Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK
Wednesday, September 24, 2008
For the Eid ul Fitr (still update)
Posted by sonata anak kancil at 11:04 PM 0 comments
Sunday, September 21, 2008
kemas rumah
Posted by sonata anak kancil at 12:44 PM 0 comments
Saturday, September 20, 2008
Kari oh kari + puding sagu
Hari ni ada ada rajin sikit, aku kacau sagu mata ikan tak ade le banyak benor - yang berbiji2 kecik tu. Kacau2 dalam air mendidih , masuk dalam acuan kecik2, dah sejuk masa bebuka - makan dengan santan+air gula melaka - jadilah puding sagu. Sekejap je buat. Ok lah tu. Buat dapatlah 6 acuan , aku makan satu, Fahd makan satu, 4 lagi masuk peti. Bila pulak lah nak makan, esok kot....Harap2 riwayat puding akan tamat esok. Tak pe simpan dalam peti boleh tahan 2/3 hari.
Hari ni aku mintak tolong beli air tebu, wow sedap! Sekali sekali ok la. Biasanya air teh memang tak tinggal. Hubby memang puji bebenor, wow best air teh awak!!!Air ketira memang tak tinggal - beli 2 bungkus. Bila habis semua solat - apa lagi moreh lah jawabnya!
Posted by sonata anak kancil at 9:51 PM 0 comments
Bila bersahur
Makin lama bersahur-makin dah nak masuk 10 hari terakhir, makin kurang rasa selera ni, makan sikit je. Sebab rasa kenyang lagi sejak berbuka semalam.Bersahur mesti punya,paling tak pun minum air. Semalam berbuka makan beehoon sup/soto+bergedil daging (he he he - orang kat Gombak, jangan jealous - kat sana mana ada bergedil daging - bergedil kentang ade le!!!), bersahur tadi pun makanlah sikit beehoon sup/soto. Wow semalam beli ayam kampung organik (fully islamic process) - member dapat suply dari mana tak taulah, taklah macam ayam daging selalu beli. So masak separuh aje, tak habis, tak pe simpan, nanti pandailah aku nak buat apa pulak (recycle).
Biasanya (almost everyday) makan + minum air milo. Kurma sebiji dua. Lain2 yang jarang dilupakan - suplement. Ini perlu juga untuk kesihatan. Dah nak senja2 ni, macam kereta tua, kalau rajin servis - huh jalan laju je. Takat le ni, jalan laju memanjang!Ok le, stop dulu. Kepada anak2 semua yang sentiasa mengikut cerita umi di rumah, selamat bersahur, selamat berbuka puasa, bila kalian balik untuk berhari raya???Orang kat KK Sabah tu, dah banyak buat kuih raya ke?
Posted by sonata anak kancil at 5:22 AM 2 comments
Friday, September 19, 2008
remaja la ni # remaja dulu
Itu yang ada parents. Ada juga yang berlaku disebabkan oleh broken family. Seperti pernah dikatakan, anak2 yang jadi mangsa. So untuk memenuhi ruang2 kosong mereka, maka mereka mencarilah mereka2 yang boleh menghiburkan mereka. Aku menangani tak kira siapa mereka M/I/C - semua aku tangani masalah yang dihadapi. Kelmarin aku telah menyelamatkan anak (I) yang hendak ditinggalkan oleh keluarganya - diselamatkan oleh neneknya yang datang dari jauh. Aku uruskan pertukaran sekolah serta merta. Si nenek mengucapkan berbanyak terima kasih kepada aku dan menangis, dia kata Tuhan Allah saje yang membalas apa yang telah aku buat untuk cucunya.
Semalam anak (M) - sibapa datang menuntut h/p anak. Bila kes macam ni yang kantoi h/p aku tanya sebab apa bawa h/p ke sekolah.Rupanya senang nak kontek kawan.Dalam pada tu terlanjur bapa datang, aku beri laporan anak datang lambat ke sekolah pada hal datang dengan motor. Tanya punya tanya rupa2nya punyalah baik sianak - jadi 'teksi' tukang angkut kawan! Pergi ambik kawan dulu hantar kat sekolah lain, lepas tu ambik sorang kawan lagi, baru datang ke sekolah! Mana tak lambat! Konon nya kawan bagi duit minyak - kawan punya fasal, ibubapa bagi duit untuk diri sendiri, dia buat servis lain pulak.Kawan beri duit minyak - dia buat pergi cc. Sibapa kata, kat rumah dah ada, dia keluar juga ke cc. Mana orang tua tu tak mengamuk. Hah baru tahu kisah sianaknya.Sibapa pun berterima kasih dengan aku kerana menjelaskan hal sianak ni.
Hari ni pulak anak (C) pulak. Si ibu dipanggil untuk menuntut h/p anaknya. Dia beritahu kenapa sianak hari ni 'terpaksa' bawa h/p ke sekolah.Sebelum dia datang aku dah soal siasat sianak.Dia cerita macam2 tentang anak tunggalnya yang ditinggalkan oleh sibapa. Anak memberontak - anak terbiar, siibu menangis bercerita kisahnya. Aku menasihatinya - dia pun berterima kasih kepada aku juga. Kurang2nya dia lepaskan tension dia kepada aku. Aku sebagai
pendengar setia. Pendek kata macam2 lah aku handle saban hari, kekadang macam kerja kat bank - ikut giliran nak jumpa dengan aku. Kalu nak buat novel, entah berapa buah aku boleh hasilkan.
Kesimpulannya, faktor2 penyebab anak remaja la ni berbanding remaja masa aku sekolah dulu2 totally berbeza! Tak tahulah masa aku sekolah dulu, ada berlaku juga, sebab aku tak campur dengan budak2 mungkin ada yang nakal.Tapi seingat aku, aku tak dengar pulak macam2 hal seperti hari ini. Dulu2 aku sekolah, nampak cikgu dari jauh - dah kecuk perut. Kalau boleh tak nak selisih dengan cikgu - takut. Hari ni? Dia buat de je dengan kita (segelintir aje-dengan aku ni ramai yang hormat ).Pernah aku sekolah dulu, kelas aku kat hujung - dengar kasut pengetua dari satu hujung sana ( sekolah lama berlantai papan ) - kasut high heel - tap, tap, tap wow pengetua akan lalu - sunyi sepi kelas!Semua sangat rajin belajar ( sebab tu ramai kalangan members aku jadi 'orang'). Tahniah semua telah berjaya dalam kehidupan masing2.
Posted by sonata anak kancil at 9:18 PM 0 comments
Saturday, September 13, 2008
Saat hendak berbuka puasa
Sehingga hari ni, murtabak memang tak miss, hanya sari dua aje tak beli. Bila dah masak agak berat, murtabak tak belilah. Beli pun sekeping aje - makan 3/4 orang dah cukup. Kalau beli 2, sampai sahurlah jawapnya.Yang beli ni, hubby. Dia balik ofis singgahlah kat Pasar Ramadhan - biasanya kat Duyong tu. Air katira, setiap hari beli dan taufu fa.Bila nak berbuka tu, macamlah nak makan macam2,tapi aku setiap hari air teh mesti buat sehingga ke hari ini.
Semalam aku gi Jusco, beli lah sekor ikan terubuk yang kecik. Rasanya macam nak goreng aje, makan dengan nasi panas2. Tak jadi. Aku masuk freezer. Sahur aku rasa nak goreng, keluar semula - defrost. Fikir2 tak termakan, tak jadi goreng.Masuk semula dalam freezer. Tak jadi lagi. Petang tadi aku keluar balik & defrost. Hah tak jadi juga. Simpan semula. Agaknya terus bekulah ikan tu!!!Bilalah aku boleh makan ikan terubuk...
Sama juga aku ada beli roti naan, entah berapa kali keluar masuk freezer. Akhirnya semalam Fahd bakar sekeping, makan dengan kuah dal yang aku masak untuk nasi tomato. Pun yang lebihnya masuk semula dalam freezer. Bila ingat nak makan masa berbuka, macam2 rasa nak makan, tapi akhirnya tak kesampaian juga. Tapi takat ni tak ada lah yang terlebih2, dah tahu tak ada orang ramai, buat secukupnya. Lebih2 pun Si Fahd lah yang tukang habiskan semua. Dia kira apa, sapu bersih!
Posted by sonata anak kancil at 6:52 PM 1 comments
Persiapan Raya
Cuma tahun ni aku tukar langsir sebab dah 3/4 years aku tak tukar2. Orang kata alah membeli menang memakai. Nak tukar pun bukan boleh suka2 tukar ikut selera sendiri, mesti tanya hubby, dia buat kata putus dan bincang bersama - kita orang forever guna konsep yang simple aje/ada juga sikit2 keinggerisan. So everythings kena match. Kalau tak caca marba jadinya. Lagi satu tukar kerusi 8 sebab yang satu tu dah rosak. Anak2 semua tahulah kan umi+abah macam mana....In kata perfectionist???He he he....
Jamuan 1st raya? Masak yang biasa makan aje. Tak ada bezanya, rendang/nasi impit/lontong /soto ke sentiasa makan, tak kira raya tak raya.Bezanya suasana raya aje yang meriah tu bila semua balik berkumpul - riuh lah sikit. Kalau ada pun buat ketupat, itu pun kira punya kira - baik aku order aje la - senang. Tak payah nak susah2 anyam/masuk beras dan rebus! Berilah orang cari makan yang ambik upah jual ketupat ni. Kos upah dgn buat sendiri hampir sama, baiklah aku senangkan diri ku ini buat urusan lain.
Hujung minggu ni tengoklah apa yang patut dibuat. Kemas le apa yang patut. Rasanya hari ni nak buat Puding Caramel untuk berbuka. Sodap tu!Dah lama tak buat. Fahd order nasi tomato+ayam merah. Ok lah boleh buat petang2 nanti. Hari nampak mendung je. Bagus lah tak ade la panas sangat kalau hujan. Malam tadi dah hujan lebat juga.Hubby tak de gi pantau gotong royong somewhere kat Jasin. Bulan2 puasa ni pun buat gotong royong...
Posted by sonata anak kancil at 7:39 AM 2 comments
Thursday, September 11, 2008
Mengejar masa
Lepas tu, terpaksalah balik pusing semula ke BSN kat Bear Hill, nasib baik ade. Kancil dah kelaparan - beri warning. Terus ke Petronas - beri minum RM20. Kalau tak teruk aku, buat dia mati tengah jalan/tepi jalan rosak program aku hari ni. Bila nak buat macam2 urusan aku lebih senang dengan bantuan Kancil aje, sebab senang nak parking & juga save la sikit berbanding Mr Sonata.
Dari Bear Hill - straight ke Orphan Hill - jauh juga tu.Sebab nak bayar baki duit kerusi. He he he beli 8 kerusi - ganti yang lama (local made) - tapi dah tak berapa "kukuh" lagi...tak payah le cakap banyak...So, jumpalah kedai yang jual barang recyle impot - but reasonable price. Lepas ni, bolehlah wahai anak2 goyanglah berapa kuat pun, kerusi ni keras! Sayang seribu kali sayang, tempat duduk ada kusyen berbaldu - alamak habislah "anak2" kecik aku lepak. Stokin, Tam, Kopi, Gemok & Kurus - kau orang jangan buat perangai.
Lepas bayar (kedai tu kat corner ) -jalan terus ke Astana Moda, nak beli kain untuk hadiahkan somebody. Jam dah dekat pukul 5. Telefon adik mintak buat baju kurung - nak tak dia kena buat juga sebab nak pakai raya le...Dari Astana Moda terus ke BB pulak. Dah dekat 5.30 nak balik le..Terpaksa ikut jalan agak jauh, sebab nak pusing hala ke kanan, ikut Bear Hill memang susah nak keluar dari simpang rumah dia. Aku buat keputusan ikut kiri, tapi terpaksa lalu pulak depan 2 sekolah menengah - apa lagi , jalan jem! Budak sekolah petang baru keluar. Alamak, terpaksalah tempuh juga jalan yang jem.
Dari BB terus lalu ikut New Hill semula - punyalah banyak kereta, mulalah jem - berapa kali berhenti nak lepas satu2 traffic light.Bila dah sampai dekat Hospital Pantai, dah lepas traffic light, hubby telefon - agak "tinggi' suara , rupanya dah 4 missed call.Sorry le bang...Tak dengor.Rupa2nya dia pergi tukar bateri kereta lepas balik dari klinik tadi tak siap2 lagi.
Dia suruh ambik nasi beriani Has Fahas yang dah di order (hari ni order nasi beriani sebab dah tak sempat nak prepare for break the fast).Jam dah dekat pukul 6.Terpaksalah aku patah balik, buat u turn somewhere kat jalan masuk taman perumahan, straight ke Peringgit. Nak kata laju tu, tak tahulah,berhati2 juga di jalan raya, apa2 hal berlaku tak fasal pulak. Nasib baik, semua nasi dah siap, senang. Kalau tak telefon, usah haraplah dapat on time, orang ramai pulak. Beli 2 air katira, 5 karipap panas (goreng on the spot)+ 2 roti kurasan ( roti burger bersalut kulit popia dan digoreng). Tak sampai 20 minit, terus bergegas ke rumah. Itu pun ikut short-cut, cepatlah sikit sampai. Kalau ikut jalan biasa-teruklah kena tempuh banyak traffic light, nanti tak sempat nak berbuka.Tiba kat rumah dah 6.45 - apa lagi terkocoh2 nak solat. baru angkat takbir - hubby pun tiba.
So, prepare everythings, alhamdullilah siap on time sebelum berbuka.Malam dah agak lepak - both of us + Fahd solat torawih kat rumah aje.Selamat semua....Tapi macam marathon.
Posted by sonata anak kancil at 10:15 PM 1 comments
Monday, September 8, 2008
Salahkah anak?
Posted by sonata anak kancil at 10:56 PM 2 comments
Selamat Berpuasa
Posted by sonata anak kancil at 6:55 PM 0 comments
Selamat Bersara
Semua jemputan yang aku kenal,( majoriti aku kenal ) - memuji dengan perjalanan majlis ini. Aku ucapkan tahniah kepada semua staf yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. Bersara sekali! Buatlah yang terbaik untuk bos. Bos ni tak tahu macam mana rupa majlis nya, tengok2 belakang pentas di kantin semua dah lengkap berlangsir. Tak dapat lah nak tepek gambar kat sini, sebab aku minta murid aku guna handycam. Kalau boleh masuk, dapatlah lihat terutama kereta bersara...Dengar khabar harga kereta tu 2nd hand pun dah rm180k. Aku pun try naik juga, he he he lambat lagi bersara.
Pada 5.9.08, tu pagi2 dah hujan. Tapi aku taknya panik, relax aje lah nak kata apa. So cari alternatif - cuba dapatkan platform untuk pasukan gamelan & caklempong, tak dapat. Guna ajelah platform yang ada. Dalam hujan semua majlis berjalan dengan lancar juga. Alhamdullilah sekarang semua dah beres. Cuma aku ni agak busy nak bagi2 kan godie-bag untuk semua staf. Semua dapat, dari pelbagai peringkat. Seronok mereka dapat - semuanya disumbang dan kerjasama oleh pelbagai pihak, kalau tak susah juga buat majlis macam ni. Yang boleh pinjam - pinjamlah tak adalah nak keluar kos. Selamat bersara....
Posted by sonata anak kancil at 6:39 PM 0 comments