CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, May 1, 2012

Hari-hari terakhir di Chennai (14)

Hari2 terakhir di Chennai 24 Nov 2011....rasa nak sambung hari lagi...tapi apakan daya - semuanya telah di atur seperti itu.

Flight petang , jadi ada masa lagi saya nak menyopping lagi...ha3x. Tak habis2 nak menyopping - sebab nak tambah beberapa helai lagi kain sari ( murah punya fasal...). Bila kira punya kira - macam tak cukup ! (manusia yang tak pernah merasa cukup...he3x - sekali lagi kenapa nak beli lagi ----sebab murah punya fasal ! kalau tak beli -  rugiiiiii)

Dah bayar semua bil di hotel - seingat saya -  saya bayar USD 150 untuk 3 malam. Ok lah kan !
Kami telah dibawa "meronda" ke dalam bandar yang sibuk & ada laluan sesak. Takperlu cite lebih2 lagi...koleksi gambar menggambarkan apa yang saya nak tulis.

 kedai pertama dikunjungi - hubby meneliti paket2 makanan - dengan Mr Salam ni tak perlu bimbang - dia tahu kedai yang boleh dikunjungi dan beli makanan

 ini kedai kedua - khas menjual macam2 citarasa India...macam2manisan - macam2 jenis muruku (ni je tahu...he3x), macam2 jenis kacang....tak terpilih mana satu nak dibeli...

 sibuk memilih apa yang patut dibeli....di sini terperanjat saya sebab sorang penjual tu cakap Bahasa Melayu ! rupa2nya dia pernah bekerja di Klang - dan sekarang balik ke tempat asalnya....
suka bebeno bila nampak orang Malaysia datang !

 sape lah yang datang beli ni....banyak sungguh !

 sepanjang perjalanan ke kedai jual kain pulak....
macam2 ada ! (kalau sanggup nak beli di tepi2 jalan ni - silakan lah !)

 dalam kedai kain yang sangat luas ! 
macam nak raya diorang membeli - sebab penduduknya ramai kan!

 terperanjat saya bila jumpa orang Malaysia! dia yang tegur saya dulu....you dari Malaysia ke?
Ye la ! apa lagi...sepanjang 4 hari di Chennai - ni lah baru bercakap Bahasa Melayu dengan orang India! ha3x...seronok bila bertemu orang senegara ...


 suasana dalam kawasan bandar 

sempat juga menyinggah kedai jual alatan ini....
kalau tempat kita ni - mau saya beli jugak! hu3x....beli2 - kang buat susah je!!!

rehat sebentar....lepas ni saya akan sambung lagi ! bye 


3 comments:

Sue said...

seronoknya dpt travel..

sonata anak kancil said...

Sue : travel ni utk release tension - satu terapi selepas penat bekerja ! sebagaai satu "anugerah" utk diri kita

izz iizza said...

sakan shopping kalau camni nih..macam-macam ada