang datang bersama  pelbagai jenis tour group... 

Masa ni musim summer @ panas - siang lebih panjang dari malam...kalau kena berpuasa musim ni letih jugak. Masuk waktu subuh 3.11 pagi - 4.15 pagi....Set alarm pukul 3.30 - 3.45 pagi....dekat2 pukul 4 gitu dah cerah! macamlah kita bangun nak bersahur...walaupun dah cerah...lepas selesai solat ...apa lagi aku sambung tidur le.....walaupun dah cerah - hentam tidur jugak lah...bangun 6.30 - 7.00 pagi dah macam 9 - 10 pagi di Malaysia...waktu di Beijing sama dengan waktu di Malaysia - jadi tak perlu nak susah2 nak kira jam Malaysia ke... jam Beijing ke....jika nak telepon ke Malaysia pun senang...sama waktu.

Lepas check-in hotel ...berkemas2 pakaian dan lain...6.30 petang pergi makan malam di Restoren Salama....Ohhhh memang famous restoren ni...semua rakyat Malaysia amnya orang muslim dari lain tempat datang ke restoren ini. Restoren muslim - tapi masakannya tetaplah Chinese style....nak tak nak kena makan jugak...kalau rasa2 tekak tak boleh nak telan - pandai2 la kena telan jugak! pilih la lauk2 yang rasa2 agak boleh sesuai dengan tekak kita ni! semua menu hampir sama........kebanyakannya sayur2an. Ada jugaklah ayam digoreng dengan sayur @ daging digoreng dengan sayur dan ikan.

Lepas magrib - kita orang terus berjalan ke Sunny Gold Market yang terletak berhampiran dengan hotel...Malam pertama - survey2 dulu harga....tengok2 dulu barang apa yang boleh dibeli....macam2 ade....kena lah pandai memilih - & apa yang nak dibeli.........beli memang boleh beli... tapi kena ingat nak bawak balik nanti macamana! kalau balik dengan lori boleh lah beli banyak2!!! 



persekitaran Tianjin Airport - dirakamkan semasa berjalan menuju ke coaster van....
jauh jugak la berjalan...menunjukkan sangat luas kawasannya!


 
inilah menu makan malam - "mengais2" la aku makan dengan sayur taugeh dan 
sikit2 yang lain...
yang ini je boleh makan...& makan roti ni
bersama tour leader & tour guide - May namanya 
depan restoren Salama


Okey la...takat ini dulu....kisah hari pertama aku & 9 orang lagi rakan lain...
ini kiranya rombongan anak beranak la.....















Tugasan - hantar segera !

Balik je dari Beijing - tugasan segera dah menanti....kena hantar segera!

Semua hadiah2 sudah siap dibeli sebelum ke Beijing - dan ade yang belum di bungkus lagi...petang semalam bergegas lah ke Jusco membeli pembalut hadiah & membungkus

Semua hadiah adalah sumbangan pentadbir sekolah & AJK PIBG ....

Malam semalam telah menghantar hadiah2 berikut ke rumah YDP PIBG sempena perkahwinan anak sulungnya...

Majlis jamuan hari ini...takkan aku nak gi hantar banyak2 begini tengah orang ramai datang....
Karang tengahari pergi jamuan aje le....lepas tu terus hantar si Farahin balik ke KMS untuk menjalani kursus BTN


Saturday, June 12, 2010

Selamat mendarat......Oh...Negaraku Malaysia!!!

Salam semua....kembali bersua semula di arena alam maya!

Tepat jam 12 tengahmalam  11 hb aku & geng selamat mendarat di LCCT, Kuala Lumpur.

Oh....negaraku Malaysia - seronoknya kembali semula ke Malaysia..........

Best macamana kat tempat orang - negara sendiri juga yang BEST!!!
( tatau la orang lain....terutama bab makanan la...) -
pengalaman ni memanglah best...!

Sepatutnya terbang tepat jam 3.50 petang 11 hb - tapi bila semua dah ready dalam kapal - terpaksa duduk saja dalam kapal hampir 2 1/2 jam kerana trafic jammed ....trafic jammed??? jangan tak tahu - kapal terbang pun boleh trafic jammed....iaitu laluan udara Tianjin - Beijing masih sibuk - tak dapat arahan untuk terbang...kena la kita orang memerap dalam kapal....hu hu hu....bila dah lama - maka riuh rendah lah dengan tangisan dan budak2 dok berlari @ bergogak ke hulu ke hilir .... delay 2 1/2 jam....aduhai - perut pun dah berkeroncong ! apa taknya tengahari tak sempat lunch - hanya makan biskut saja....patutnya kalau dah terbang - dah boleh makan....dekat jam 6.30 petang mula terbang -  penerbangan selama 6 jam dari Tianjin...


okey la.....takat ini dulu......nanti I'll try to upload one by one @ day by day setiap perjalanan aku ke sana...

Thursday, June 3, 2010

tolong jengok2 sikit ....bye


dah siap - satu back-pack - satu pakaian - simple  -
tak perlu bawak banyak baju - bawak bersama ubat2an -
sekiranya berlaku kesihatan badan terganggu - senang dah ade -
kang kat sana susah nak cari ubat seperti panadol
buat berat bag aje...very simple jika aku ke oversea ni...


tak banyak masa lagi - naik bas pukul 12.00 tgh malam
dengan member yang uruskan perjalanan ini -
dari Melaka Sentral terus ke LCCT- semoga dipermudahkan perjalanan ini pergi & balik
Akan berada di Beijing 4hb - 11hb Jun malam dah jejak bumi Malaysia - insyaAllah

tolong tengok2 sikit rumah aku ni...kang naik bersawang pulak....

bye - bye...sayonara

Tuesday, June 1, 2010

Dah ready - tunggu hari je...

Waduh2.....agak sibuk sejak beberapa hari lepas....sejak renovate bilik sikit...
Semalam Isnin pulak melayan tetamu dari SMK Sg Limau , Kedah .
Depa tiba jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari - 4 orang guru pengiring & 38 orang  pelajar tingkatan 6 - melawat ke tingkatan 6 sekolah aku ni....lawatan sandaran la tu...




Petang semalam jugak aku telah bergegas ke money-changer menukar RM ke Chinese Yuan....
Lepas tu ke celcom pulak - untuk register international roamming ...
Semua nya yang major things sudah selesai - pakaian pun dah siap packing -
 tak perlu bawak banyak...
Mana2 yang patut dibawak dah letak setempat....malam 3hb terus ke airport -
naik bas jam 12.00 tengahmalam terus ke LCCT ...
4hb - insyaAllah pagi  terbang ke Beijing ...aku akan berada di Beijing & sekitarnya sehingga 11 hb Jun....semoga aku & gengs selamat berangkat & selamat kembali ke Malaysia...sekiranya boleh bertanya khabar dari Beijing ke Malaysia...aku akan cuba berbuat demikian jika ade ruang & peluang...harap2 ade le....ingatkan nak bawak mini lappy - malas la pulak...tak kuasa nak memikul....kang susah pulak kalau nak tinggal2 dalam hotel....fikir2 baik tak payah lah bawak...


kawasan sekitar Beijing akan dilawati - of course akan panjat tembok besar
kalau tak- tak lah sah ke sana !
 Tembok Besar - salah satu yang ajaib di dunia...


bye - bye....