kereta yang kami naiki sepanjang meredah Chennai
Bandar Chennai @ nama lamanya Madras - adalah bandar pelabuhan yang kedua besar selepas Mumbai. Pertukaran nama Madras ke Chennai semuanya ada kaitan dengan pentadbiran negara mereka. Dan Chennai juga adalah ibunegeri Tamil Nadu (South India). Sepanjang perjalanan menuju ke hotel lebih kurang 20 KM dari airport - rasanya tak ada jalanraya yang tak lengang dan sentiasa bising dengan bunyi hon..Kita pun rasa sangat2 pelik - asyik bunyi hon saja. Kalau kata KL tu sibuk - saya rasa Chennai lagilah sibuk & sangat bising dengan bunyi hon macam2...Tabiat @ budaya mereka gamaknya !
Saya nak gambarkan betapa luasnya Chennai tak tahu lah nak beritahu besar mana - kalaulah penduduknya saja mencecah 5 juta ! jadi boleh agak lah bandar yang sangat padat dengan penduduk. Saya agak2 besar negeri Melaka ka??? atau Negeri Perlis ???.Kalau nak kata KL tu dah besar - tapi saya rasa kurang padat ( saya rasalah -- saya pun bukan pergi KL selalu - orang KL je tahu tentang KL ni ) . Ntahlah yang saya tahu tersangat lah luas dan tersangat sibuk - banyak kereta , van dan motosikal beroda 3 - yang jadi public transport mereka. Cuba baca dari wikipedia ni...
Chennai formerly known as Madras or Madrasapattinam), is the capital city of the Indian state of Tamil Nadu. Located on the Coromandel Coast off the Bay of Bengal, it is a major commercial, cultural, and educational centre in South India, while the port of Chennai is the second largest port in India. As of 2011 census, the city had 4.6 million residents making it the sixth most populous city in India; the urban agglomeration, which comprises the city and its suburbs, was home to approximately 8.9 million, making it the fourth most populous metropolitan area in the country.
Yang saya lihat - oleh sebab penduduknya sangat ramai kedai pun sangat banyak. Penjual2 di tepi jalan pun sangatlah banyak. Kecik2 pun ada je mereka jual - sambil duduk bawah pokok pun ada jual - duduk tepi2 jalan - tepi kedai pun ada je yang mereka jual terutama makanan ....Yang pelik bin ajaib ni - saya lihat ade pulak yang membeli nya....Kami lihat aje gelagat mereka - tuanpuan fahamlah keadaan di sana macamana - saya taklah mengambil gambar2 mereka - kang seperti memandang rendah kepada mereka.
Tapi ini memang realiti - kalau kita kat Malaysia memang tak adalah penjual2 jalanan seperti mereka - penjual2 kita jauh lebih sangat baik! Kalau tempat kita seperti mereka dah lama pihak yang bertanggungjawab menguruskan supaya tak tercemar persekitaran yang memberi impak negatif kepada kerajaan kita. Kalau ke sana JANGAN lah cuba2 nak makan dengan membeli di tepi2 jalan ni...sangat2 tak hygienic.Tak fasal2 sakit perut ke - sakit ape ke....boleh spoil program - satu hal pulak nak cari ubat @ klinik.
Mr Salam telah membawa kami untuk breakfast di sebuah restoren - fasal makan kami tak risau sebab for sure Salam akan bawa ke restoren yang semuanya halal dimakan. Dan dia bawa kami pun ke restoren yang menepati citarasa kita orang Malaysia - dan Salam pun tahu keadaan di Malaysia sebab diapun dah beberapa kali datang ke Malaysia. Jadi , kami tak rasa ragu2 lagi. Dan kawan anak saya yang belajar di Salem pun ada juga memberi banyak info tentang makan minum dan sebagainya.
inilah roti canai - sana panggil parata...makan dengan kuah apa yang kita mahu -
yang putih tu namanya idly ( kat malaysia tak pernah makan...so rasa aje le )
walaupun mula2 nak makan tu memang rasa cuak...(he3x...)
- bukan cuak apa terutama dari segi kebersihan...so tawakkal & telan aje le
biasanya selepas makan di mana2 tempat akan dihidangkan benda alah ni...
rasanya ada mint...
rasanya ada mint...
tujuannya ialah untuk mengelak mulut berbau...sedap ! manis2 mint gitu...
suasana dalam restoren yang saya bersarapan - ok kan !
( saya beri gred B je ikut kita - kat sana bolehlah kategori A )
& kami amat terperanjat apabila seorang staf restoren ini
telah memikul daun kari - macam nak beri makan kambing lagak nya !
mak datokkkkk....sebanyak2 tidak dia pikul daun kari...
tak tahu lah kedai mamak kat Malaysia pikul macam tu juga....
sebab tak berkesempatan nak lihat tu semua kan...
dan kita pun bukan selalu pun makan2 kat kedai mamak ni....
air teh yang sedap ! macamlah teh mamak kat tempat kita...ala restoren mamak kebanyakanya impot dari sana jugak kan....jadi tak lah kami risau kot2 tak sesuai dengan tekak kami....jadi tuan/puan jangan bimbang bab makan2 ni...memang lagi sedap - betul2 Indian style !!!
sempat saya snap depan restoren ni ada masjid & biasanya tempat majlis2 orang Islam -
sebab rumah mereka tak macam rumah2 kita...sempit dan ada yang tak ada ruang -
keadaan rumah mereka tidak sistematik seperti kita -
tak tahu lah jika outskirt Chennai ni...kalau dalam bandar ni tak ade le
keadaan sepanjang jalan - yanag sempat di snap dari dalam kereta walaupun memang sangat sibuk - tapi tak ada kemalangan berlaku - dan tidak jem ! kenderaan mereka sentiasa bergerak...dan non-stop honking ! & very2 heavy traffic -kalau naik motor pulak - helmet bukanlah satu kemestian seperti di negara kita....motor mereka?jenis lama punya ! pernah tengok cite hindustan kan? hahaha macam tu la...kalau biasa tengok filem2 hindustan - begitulah keadaan nya....
selepas check - in semak nama semua dah okey..... sampai lah dalam bilik ini.....dari tingkap bilik ini boleh kelihatan rel keretapi... so, dengarlah muzik jalanan keretapi melalui nya.. |
14 comments:
Terima cikgu kasih share pengalaman, memang seronok pergi tempat2 yg jauh ketinggalan berbanding kita, parata tu sebenarnya tak tibar macam roti canai kita, daripada dor ditekan sampai nipis je, tapi memang rasa lebih kurang roti canai. Saya pernah berpengalaman parttime kat indian restoran terkenal kat uk, bila saya tunjuk saya tebar roti canai dari dor parata, dia orang semua terkejut.
Kamato - hahaha...tak nampak pulak macam mana mereka buat - tapi memang nipis...macam lempeng je ! ...kat sini pandai pulak yg ada tu menebar roti canai ni...
Salam
Wah nampak tpt menginap selesa.
Org tmpt saya di B Pahat panggil roti canai sebagai prata,skrg baru sy tau perbezaan roti dan prata spt kat kamato tu.Tak sangka Kamato pandai tebar utk roti canai!
salam cikgu SAK
saya selalu lalu kat chenai ni tapi tak singgah pasal kapal terbang ke timur tengah dan eropah pasti akan melalui ruang udara chennai hehehe
satu pengalaman baru kita dapat kutip bila mengembara ke negara orang dan pasti menyeronokkan
Rezeki - lain kali mintak kapal tu transit kejap...he3x
betul...baru lah rasa negara kita lagi baik...syukur dengan apa yang kita ada
Assalamualaikum Cikgu Sonata
perut penduduk disitu dah biasa dgn makanan yg di jual tepi jalan tu... kita jangan mencuba...nanti sewa bilik mahal2...tidur kat blk air pulak...he he
Atuk - W'salam - tu lah memang telah dinasihatkan supaya tak beli yang dijual di tepi2 jalan...sgt tak bersih...kalah perut kita
mama ju - ye memang selesa...sgt2 ok - makan kat sini pun ok
Terima kasih kak berkongsi pengalaman... lain tempat lain belalangnya kannnn :)
Salam Sonata.
Selamat menjamu mata dan selera.
Nida - tk jg sudi singgah ke sini...catatan ini untuk rakaman kehidupan ini.
Kunang-kunang - tk sudi bertandang ke sini - seronok tengok tempat orang ni
Salam,
Terlebih dahulu saya kenalkan diri, nama saya Siti. saya sedang membuat research tentang bersuti di Chennai dah tejumpa blog Cikgu.
saya sebenarnya ingin mencari travel agent / contact person yang boleh membawa saya dan keluarga bercuti di sana. tapi disebabkan Chennai bukanlah destinasi utama pilihan pelancong ke India saya mengalami masalah mencari agent terutamnya yang menyediakan hikmat kepada muslim.
Harap cikgu dapat membantu saya memberi sebarang tips atau contact number. Email saya di sitifarha_shaber@yahoo.com.
Terima kasih banyak2.
Post a Comment