Serius aku cakap - aku sorang dalam kapal terbang ke Chennai !!! tentunya tuanpuan dah dapat agak kenapa saya kata saya sorang dalam kapal terbang ke Chennai pada 21 Nov 2011 lepas.
Bila rakan sejawat tanya - kak - puan - cikgu - ke mana pulak cuti hujung tahun ni? Saya kata - insyaAllah akan ke Chennai India. Apa ??? nak ke India - biar betul ! Ye la....nape? agaknya gambaran mereka tentang macam mana lah keadaan negara India kan. Sesiapa yang dah pernah pergi - tentunya tuanpuan sedia maklumlah bagaimana keadaan negara India - best apa ! tak caya ? apa lagi....silalah pergi - sangat best !
( pada saya best aje dapat tengok tempat dan budaya orang luar ni....dan boleh banding lah dengan tempat kita ......DAN BERKOBAR2 lah semangat cintakan negara - cintakan kerajaan kita dan sebagainya !!! terima kasih MALAYSIA negara tercinta )
Saya ke Chennai tak bawak apa2 bekalan makanan pun. Difahamkan di sana senang nak makan - macam mana kita makan kat kedai mamak begitulah juga di sini . Saya kalau travel ke mana2 - kurang bawak makanan ni - hanya beli roti dan air mineral - cukup. Roti Gardenia @ buns ke apa yang kecik2 tu cukup - sama jugak hubby - kami makan roti lebih selamat. Kami bawak satu beg pakaian je...(jimat beli luggage AA) - masing2 bawak back-pack dan hand luggage - beg masa pergi ringan ....untuk balik- tambah sampai 20kg (mana tahu kot nak sumbat segala bagai yang akan dibeli di sana !) ......itu pun dah berapa kena bayar kan! Tiket yang kami dapat ni consider murah lah - RM300 (sorang) pergi balik - termasuk luggage & makan yang siap di order...worth.
Dari Melaka kami naik bas je ke LCCT - dah senang sekarang ada bas dari Melaka terus ke LCCT dan KLIA...tak ada sape yang boleh hantar ke airport ( walaupun ada - tak mahu menyusahkan orang ) - naik bas jam 12.00 malam. Pergi awal - lepak le kat LCCT tu...biarlah awal pergi - bimbang apa2 hal kemungkinan boleh berlaku. Pernah kami ke airport - naik bas jugak - lepas tu bas ada problem - tapi okey lah sebab flight masih lambat lagi.
Flight ke Chennai jam 6.15 pagi. Kita orang lepak la kat LCCT tu - faham2 aje le kan kat LCCT tu - macam tak rupa naik kapalterbang - ramai sungguh orang - melepak sana sini - macam naik bas aje !!! naik bas pun ada sistem beratur2 jugak. Macam2 jenis warna orang ada - sebab tambang murah kan...warna pelangi lah senang cakap !!!
Dah siap solat subuh - kami pun beratur lah nak masuk ....bersidai lah orang yang ke Chennai. Termasuklah kami dok menunggu jugak. Saya tengok orang keliling - rasa2nya semua orang dia (sedia maklumlah sape dia kan ) !!! saya sorang je Melayu. Sah lah orang keliling jeling2 kat saya - tak kurang juga yang bertanya saya - off-course la nak ke Chennai kan....sebab saya sorang bertudung. Saya rasa masa tu saya dengan hubby je orang Melayu. ( Saya perasan je orang kata kat saya ni...) - apalah minah melayu buat nak gi Chennai....orang mungkin kata kat saya je...diaorang takkan kata kat hubby saya !!! Hubby saya ni mix-blood Ceylonese + Arab...sahlah mereka kata saya kahwin dengan orang mereka...he3x....jadi dalam kapal tu seolah2 saya soranglah Melayu.
Penerbangan ke Chennai > < 3 1/2 jam - oleh kerana Chennai ni di sebelah barat Malaysia - so, kita gostan masa ke belakang - sampai ke Chennai Airport > < jam 7.30 pagi....masih pagi lagi....Beza waktu > < 2 1/2 jam dengan Malaysia.
Sampai je kat airport - biasalah kan- cek imegresen - barulah nampak - yang mana Malaysian yang mana Indian tempatan sana. Yang dari Malaysia tu ada yang nak pergi ke kuil mereka ( kat Chennai banyak kuil - masjid pun ada ) - ada juga yang melancong - adalah yang menegur saya....masing2 wish lah kat kami - happy holidays - have nice vacation...have a good days...Kat imegresen ada lah oficer tu tanya - first time here? yes...holiday ? yes...dia dok perati betul2 muka saya ni....Malaysian ? yes....cakap gitu je...biar senyap sikit - buat bodo je....he3x....selamat. Manalah tahu kan...buat banyak cekadak orang2 ni...( nanti balik saya cerita kat kastam / imegresen lagi )
Keluar je airport - mata saya melilau mencari2 tour guide kami di Chennai....kalaulah dia tak datang - macam mana ? jauh jugak lah nak keluar....alhamdullilah dari jauh dah terpampang nama saya !!! ahhhhh...lega rasanya....maklumlah negara mereka - tak nampak pun orang kita !!! tak ke haru tu....tak nampak berapa ramai kah orang kita ( melayu khasnya ) di sana....lainlah kalau belah2 Indon ni...nampaklah jugak rupa2 orang kita...Kami rasa secure di sana sebab confirmed dapat guide Indian Muslim - yang dikenali (walaupun first time jumpa kan ) - kalau tak - tentunya rasa bimbang jugak dengan yang baru nak kenal...
Kami pun beri salam - assalamualaikum - Mr Salam ? ohhh...yeah...Yes - Mr Salam - nice to meet you - you're welcome to Chennai . Maka berabok lah kami cakap omputih - nasib baiklah dia pun boleh speaking telor dia lah...he3x....buat dia tak faham langsong - apa ke rupa tu??? kang jadi lah macam ayam dgn itik yang tak tahu apa....Dia datang bersama cousin ( lupa dah nama dia...) - sebab cousin dia ni kurang faham bahasa Inggeris...sepatah dua bolehlah...so , senyap sikit - dan dia jadi driver....Sekali sekala dia menyampuk kalau dia faham dan boleh bercakap. Mr Salam aje yang melayan kami bercakap.
Dah masuk kereta nya - dah agak jauh berjalan - adik ipar dia dari Melaka telefon bertanya kan saya dah sampai ke belum - punyalah happy dia....( mereka ni nampaknya sangat bangga kita sampai ke tempat dia...) - lega bila dapat tahu saya dah selamat sampai. Alhamdullilah
ok...jumpa lagi celoteh saya gambaran bandar Chennai yang ditempuhi...
14 comments:
Assalamualaikum Cikgu Sonata
ingatkan kapal terbang tu kosong... he he
nak pergi pekena kedai mamak la...lepas baca n3 ni...
Seronok membaca coretan perjalanan. Lebih seronok jika ada paparan gambar di sana... pleaseee...
Salam ...
seronok baca,
Saya pun ada plan nak ke India, tapi tahun depan, ke Utara India kot...tengokla, jadi ke tidak..
apa pun memang memberi pengalaman kan..
Wah bestnyer. Teringin juga nak ke Chennai dan kashmir...men salji...weeeheeeee ( berangan jap)
Salam cikgu
Wah dah pandai tutup2 muka ek?
Tak sabar tunggu cerita seterusnya...
Atuk - w'salam - memang pun...apa lagi semuanya mamak style
Azlanlin - ok insyaAllah coming - coming soon -
Nadz - jadi lah tu...plan awal2...kita ni kena tunggu cuti sekolah aje le
mamawana - insyaAllah boleh tu,,,kumpul sikit2 dulu...lama2 sampai la ke mana jua
Mama ju - W'salam - malu mamaju ! tutup2 pun ramai dah kenal siapa sy...kwang2
Dah pernah sampai Chennai 4 tahun yg lepas, tapi bukan utk jalan2, ada conference. Kami bawak sekotak air minreal (atas nasikat kawan2 India Malaysia). Hmm..kesimpulannya tak nak pergi India lagi kot lepas ni...unless kerana kerja dan terpaksa. :D
Wan Nurdiana - tk sudi ke AGK...tentunya puan sedia maklum
keadaan di sana - tp sy suka nak ke sana lagi !
best kalau boleh jalan2 macam cikgu..hehehe
Arol - boleh aje ke mana2 jua...sebab sy lihat ada jugak mereka seperti Sdr Arol berjalan2 ni
Post a Comment