CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, September 24, 2008

For the Eid ul Fitr (still update)

Luar dan dalam rumah yang masih lagi / sentiasa dalam ubahsuai dekor. Kalau tak ok, ko...Terutama landscape perlu sentiasa diubahsuai untuk sudut2 yang cantik. Hah kerja2 landscape ni hubby yang uruskan - dah tugas dia. Dalam rumah, masih lagi dalam proses, ni semua test dulu. Nanti minggu depan ok la tu...1st raya - open house for non-muslim staffs - since all muslim staffs balik kampung.





Sunday, September 21, 2008

kemas rumah

Hari ni aku kemas rumah minggu depan dah suntuk sangat rasanya. Minggu depan hanya takat sapu2 saje. Itu nanti tugas anak2 yang akan balik. Mana boleh relax2 ...Dari pagi2 lagi, dah dekat jam 1. Tak habis2 lagi. Apa taknya sepagi aje baru habis tingkat atas.Kerja2 mengelap & mengemop dibuat oleh 2 orang part-timer. Sambung semula lepas depa gi makan - mereka tak puasa - india mari ( ni diuruskan kenalan hubby-Alvin ).Biar mereka aje buat kerja tu semua. Senang kerja aku. Kalau tak jenuh juga nak buat. Kasi mereka kerja, datang sini mahu kerja kan.Depa tu datang sini, dah pandai cakap melayu. Dia kata, kat india lagi susah! Aku senang dengan orang macam ni kerja, apa disuruh semua buat.Habis semua kabinet dilap. Senanglah anak2 yang balik, tak lah susah2 lagi nak tolong buat ni semua. Tapi jangan lupa - kena bersihkan / sapu juga oiii!!!Macam biasalah - sama2 buat.

Saturday, September 20, 2008

Kari oh kari + puding sagu

Petang tadi berbuka makan nasi berlaukkan kari daging - mamak stail. Takat le ni, kalau makan nasi biasanya kari daginglah jawabnya. Dah favourite hubby nak wat camne. Kalau kari daging ni, boleh dimakan sampai 2/3 hari! Dah 'letih' makan dengan nasi, makan dengan roti pulak, kalau beli murtabak memang kari daging ni lah yang dicicahnya. Kari daging ni kalau dipanaskan sampai 2/3 hari wow makin sedap...Entahlah aku ni tak ade le gemar sangat, tukang masak aje...Biasanya lagi best kari ni makan bersama dengan limau jeruk. Limau jeruk ni memang ada simpan. Dah keturunan suka berkari nak kata apa. Limau jeruk ni buat sendiri oii.Tahan berbulan2. Kalu dah nak habis tambah lagi.

Hari ni ada ada rajin sikit, aku kacau sagu mata ikan tak ade le banyak benor - yang berbiji2 kecik tu. Kacau2 dalam air mendidih , masuk dalam acuan kecik2, dah sejuk masa bebuka - makan dengan santan+air gula melaka - jadilah puding sagu. Sekejap je buat. Ok lah tu. Buat dapatlah 6 acuan , aku makan satu, Fahd makan satu, 4 lagi masuk peti. Bila pulak lah nak makan, esok kot....Harap2 riwayat puding akan tamat esok. Tak pe simpan dalam peti boleh tahan 2/3 hari.

Hari ni aku mintak tolong beli air tebu, wow sedap! Sekali sekali ok la. Biasanya air teh memang tak tinggal. Hubby memang puji bebenor, wow best air teh awak!!!Air ketira memang tak tinggal - beli 2 bungkus. Bila habis semua solat - apa lagi moreh lah jawabnya!

Bila bersahur

Baru saje lepas bersahur, so cek balik blog. Ok dah. Aku geram betul, internet kat rumah ni, malam2 kalau nak cek lepas jam 10 tak dapat. Sakit hati ni...Pernah telefon tentang problem ni, eh buat lagi. Entahlah. Tengok lah pulak, senang2 aku tanya member yang teror tentang ni.

Makin lama bersahur-makin dah nak masuk 10 hari terakhir, makin kurang rasa selera ni, makan sikit je. Sebab rasa kenyang lagi sejak berbuka semalam.Bersahur mesti punya,paling tak pun minum air. Semalam berbuka makan beehoon sup/soto+bergedil daging (he he he - orang kat Gombak, jangan jealous - kat sana mana ada bergedil daging - bergedil kentang ade le!!!), bersahur tadi pun makanlah sikit beehoon sup/soto. Wow semalam beli ayam kampung organik (fully islamic process) - member dapat suply dari mana tak taulah, taklah macam ayam daging selalu beli. So masak separuh aje, tak habis, tak pe simpan, nanti pandailah aku nak buat apa pulak (recycle).

Biasanya (almost everyday) makan + minum air milo. Kurma sebiji dua. Lain2 yang jarang dilupakan - suplement. Ini perlu juga untuk kesihatan. Dah nak senja2 ni, macam kereta tua, kalau rajin servis - huh jalan laju je. Takat le ni, jalan laju memanjang!Ok le, stop dulu. Kepada anak2 semua yang sentiasa mengikut cerita umi di rumah, selamat bersahur, selamat berbuka puasa, bila kalian balik untuk berhari raya???Orang kat KK Sabah tu, dah banyak buat kuih raya ke?

Friday, September 19, 2008

remaja la ni # remaja dulu

5 hari telah berlalu bermula 15.9-19.9.08. Letih rasanya handle masalah anak2 didik yang semakin menjadi2 salah lakunya. Nak tak nak memang kena handle juga. Semuanya perlu ditangani supaya tidak berlarutan. Aku rasa masalah2 anak di sekolah serupa aje lah di mana sekolah pun. Semuanya mesti dibendung demi untuk kecemerlangan akademik. Bila disiasat sebab2 berlaku, rata2 terpengaruh dengan rakan sebaya.Parents tak ajar pun suruh buat perkara2 yang tak sepatutnya.Rakan sebaya pulak mungkin yang over tu dapat daripada idola2 tertentu yang ingin mencuba/rasa nak tahu dsb. Bila dimaklumkan kepada parents, parents terperanjat dengan apa yang dilakukan oleh anak2.So far, bila aku maklumkan kepada parents dan datang ke sekolah , semuanya ucap terima kasih dengan apa yang telah aku lakukan!Aku bukan mintak ni semua, yang penting, aku nak bendung salah laku supaya tak berlarutan dan tolong anak2 didik ni.

Itu yang ada parents. Ada juga yang berlaku disebabkan oleh broken family. Seperti pernah dikatakan, anak2 yang jadi mangsa. So untuk memenuhi ruang2 kosong mereka, maka mereka mencarilah mereka2 yang boleh menghiburkan mereka. Aku menangani tak kira siapa mereka M/I/C - semua aku tangani masalah yang dihadapi. Kelmarin aku telah menyelamatkan anak (I) yang hendak ditinggalkan oleh keluarganya - diselamatkan oleh neneknya yang datang dari jauh. Aku uruskan pertukaran sekolah serta merta. Si nenek mengucapkan berbanyak terima kasih kepada aku dan menangis, dia kata Tuhan Allah saje yang membalas apa yang telah aku buat untuk cucunya.

Semalam anak (M) - sibapa datang menuntut h/p anak. Bila kes macam ni yang kantoi h/p aku tanya sebab apa bawa h/p ke sekolah.Rupanya senang nak kontek kawan.Dalam pada tu terlanjur bapa datang, aku beri laporan anak datang lambat ke sekolah pada hal datang dengan motor. Tanya punya tanya rupa2nya punyalah baik sianak - jadi 'teksi' tukang angkut kawan! Pergi ambik kawan dulu hantar kat sekolah lain, lepas tu ambik sorang kawan lagi, baru datang ke sekolah! Mana tak lambat! Konon nya kawan bagi duit minyak - kawan punya fasal, ibubapa bagi duit untuk diri sendiri, dia buat servis lain pulak.Kawan beri duit minyak - dia buat pergi cc. Sibapa kata, kat rumah dah ada, dia keluar juga ke cc. Mana orang tua tu tak mengamuk. Hah baru tahu kisah sianaknya.Sibapa pun berterima kasih dengan aku kerana menjelaskan hal sianak ni.

Hari ni pulak anak (C) pulak. Si ibu dipanggil untuk menuntut h/p anaknya. Dia beritahu kenapa sianak hari ni 'terpaksa' bawa h/p ke sekolah.Sebelum dia datang aku dah soal siasat sianak.Dia cerita macam2 tentang anak tunggalnya yang ditinggalkan oleh sibapa. Anak memberontak - anak terbiar, siibu menangis bercerita kisahnya. Aku menasihatinya - dia pun berterima kasih kepada aku juga. Kurang2nya dia lepaskan tension dia kepada aku. Aku sebagai
pendengar setia. Pendek kata macam2 lah aku handle saban hari, kekadang macam kerja kat bank - ikut giliran nak jumpa dengan aku. Kalu nak buat novel, entah berapa buah aku boleh hasilkan.

Kesimpulannya, faktor2 penyebab anak remaja la ni berbanding remaja masa aku sekolah dulu2 totally berbeza! Tak tahulah masa aku sekolah dulu, ada berlaku juga, sebab aku tak campur dengan budak2 mungkin ada yang nakal.Tapi seingat aku, aku tak dengar pulak macam2 hal seperti hari ini. Dulu2 aku sekolah, nampak cikgu dari jauh - dah kecuk perut. Kalau boleh tak nak selisih dengan cikgu - takut. Hari ni? Dia buat de je dengan kita (segelintir aje-dengan aku ni ramai yang hormat ).Pernah aku sekolah dulu, kelas aku kat hujung - dengar kasut pengetua dari satu hujung sana ( sekolah lama berlantai papan ) - kasut high heel - tap, tap, tap wow pengetua akan lalu - sunyi sepi kelas!Semua sangat rajin belajar ( sebab tu ramai kalangan members aku jadi 'orang'). Tahniah semua telah berjaya dalam kehidupan masing2.

Saturday, September 13, 2008

Saat hendak berbuka puasa

Biasanya persiapan berbuka, aku mula secepat mungkin, tengoklah apa yang nak dimasak. Bukan masak banyak pun, hanya aku+hubby+Fahd+dad in law - 4 orang aje. Biasanya hubby akan telefon dari ofis - tanya - 'hari ni nak masak/makan apa'? Aku tanya balik, abang nak makan apa?Nanti dia balas semula, awak rasa nak makan apa?La sudah- balik2 dia tanya kita balik. Serupa tak tanya- baik ikut selera aku la apa nak masak/makan.Bila aku kata , hari ni nak goreng kuey-tiaw sikit dia kata - ok2. Best! Buat lada hijau jeruk sekali. Biasanya gitulah, aku tanya, aku beri jawapan. Jadi kadang2 aku tak tanya pun, tunggu dia telefon, hari ni makan apa, aku masak apa2lah aku nak masak ....hah dia pun setuju ajelah. Biasanya aku masak memang ikut selera dia. Tahu benor dah nak makan apa...

Sehingga hari ni, murtabak memang tak miss, hanya sari dua aje tak beli. Bila dah masak agak berat, murtabak tak belilah. Beli pun sekeping aje - makan 3/4 orang dah cukup. Kalau beli 2, sampai sahurlah jawapnya.Yang beli ni, hubby. Dia balik ofis singgahlah kat Pasar Ramadhan - biasanya kat Duyong tu. Air katira, setiap hari beli dan taufu fa.Bila nak berbuka tu, macamlah nak makan macam2,tapi aku setiap hari air teh mesti buat sehingga ke hari ini.

Semalam aku gi Jusco, beli lah sekor ikan terubuk yang kecik. Rasanya macam nak goreng aje, makan dengan nasi panas2. Tak jadi. Aku masuk freezer. Sahur aku rasa nak goreng, keluar semula - defrost. Fikir2 tak termakan, tak jadi goreng.Masuk semula dalam freezer. Tak jadi lagi. Petang tadi aku keluar balik & defrost. Hah tak jadi juga. Simpan semula. Agaknya terus bekulah ikan tu!!!Bilalah aku boleh makan ikan terubuk...

Sama juga aku ada beli roti naan, entah berapa kali keluar masuk freezer. Akhirnya semalam Fahd bakar sekeping, makan dengan kuah dal yang aku masak untuk nasi tomato. Pun yang lebihnya masuk semula dalam freezer. Bila ingat nak makan masa berbuka, macam2 rasa nak makan, tapi akhirnya tak kesampaian juga. Tapi takat ni tak ada lah yang terlebih2, dah tahu tak ada orang ramai, buat secukupnya. Lebih2 pun Si Fahd lah yang tukang habiskan semua. Dia kira apa, sapu bersih!

Persiapan Raya


men'display' kerusi & alas meja baru, tapi langsir lama


Tahun ni besar kemungkinan 1st time raya kat Melaka aje (raya puasa ), raya haji dah selalu kat perantauan aje. Mum & dad in law ada kat sini, tak mungkin mereka nak beraya kat kampung coz not feeling well. Nak kata bersiap2 benor nak raya ni tak ade la...Tak ada ape sangat nak tukar itu ini. Nak buat baju baru? Baju sentiasa buat, tak kira nak tunggu raya. Aku memang boleh jahit baju, dulu2 boleh ambik upah lagi. Jadi buat baju tak jadi hal punya. Cuma sejak akhir2 ni dah tak jahit lagi, aku suruh adik je buat. Kuih raya? Lagi pulak, dah lama pencen buat kuih. Aku tolong bisnes members yang jual kuih raya. Kalau kita tak beli sape lagi nak tolong mereka. Nak kemas rumah? Tak banyak yang nak kemas2, sebab rumah dah besar macam ni, nak kemas apa lagi, dah sentiasa kedudukan kemas, paling tidak nak lap habuk2 aje, tak pe itu semua boleh buat dengan bantuan part-timer worker.

Cuma tahun ni aku tukar langsir sebab dah 3/4 years aku tak tukar2. Orang kata alah membeli menang memakai. Nak tukar pun bukan boleh suka2 tukar ikut selera sendiri, mesti tanya hubby, dia buat kata putus dan bincang bersama - kita orang forever guna konsep yang simple aje/ada juga sikit2 keinggerisan. So everythings kena match. Kalau tak caca marba jadinya. Lagi satu tukar kerusi 8 sebab yang satu tu dah rosak. Anak2 semua tahulah kan umi+abah macam mana....In kata perfectionist???He he he....

Jamuan 1st raya? Masak yang biasa makan aje. Tak ada bezanya, rendang/nasi impit/lontong /soto ke sentiasa makan, tak kira raya tak raya.Bezanya suasana raya aje yang meriah tu bila semua balik berkumpul - riuh lah sikit. Kalau ada pun buat ketupat, itu pun kira punya kira - baik aku order aje la - senang. Tak payah nak susah2 anyam/masuk beras dan rebus! Berilah orang cari makan yang ambik upah jual ketupat ni. Kos upah dgn buat sendiri hampir sama, baiklah aku senangkan diri ku ini buat urusan lain.

Hujung minggu ni tengoklah apa yang patut dibuat. Kemas le apa yang patut. Rasanya hari ni nak buat Puding Caramel untuk berbuka. Sodap tu!Dah lama tak buat. Fahd order nasi tomato+ayam merah. Ok lah boleh buat petang2 nanti. Hari nampak mendung je. Bagus lah tak ade la panas sangat kalau hujan. Malam tadi dah hujan lebat juga.Hubby tak de gi pantau gotong royong somewhere kat Jasin. Bulan2 puasa ni pun buat gotong royong...

Thursday, September 11, 2008

Mengejar masa

Hari ni keluar pejabat dah dekat jam 3. Hubby telefon he brought his mum to the clinic for regularly check-up. Solat jap, keluar semula, terus ke BSN dekat Jusco nak bayar something (nanti sat lagi cite), hampa...Off-line . Terus lagi ke RHB kat New Hill nak bayar hutang...Apa lagi kad kredit le...& masuk cek yang dah dekat 3 minggu. Kalau tak dibelek2 dalam beg, tentunya akan terus lupa. Pernah dulu lupa nak bank-in hangus gitu aje...Nasib baik tak banyak. Banyak tak banyak duit juga...Dah le lupa aje lah. Ini cerita lama2 dulu. Pas tu, aku sentiasa alert bila part orang beri cek.

Lepas tu, terpaksalah balik pusing semula ke BSN kat Bear Hill, nasib baik ade. Kancil dah kelaparan - beri warning. Terus ke Petronas - beri minum RM20. Kalau tak teruk aku, buat dia mati tengah jalan/tepi jalan rosak program aku hari ni. Bila nak buat macam2 urusan aku lebih senang dengan bantuan Kancil aje, sebab senang nak parking & juga save la sikit berbanding Mr Sonata.

Dari Bear Hill - straight ke Orphan Hill - jauh juga tu.Sebab nak bayar baki duit kerusi. He he he beli 8 kerusi - ganti yang lama (local made) - tapi dah tak berapa "kukuh" lagi...tak payah le cakap banyak...So, jumpalah kedai yang jual barang recyle impot - but reasonable price. Lepas ni, bolehlah wahai anak2 goyanglah berapa kuat pun, kerusi ni keras! Sayang seribu kali sayang, tempat duduk ada kusyen berbaldu - alamak habislah "anak2" kecik aku lepak. Stokin, Tam, Kopi, Gemok & Kurus - kau orang jangan buat perangai.

Lepas bayar (kedai tu kat corner ) -jalan terus ke Astana Moda, nak beli kain untuk hadiahkan somebody. Jam dah dekat pukul 5. Telefon adik mintak buat baju kurung - nak tak dia kena buat juga sebab nak pakai raya le...Dari Astana Moda terus ke BB pulak. Dah dekat 5.30 nak balik le..Terpaksa ikut jalan agak jauh, sebab nak pusing hala ke kanan, ikut Bear Hill memang susah nak keluar dari simpang rumah dia. Aku buat keputusan ikut kiri, tapi terpaksa lalu pulak depan 2 sekolah menengah - apa lagi , jalan jem! Budak sekolah petang baru keluar. Alamak, terpaksalah tempuh juga jalan yang jem.

Dari BB terus lalu ikut New Hill semula - punyalah banyak kereta, mulalah jem - berapa kali berhenti nak lepas satu2 traffic light.Bila dah sampai dekat Hospital Pantai, dah lepas traffic light, hubby telefon - agak "tinggi' suara , rupanya dah 4 missed call.Sorry le bang...Tak dengor.Rupa2nya dia pergi tukar bateri kereta lepas balik dari klinik tadi tak siap2 lagi.

Dia suruh ambik nasi beriani Has Fahas yang dah di order (hari ni order nasi beriani sebab dah tak sempat nak prepare for break the fast).Jam dah dekat pukul 6.Terpaksalah aku patah balik, buat u turn somewhere kat jalan masuk taman perumahan, straight ke Peringgit. Nak kata laju tu, tak tahulah,berhati2 juga di jalan raya, apa2 hal berlaku tak fasal pulak. Nasib baik, semua nasi dah siap, senang. Kalau tak telefon, usah haraplah dapat on time, orang ramai pulak. Beli 2 air katira, 5 karipap panas (goreng on the spot)+ 2 roti kurasan ( roti burger bersalut kulit popia dan digoreng). Tak sampai 20 minit, terus bergegas ke rumah. Itu pun ikut short-cut, cepatlah sikit sampai. Kalau ikut jalan biasa-teruklah kena tempuh banyak traffic light, nanti tak sempat nak berbuka.Tiba kat rumah dah 6.45 - apa lagi terkocoh2 nak solat. baru angkat takbir - hubby pun tiba.

So, prepare everythings, alhamdullilah siap on time sebelum berbuka.Malam dah agak lepak - both of us + Fahd solat torawih kat rumah aje.Selamat semua....Tapi macam marathon.

Monday, September 8, 2008

Salahkah anak?

Sejak akhir2 ni, macam2 cerita aku dapati kisah anak2 yang terumbang ambing dek kerana masalah ibubapa. Anak2 jadi mangsa, ibubapa berpisah - sebab tu macam2 sebablah. Aku jadi pendengar setia, dan tak kata ke si ibu/si bapa - jadi orang tengah, sebab tugas aku nak jaga anak2. Ibu menangis / bapa menangis bercerita hal masing2.Kekadang memang sebak jugalah. Tisu kat meja aku memang aku sediakan, entah berapa kotak dah habis, untuk tujuan ni lah mengesat si air mata...Anak2 bermasalah - jiwa kosong kerana masalah ibubapa. Anak mencari ketenangan / memenuhi ruang kosong dalam jiwanya , jumpa idola terbaik bersama kawan2 yang tidak sepatutnya anak2 ni terjerumus. So, bawalah masalah2 ni ke sekolah. Yang problemnya cikgu sekolah lah, sebab mereka banyak buat hal. Tak terkejar dibuatnya. Kita kena bendung masalah2 ni dalam sekolah. Lepas tu panggil lah ibubapa - mana2 /salah sorang akan datang, apa aku boleh buat? Aku hanya boleh bantu selamatkan si anak dalam sekolah, luar sekolah? tak kan sampai luar kita nak jaga! hah ibubapa mereka lah....Dalam sekolah cikgu buat macam ni, luar sekolah macam tu - kontradik...anak2 juga jadi mangsa.

Selamat Berpuasa

Semua muslimin dan muslimat seluruh duniaa dah berpuasa di bulan ni. Takat ni semuaa berjalan lancar. No excuse. Awal puasa, semua anak2 balik, huh riuhlah rumah, tak cukup meja kerusi 6, campur kat meja kerusi 8. Makanan biasa2 aje, tak de lah nak kata special benor. Apa yang diminat itulah yang dimasak dan dimakan. Berpuasa ni, kita boleh katakan, keadaan yang songsang daripada bulan tak puasa. Tukarkan tempat, kalau bersahur tu seperti makan malam dan berbuka tu seperti kita breakfast... So maknanya kita break the fast. Itu je...Tak beza mana pun. Tapi ada yang silap orang2 ni waktu berbuka bukan main sakan lagi makan macam2, tiba malam mulalah perut rasa tak sedap - maknanya kalau hari biasa masa kita bersarapan, makan banyak2 - macam2 , minum air batu pagi2 hari + itu + ini apa akan jadi? tentunya sakitlah perut! jadi berpada2 aje lah waktu berbuka tu...

Selamat Bersara

Sepertimana yang telah diceritakan, aku ni memang sibuk dengan majlis persaraan bos, maka pada 4.9.08 telah diadakan diperingkat sekolah. Pada 5.9.08 pula peringkat negeri. Apa taknya, bos seluruh negeri Melaka dijemput hadir. Termasuklah semua kakitangan dari peringkat pengarah semua lapisan pegawai dijemput sama. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar. Hasilnya memang nampak cantik, tetapi kerja2 di belakang tabir sape tahu!

Semua jemputan yang aku kenal,( majoriti aku kenal ) - memuji dengan perjalanan majlis ini. Aku ucapkan tahniah kepada semua staf yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. Bersara sekali! Buatlah yang terbaik untuk bos. Bos ni tak tahu macam mana rupa majlis nya, tengok2 belakang pentas di kantin semua dah lengkap berlangsir. Tak dapat lah nak tepek gambar kat sini, sebab aku minta murid aku guna handycam. Kalau boleh masuk, dapatlah lihat terutama kereta bersara...Dengar khabar harga kereta tu 2nd hand pun dah rm180k. Aku pun try naik juga, he he he lambat lagi bersara.

Pada 5.9.08, tu pagi2 dah hujan. Tapi aku taknya panik, relax aje lah nak kata apa. So cari alternatif - cuba dapatkan platform untuk pasukan gamelan & caklempong, tak dapat. Guna ajelah platform yang ada. Dalam hujan semua majlis berjalan dengan lancar juga. Alhamdullilah sekarang semua dah beres. Cuma aku ni agak busy nak bagi2 kan godie-bag untuk semua staf. Semua dapat, dari pelbagai peringkat. Seronok mereka dapat - semuanya disumbang dan kerjasama oleh pelbagai pihak, kalau tak susah juga buat majlis macam ni. Yang boleh pinjam - pinjamlah tak adalah nak keluar kos. Selamat bersara....