CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, September 13, 2008

Persiapan Raya


men'display' kerusi & alas meja baru, tapi langsir lama


Tahun ni besar kemungkinan 1st time raya kat Melaka aje (raya puasa ), raya haji dah selalu kat perantauan aje. Mum & dad in law ada kat sini, tak mungkin mereka nak beraya kat kampung coz not feeling well. Nak kata bersiap2 benor nak raya ni tak ade la...Tak ada ape sangat nak tukar itu ini. Nak buat baju baru? Baju sentiasa buat, tak kira nak tunggu raya. Aku memang boleh jahit baju, dulu2 boleh ambik upah lagi. Jadi buat baju tak jadi hal punya. Cuma sejak akhir2 ni dah tak jahit lagi, aku suruh adik je buat. Kuih raya? Lagi pulak, dah lama pencen buat kuih. Aku tolong bisnes members yang jual kuih raya. Kalau kita tak beli sape lagi nak tolong mereka. Nak kemas rumah? Tak banyak yang nak kemas2, sebab rumah dah besar macam ni, nak kemas apa lagi, dah sentiasa kedudukan kemas, paling tidak nak lap habuk2 aje, tak pe itu semua boleh buat dengan bantuan part-timer worker.

Cuma tahun ni aku tukar langsir sebab dah 3/4 years aku tak tukar2. Orang kata alah membeli menang memakai. Nak tukar pun bukan boleh suka2 tukar ikut selera sendiri, mesti tanya hubby, dia buat kata putus dan bincang bersama - kita orang forever guna konsep yang simple aje/ada juga sikit2 keinggerisan. So everythings kena match. Kalau tak caca marba jadinya. Lagi satu tukar kerusi 8 sebab yang satu tu dah rosak. Anak2 semua tahulah kan umi+abah macam mana....In kata perfectionist???He he he....

Jamuan 1st raya? Masak yang biasa makan aje. Tak ada bezanya, rendang/nasi impit/lontong /soto ke sentiasa makan, tak kira raya tak raya.Bezanya suasana raya aje yang meriah tu bila semua balik berkumpul - riuh lah sikit. Kalau ada pun buat ketupat, itu pun kira punya kira - baik aku order aje la - senang. Tak payah nak susah2 anyam/masuk beras dan rebus! Berilah orang cari makan yang ambik upah jual ketupat ni. Kos upah dgn buat sendiri hampir sama, baiklah aku senangkan diri ku ini buat urusan lain.

Hujung minggu ni tengoklah apa yang patut dibuat. Kemas le apa yang patut. Rasanya hari ni nak buat Puding Caramel untuk berbuka. Sodap tu!Dah lama tak buat. Fahd order nasi tomato+ayam merah. Ok lah boleh buat petang2 nanti. Hari nampak mendung je. Bagus lah tak ade la panas sangat kalau hujan. Malam tadi dah hujan lebat juga.Hubby tak de gi pantau gotong royong somewhere kat Jasin. Bulan2 puasa ni pun buat gotong royong...

2 comments:

jinggo said...

senang sekali membaca sebuah kehidupan yang sempurna....semuga ada ruang untuk kita terus bercerita....

sonata anak kancil said...

Thanks.Masih terus sudi membaca kisah asam garam.Itulah antara kisah2 yang di 'blend' setiap hari - jadi satu resepi yang sempurna!Kalau tak ada asam garam, tak sedaplah apa yang dimasak...