Ini cite dah lama - dik tak sempat2 nak melayan blog ni...tertangguh lah nak cite kembara kami ke Chennai, India @ Madras. Kami ke sana pada 21 Nov - 24 Nov 2011. Dah lama dah...tapi masih segar diingatan ini semasa kami berada di sana.
Kenapa pilih Chennai? Cite nya macam ni....
Ini semua gara2 Airasia yang jual murah giler tiket ke pelbagai destinasi - kalau tak silap dekat hujung2 tahun 2010 - cari punya cari - kami berpakat nak gi Kolkata , India. Nak tengok negara India pulak. Tengok2 tarikh yang sesuai dengan cuti masa tu nak pergi masa cuti Hari Malaysia 16 Sept 2011 - dapat cuti 3 hari. Tiket dah order - cari agensi yang jual ground + buat visa sekali. Kalau nak pergi ke India, carilah agensi India - senang. So, saya direkomenkan Dheshu Tarvel, KL. Urusan semua okey - tak pernah bersua pun - hanya dengan telefon & email sahaja. Visa pun mereka uruskan - bayo aje le kan.
Dari Melaka kami naik bas ke LCCT - Bila nak cek boarding - tarikh ke Kolkata bertukar! Bertukar ke 17 Sept - alamak - silaplah - kami tertanya2 betul ke hari ni tarikh 16 Sept ke 17 Sept? Patutnya balik pada 18 Sept - tapi dah tukar balik 20 Sept. Cek kat kaunter apa cite ni? apa silap kami ni? sebelum pergi dah semua cek ok - rupa2nya oficer tu kata - ada contact hubby tapi tak dapat - ada hantar email - kita orang tak bukak lah email - masa tu sibuk nak raya - mana lah ada masa nak cek ini semua....jadi macam mana? takkan kami nak terbang juga ke Kolkata - tarikh dah berubah - hotel kat sana tak ape - no problem boleh ubah hari - tapi kami dah tak dapat cuti ...bahaya - bahaya.
Kita orang komplen lah macam mana nak buat ni - hotel @ pakej dah booking - semua dah bayar...hari tu pulak cuti umum kan - travel agensi yang urus pun cuti...tak dapat hubungi. Gitu gini AA bagi ganti - pilihlah mana2 destinasi dengan harga tiket murah giler ni ( RM300 pergi balik ) - oleh kerana dah jadi 4 hari - maka kami pilih cuti sekolah hujung tahun - kami pilih lah Chennai - yang lebih jauh dari Kolkata & tercapai lah cita2 kami yang plan asalnya nak Chennai - tapi masa tu kira punya kira tak cukup kalau pergi 3 H 2 M sebab jauh - kami pilih aje Kolkata. Bila AA tambah hari lagi - pilih lah Chennai , lagipun kami dah bawak berbelas2 ribu rupee ! (pada hal RM1000 je ...)
Balik lah kami hari tu ke Melaka semula. Tunggu lah cuti sekolah 21 Nov 2011. Balik dengan Fatehah (kakak) sebab dia datang dari UIA nak hantar kami ke India - rupa2nya hantar lah kami balik ke Melaka!
Agaknya kejadian ini semua telah disusun oleh Allah swt. Selang beberapa hari dapat berita Kolkata telah bergegar dengan gempa bumi yang berlaku di utara India - yang tak jauh dengan Kolkata - seperti dari Johor / Melaka ke Perlis je...Bayangkan lah kalau kami berada di Kolkata masa tu .....alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi. Biarlah rugi sebab pakej dah dibayar....hanya dapat claim RM200 sj. Tak apelah dah tak rezeki kami - sabo aje la.
Pergi ke Chennai kami tak guna khidmat travel agensi. Semuanya kami urus sendiri. Kami booking hotel sendiri - buat research lah kan...bukan boleh main redah aje...kalau kat tempat kita ni bolehlah kalau nak walk-in sekalipun. Hotel pun dah dibooking - mulanya nak hotel murah - 3 star - masalah pulak hotel ni tak terima mastercard. Terpaksa lah kami tukar ke 4 star ( harga pun sederhana aje RM 150 kalau tak silap semalam) - hotel ni terima mastercard. So, 3 malam - RM450 okey lah untuk berdua.
Oleh kerana kami pergi berdua aje - ala2 backpackers - ( sebab bukanya nak membeli belah sangat - saja nak tengok tempat orang kan ) - tak ikut mana2 agensi yang sediakan pakej - yang for sure mahal ! Saya pun mulalah buat research tentang ke Chennai ni. Kebetulan juga kawan Fatehah ada belajar di Tamil Nadu , saya pun ada rujuk dengan dia. Sayang nya bila sampai ke Chennai - dia balik ke Malaysia dah habis belajar.Kalau tak dia pun boleh tolong guide saya di sana. Nak jadi rezeki kami lagi - saya teringat lah salah sorang cikgu saya India Muslim ada pergi ke India kerana ziarah keluarga nya . Saya tanya lah keadaan di sana - rupa2nya keluarganya ada di Chennai.....Bila saya mintak tolong dia cari guide di Chennai - dia pun beritahu abang iparnya ada buat travel agensi di sana...apa lagi senanglah hati saya - alhamdullilah semuanya ini adalah susunan perjalanan oleh Allah swt. Saya pun hubungi abang iparnya - dan dia pun beritahu sape saya yang akan ke Chennai - dia sanggup jadi guide ! ahhhh...lega saya...kalau tak - rasa bimbang juga kan...maklumlah kami pergi berdua aje....
ok - sampai sini dulu - akan bersambung.
Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK
Wednesday, March 14, 2012
Kenapa pilih Chennai ? ( 1 )
Posted by sonata anak kancil at 10:33 PM
Labels: India - Chennai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salam..menunggu episod seterusnya..
mama nadz
eh murah jugak hotel 4 bintang di sana. Ada org kata hotel di sana mahal .... huhuhu
Oh begitu kisahnya. Tak tahu yg tujuan asal awak nak ke Kolkata. Nak tengok Lubang Gelap Calcutta ke?
Mama nadz - insyaAllah - cuti sekolah ni lapang sikit akan di citer lg
Yunus Badawi - pilih lah hotel yang harga murah...nak mahal pun ada !
Yunus Badawi lagi - sebenarnya tentang Kolkata ke Chennai ke - kita orang zero info - rasa cuak pun ada - bimbang macam2 boleh berlaku kan
Boleh tak share contact no.travel agensi abg kwn puan tu. Saya bercadang ke Chennai bulan 2 akan dtg. Mohon emailkepada aziraa@tnb.com.my
Post a Comment