CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, March 26, 2012

Makan tengahari di Motel Mamalla @ vegetarian restaurant (7)

Hari ke 2 - selepas sepagi di Mamallapuram nak balik ke bandar Chennai...

Sebelum berhenti untuk makan tengahari ....maaf saya tunjukkan jenis toilet ini !!! saya nak cite lah jugak tentang nature call ...he3x....toilet ini di tepi jalan -  ala2 R & R kita di sini - adalah jugak gerai2 kecik menjual cenderamata & penjual2 jalanan - tapi taklah saya membelinya - walaupun jauh di sudut hati melihat keadaan mereka yang  seperti terpaksa menjual barang2 perhiasan kepada pelancong untuk menampung kehidupan mereka - rasa kesian pun ada...


 saya terkejut lihat toilet seperti ini....tidak berpintu !!! untuk lelaki pun macam ni jugak - tapi untuk lelaki ada mereka kisah??? mana2 pun boleh !!! kena bayar pulak tu.... beberapa rupee saja. Nak tak nak saya berpesan kepada hubby ...tolong jaga saya - mana lah tahu orang datang menjengok....haru nanti. Punyalah tak keruan kita nak membuang ....he3x


selesai cite toilet ...ha3x

 *******

 inilah restoren tempat kami makan tengahari - vegetarian restoren -
 taklah jauh sangat dari Mamallapuram 


menu - harganya murah !


set makanan yang diorder oleh Mr Salam dan rakannya  - 
mula2 mereka makan roti (alas dengan daun pisang) - 
tengoklah tu macam2 jenis kuah yang diberikan  untuk dimakan dengan roti dan nasi

 lepas makan roti - mereka makan nasi pulak - cara mereka makan - mereka akan gaul @ ramas nasi dengan macam2 kuah yang disediakan....dan nasi ni boleh ditambah jika nak lagi !

 saya order veg. beryani  - sangat2 sedap ! bukan sebab lapar ...memang sangat sedap !
kalau di Malaysia - saya boleh habis sepinggan (jika lapar bergantung kesedapannya ) -
 tapi di sini - sedap punya fasal - boleh habis saya makan !!! dan harganya yang sangat murah...
kalau lihat di menu harganya 70 @ 80 rupee - 
taklah sampai RM7 sepinggan - kan murah tu ( 100 rupee = +- rm7 )
he3....hubby rasa jugak - dan dia kata memang sangat sedap....

 hubby makan roti prata - pun sedap kata hubby ! 

Jumlah semuanya dibayar oleh hubby ialah 316 rupee ! lebih kurang RM 21 ...kan ke murah tu - selepas makan - sehelai kertas untuk penilaian tentang makanan dan servis yang diberikan - saya beri excellent....sampai la ni - ada je email yang di send kepada saya tentang promosi makanan & diskaun dari restoren  mereka....


okey saya berhenti sini dulu....sambung esok pulak perjalanan kami

14 comments:

NzA said...

akak p melancong kt mana kali nie?????....sory ye dh trbyk trlepas kisah prcutian akak...ni nk kena dtg khatam balik nie......

Nida said...

aduhhhh... terkejut juga melihat keadaan toiletnya. Agaknya mereka dah biasa kot melihat sesama sendiri. Kalau di NZ setakat yg kami jumpa tiolet semuanya free.

Terliur pula melihat nasi beriani tu :)

Anonymous said...

Salam Sonata,

Macam mana nak relaks buat bisnes yer kalau tandas tak ada pintu...

ONE FAITH RESOURCES said...
This comment has been removed by the author.
ONE FAITH RESOURCES said...
This comment has been removed by the author.
sonata anak kancil said...

Nza - ni semua sambung hari ke 2 di Chennai

sonata anak kancil said...

Nida - tu lah "panik" bila tengok macam tu...he3x

sonata anak kancil said...

Kunang-kunang - w'salam - tu lah - leceh betul...dah terpaksa nak wat mcamana kan...

Ayah Zain said...

salam cikgu sonata

bila nak buat rombongan ke sana lagi? Boleh az n mz ikut sama

NzA said...

caooooooo....kt chennai rupanya.....

sonata anak kancil said...

AZ - tak tahu lagi bila - mungkin tahun depan? tahun ni tak boleh dah...insyaAllah jika ade pakej yg sesuai

sonata anak kancil said...

Nza - seronok gi sana !

rezeki said...

salam

jauh perjalananan, luas pengalaman dan menyeronokkan

pernah baca review kat satu forum, depa kata kalau flight ke india , dalamm flight bau kari dan sewaktu dgnnya je hehehe

sonata anak kancil said...

Rezeki - w'salam - betul tu menjelajah ke negara luar dapat macam2 pengalaman yg berbeza dengan tempat kita....tu lah sy ada beritahu - sy sorang dlm flight ! 99% orang dia aje...he3x