CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, September 19, 2008

remaja la ni # remaja dulu

5 hari telah berlalu bermula 15.9-19.9.08. Letih rasanya handle masalah anak2 didik yang semakin menjadi2 salah lakunya. Nak tak nak memang kena handle juga. Semuanya perlu ditangani supaya tidak berlarutan. Aku rasa masalah2 anak di sekolah serupa aje lah di mana sekolah pun. Semuanya mesti dibendung demi untuk kecemerlangan akademik. Bila disiasat sebab2 berlaku, rata2 terpengaruh dengan rakan sebaya.Parents tak ajar pun suruh buat perkara2 yang tak sepatutnya.Rakan sebaya pulak mungkin yang over tu dapat daripada idola2 tertentu yang ingin mencuba/rasa nak tahu dsb. Bila dimaklumkan kepada parents, parents terperanjat dengan apa yang dilakukan oleh anak2.So far, bila aku maklumkan kepada parents dan datang ke sekolah , semuanya ucap terima kasih dengan apa yang telah aku lakukan!Aku bukan mintak ni semua, yang penting, aku nak bendung salah laku supaya tak berlarutan dan tolong anak2 didik ni.

Itu yang ada parents. Ada juga yang berlaku disebabkan oleh broken family. Seperti pernah dikatakan, anak2 yang jadi mangsa. So untuk memenuhi ruang2 kosong mereka, maka mereka mencarilah mereka2 yang boleh menghiburkan mereka. Aku menangani tak kira siapa mereka M/I/C - semua aku tangani masalah yang dihadapi. Kelmarin aku telah menyelamatkan anak (I) yang hendak ditinggalkan oleh keluarganya - diselamatkan oleh neneknya yang datang dari jauh. Aku uruskan pertukaran sekolah serta merta. Si nenek mengucapkan berbanyak terima kasih kepada aku dan menangis, dia kata Tuhan Allah saje yang membalas apa yang telah aku buat untuk cucunya.

Semalam anak (M) - sibapa datang menuntut h/p anak. Bila kes macam ni yang kantoi h/p aku tanya sebab apa bawa h/p ke sekolah.Rupanya senang nak kontek kawan.Dalam pada tu terlanjur bapa datang, aku beri laporan anak datang lambat ke sekolah pada hal datang dengan motor. Tanya punya tanya rupa2nya punyalah baik sianak - jadi 'teksi' tukang angkut kawan! Pergi ambik kawan dulu hantar kat sekolah lain, lepas tu ambik sorang kawan lagi, baru datang ke sekolah! Mana tak lambat! Konon nya kawan bagi duit minyak - kawan punya fasal, ibubapa bagi duit untuk diri sendiri, dia buat servis lain pulak.Kawan beri duit minyak - dia buat pergi cc. Sibapa kata, kat rumah dah ada, dia keluar juga ke cc. Mana orang tua tu tak mengamuk. Hah baru tahu kisah sianaknya.Sibapa pun berterima kasih dengan aku kerana menjelaskan hal sianak ni.

Hari ni pulak anak (C) pulak. Si ibu dipanggil untuk menuntut h/p anaknya. Dia beritahu kenapa sianak hari ni 'terpaksa' bawa h/p ke sekolah.Sebelum dia datang aku dah soal siasat sianak.Dia cerita macam2 tentang anak tunggalnya yang ditinggalkan oleh sibapa. Anak memberontak - anak terbiar, siibu menangis bercerita kisahnya. Aku menasihatinya - dia pun berterima kasih kepada aku juga. Kurang2nya dia lepaskan tension dia kepada aku. Aku sebagai
pendengar setia. Pendek kata macam2 lah aku handle saban hari, kekadang macam kerja kat bank - ikut giliran nak jumpa dengan aku. Kalu nak buat novel, entah berapa buah aku boleh hasilkan.

Kesimpulannya, faktor2 penyebab anak remaja la ni berbanding remaja masa aku sekolah dulu2 totally berbeza! Tak tahulah masa aku sekolah dulu, ada berlaku juga, sebab aku tak campur dengan budak2 mungkin ada yang nakal.Tapi seingat aku, aku tak dengar pulak macam2 hal seperti hari ini. Dulu2 aku sekolah, nampak cikgu dari jauh - dah kecuk perut. Kalau boleh tak nak selisih dengan cikgu - takut. Hari ni? Dia buat de je dengan kita (segelintir aje-dengan aku ni ramai yang hormat ).Pernah aku sekolah dulu, kelas aku kat hujung - dengar kasut pengetua dari satu hujung sana ( sekolah lama berlantai papan ) - kasut high heel - tap, tap, tap wow pengetua akan lalu - sunyi sepi kelas!Semua sangat rajin belajar ( sebab tu ramai kalangan members aku jadi 'orang'). Tahniah semua telah berjaya dalam kehidupan masing2.

0 comments: