CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, September 20, 2008

Bila bersahur

Baru saje lepas bersahur, so cek balik blog. Ok dah. Aku geram betul, internet kat rumah ni, malam2 kalau nak cek lepas jam 10 tak dapat. Sakit hati ni...Pernah telefon tentang problem ni, eh buat lagi. Entahlah. Tengok lah pulak, senang2 aku tanya member yang teror tentang ni.

Makin lama bersahur-makin dah nak masuk 10 hari terakhir, makin kurang rasa selera ni, makan sikit je. Sebab rasa kenyang lagi sejak berbuka semalam.Bersahur mesti punya,paling tak pun minum air. Semalam berbuka makan beehoon sup/soto+bergedil daging (he he he - orang kat Gombak, jangan jealous - kat sana mana ada bergedil daging - bergedil kentang ade le!!!), bersahur tadi pun makanlah sikit beehoon sup/soto. Wow semalam beli ayam kampung organik (fully islamic process) - member dapat suply dari mana tak taulah, taklah macam ayam daging selalu beli. So masak separuh aje, tak habis, tak pe simpan, nanti pandailah aku nak buat apa pulak (recycle).

Biasanya (almost everyday) makan + minum air milo. Kurma sebiji dua. Lain2 yang jarang dilupakan - suplement. Ini perlu juga untuk kesihatan. Dah nak senja2 ni, macam kereta tua, kalau rajin servis - huh jalan laju je. Takat le ni, jalan laju memanjang!Ok le, stop dulu. Kepada anak2 semua yang sentiasa mengikut cerita umi di rumah, selamat bersahur, selamat berbuka puasa, bila kalian balik untuk berhari raya???Orang kat KK Sabah tu, dah banyak buat kuih raya ke?

2 comments:

bawangmerah said...

waahh...sedapnyee sahur..kalau sahur dah best, berbuka pon mesti la double best kan?

in kat sini sahur-berbuka, mkn nasi kawah je. kalau nak banding ngn lauk kt umah, sini xde la sedap mane..tp, xkn nak komplen? bersyukur jaa..
yg penting, sahur-berbuka, in slalu abes kn mknn..urgh, telan je mknn tu..dh name puasa, xkn nak protes kot?

btw, umi, nnti in blk, in nk mkn bergedil. in beli kt bzar, xde bape sdp sgt

[muchlove-farahin]

sonata anak kancil said...

Bersyukur dengan apa yang ada, itulah yang menghasilkan kejayaan anda!Kalau tak kerana nasi kawah, tak jejak kaki ke NZ....