Sebelah petang hari pertama menjejaki kaki di Chennai - mulalah lapar kan...apa nak makan? nak tak nak kena makan lah apa ada - masih ada buns yang dibawa dari Malaysia. Selepas puas berehat dan selesai solat...opppssss...jangan lupa bawak kompas untuk menentukan arah kiblat jika berjalan ke luar negara ni. So, jika ada tak jadi masalah besar - semuanya akan mudah belaka.
Kami turun ke cafe - di sini kami minum teh tarik - teh yang dihidangkan secukupnya untuk 2 orang - cukup2 aje dalam teko semuat 2 cawan aje...comel je...he3x - dan harganya murah berbanding minum teh di hotel Malaysia. Tukaran duit 100 Rupee >< RM 7 - kat hotel Malaysia tak pernah order makan ke bilik - di sana boleh buat - bayar pun tak sampai RM15....hehehe....jadi orang kayo di Chennai.
pelajar kolej yang berhampiran - nak balik lah tu....
yang kami lihat depan hotel - pelbagai gelagat orang di sana &
kenderaan motor beroda 3 sangat banyak di sini
Sepetang hari pertama - kami hanya berjalan2 sepanjang jalan raya depan hotel ini - dan memerhatikan kenderaan yang melalui jalan raya ni....orang kata mengukur jalan - ikut arah suka hati le...yang penting tahu jalan balik.Nak jalan lebih2 lagi - bimbang jugak. Tengok gelagat orang di sana macam2 lagaknya ! Ada juga yang offer kami naik motor...he3x...tak berani - kang mana dia bawak "jual" kami tak fasal2....
kuda pun ada tepi jalan ni...
Sepanjang jalan ni - kalau berjalan tu berhati2 lah....tepi2 bahu jalan tu bukannya elok benar. Dan keadaan tepi2 jalannya yang kotor & berbau h....c....g ! know what? The biggest t-il-t in the world!!! Ikut suka dia (man) je...he3x - buat2 tak nampak aje le bila nak melepas tu ! Sungguh ! Ini pada saya mereka yang homeless - mereka hanya menumpang di mana saja yang boleh ...(orang Melaka kata asal boleh !). Ada juga seperti orang berkeluarga - tapi mereka tak ada tempat tinggal tetap...asal malam mereka bergelimpangan di mana jua.Mungkin ini semua sebab desakan kehidupan yang susah.
rupa stesen minyak - simple je....tempat kita?
Tengok orang naik public transport terutama bas....lebih macam sardin - melimpah keluar pun ada ! kita pulak naik takut tengok mereka bergayut kat pintu bas....memang sangat sesak.Kenderaan di sana tak pernah lengang ! ntah bila lengang tak tahu lah....mereka tak tido ke???
kenderaan yang sentiasa bergerak...ntah ke mana tempat dituju tak tahulah !
*
*
*
Lepas magrib kami menunggu Mr Salam untuk membawa kami ke mall untuk membeli roti /biskut - air mineral - sebab keesokan hari kami akan pergi keluar bandar Chennai iaitu ke Mamallapuram @ Mahabalipuram, tempat pelancongan 60 KM dari bandar Chennai. Kenalah bawak bekalan - kang nak makan di mana2 tak pasti pulak boleh makan @ tidak ! ( betul pun ....sebab jauh ).
Mall yang saya pergi ni - tersangat besar jugak - lebih kurang macam mid-valley kot..tapi saya rasa lebih besar lagi. Ntah berapa wings tak tahulah....jalan2 boleh sesat jugak ( kita tak biasa kan...sesat lah !!!). tempat letak kereta nya pun saya rasa sangat luas....ini semua agaknya untuk keperluan penduduknya yang sangat ramai tu. Kalau mall besar - manusia ramai - jadi tak nampaklah sesak. Jadi, kita membeli pun agak relaks....
macam2 jenis kacang - kuih - ada seperti yang terdapat di tempat kita...serupa aje !
& pelbagai ada manisan macam2 rupa...
tersangat lah besar tempat parking ni..
Di bandar Chennai ni - tidaklah saya melawat ke semua tempat. Nak kata ada tempat istemewa tu - tak pasti lah di mana sebab bandar yang sangat besar - sebab ianya lebih kepada komersial - pusat perniagaan. Macam2. Dengan Mr Salam - senang - kami telah dibawa ntah ke ceruk mana dibawak nya kami keliling bandar ni - jadi macam2 saya lihat. Kalau satu kawasan tu tempat baiki kereta - seluas2 tidak kawasannya ! Di Chennai ni kalau pergi untuk shopping - sangatlah saya suka !!! Siapa kaki shopping boleh pergi Chennai....( nak pergi lagi rasanya!!!).
Dari Chennai juga boleh pergi ke Karala - jauh ke selatan lagi - tapi masa kami agak terhad tak lah sampai sebab kena bermalam di sana - tak boleh balik hari. So, saya tak lah pergi ke sana - hanya sekitar bandar Chennai aje dan hari ke 2 tu ke Mamallapuram
sekian - nanti tengok apa ada di Mamallapuram
Dari Chennai juga boleh pergi ke Karala - jauh ke selatan lagi - tapi masa kami agak terhad tak lah sampai sebab kena bermalam di sana - tak boleh balik hari. So, saya tak lah pergi ke sana - hanya sekitar bandar Chennai aje dan hari ke 2 tu ke Mamallapuram
sekian - nanti tengok apa ada di Mamallapuram
10 comments:
Assallamualaikum cikgu Sonata,
Saya suka sangat kalau dapat melawat tempat-tempat yang sebegitu, yang dapat kita lihat perbezaan masyarakat, dan kita pun dapat rasa jadi orang kaya!.
Kalau pergi Singapore dah jadi miskin pulak..
W'salam - taste nadz sama dengan saya...next week gi Singapore - miskinlah jawabnya...he3x
Ha ha kelakar la.. kejap kayo kejap miskin ha ha.. yang tak tahan tu bau busuk tu.. geli pulak..
Che Mid - bab bau busuk ni memang lah tak boleh tahan ! diorang dah macam tu
hehehe... seronok juga jadi kaya di negara orang. Teringat kisah adik saya yang menjadi jutawan di Indonesia bulan lepas..hehehe.
Kalau NZ ni ler, tunggu bulan jatuh ke riba kot baru leh jadi jutawan :)
jauhnya jalan2 sampai Chennai,, bila ntah ada peluang nak melancong ke luar negara macam tu.. dalam mimpi jelaa
Salam perkenalan.
kaya tapi hati2 tentang kebersihan & kesihatan.
Nida - tu yang best ke negara macam ni...terutama bab menyopping !
Dieyna - ada masa serta cukup bajet ke mana jua boleh pergi...insyaAllah boleh tu
Mak Wardah - terima kasih sudi kenal di sini...negara2 seperti ini kita perlulah berhati2 tak boleh terjah sembarangan terutama makanan
Post a Comment