Sabtu : 9 Mei 2009.
CUTI umum ( wesak - kalau hari kerja Melaka tak cuti ) overlap cuti hari sabtu rupanya... Dari semalam dah macam2 rancangan untuk hari ni...Farhan , Fatehah & Ayeen nak pegi buat IC , sebab hilang ...Dak Ayeen ( Tawauan - he he he...kasi glamour sikit ), tumpang nak ganti baru, sebab cip rosak...Aku pun pesan la suruh ambik borang nak buat pasport - ganti / renew...Tak sampai 1/2 jam dah tiba rumah semula...
Dalam pada tu, aku nak pegi tempah keychains kat kedai biasa la...nasib tepon dia dulu...cutilah cikgu hari ni!!!alamak, kedai besaq2 cuti gamaknya hari ni...habis yang aku cadang2 semalam apa nak buat hari ni - tergendala - kerana tak cek kalender.
Tak lama kemudian ....Eh cepat balik....cuti la hari ni! Esok bukak pejabat. Balik rumah semua melangok...
Lain pulak Si Mohd ni dia ada extra-free tuisyen kepada budak2 Mozac...tak pe la biarlah dia berbakti kepada budak2 junior tu...Cukup komited dia dengan Mozac.
Tanpa "membuang masa " - Farhan, tak ada ape nak buat - senang cakap, nak tido! Sebab dia dok praktikal kat MBMB bahagian perundangan sekarang ni....letih katanya macam2 keje kena buat. Ambik ko...baru tahu orang keje macam mana...
Cadang punya cadang - Fatehah & Ayeen - buat program lain pulak dah...nak pegi reunion dengan beberapa kawannya..pegi la, sekali sekala balik , kekadang pun bukan ada peluang nak jumpa kawan2 - semua dengan hal masing2...
Abah pulak tak ada juga...pegi Putrajaya ada urusan dengan rakan seangkatannya...Tengahari balik la...
JADI - AKU??? aku dok lah melangok sorang2....nak buat urusan rumah, memang banyak nak buat...tapi semuanya ikut turn, mana dulu nak buat...sebelum memulakan apa aku nak buat, gi jalan dulu jengok kawan2 apa buat hujung minggu ni!
Nak masak tengahari? Tak ada sape nak makan! Semuanya dah brunch!!! So, relaxxxxx........
Petang nanti, bila Fatehah & Ayeen balik, nak pegi jengok Fahd kat asrama...Malam, cadangnya nak shopping baju raya! tengok lah dulu, jika tak ada hal2 lain.............relax.
Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK
Saturday, May 9, 2009
Relax....
Posted by sonata anak kancil at 11:08 AM 5 comments
Greening Your Home For Healthy Living
Posted by sonata anak kancil at 9:07 AM 5 comments
Labels: Landscape
Thursday, May 7, 2009
sejuk mata memandang.....hijau di puncak gunung
Posted by sonata anak kancil at 6:19 PM 10 comments
Labels: Cameron Highland - Pahang
Wednesday, May 6, 2009
Best shot.....Cameron Highland
Posted by sonata anak kancil at 10:00 PM 17 comments
Labels: Cameron Highland - Pahang
Monday, May 4, 2009
Cameron Highland lagi......
Dah banyak hari rumah ni berkunci rapi. Maklumlah tuan rumah pegi bercuti....Orang2 bertandang pun, semuanya tak berbalas salam. Hari ni dah siap2 bersihkan laman & dalam rumah ( maklumlah habis berabuk kat koridor - sebab pencemaran di seberang rumah ni...), bolehlah bersembang2 ke mana gamaknya bercuti pada 30 hb - 2 Mei lepas....
Malam 30hb, aku bersama 3 anakanda telah mengikuti program pengajaran & pembelajaran secara lawatan / pembelajaran luar bilik darjah ( PLBD - cikgu cikgi tau la kan ). Jadi melawatlah kami ke Cameron Highland, Pahang - tempat salah seorang rakan blogger yang sangat2 terkenal & glamour iaitu OneZ. Lawatan ini adalah anjuran PSS sekolah aku.
Aku seperti biasa, pantang aku diajak berjalan - ada ruang & peluang memang ikut punya. Pada hal - aku dah 2 kali ke CH ni...saje suka2 sebab cikgu2 ni , mereka memang suka bawak aku - sebab aku dah biasa katanya & dilantik jadi ketua. Aku suka lah jadi ketua , jangan lantik jadi pengurus udah le....nak urus dari peringkat awal hingga peringkat akhir - nak urus & jaga budak2 dan sebagainya....( cikgu2 aku takkan nak suruh aku urus budak pulak - depa la urus semua ....aku kan bos depa, he he he perasan je).
1 Mei - cuti hari pekerja - kami semua berada di puncak gunung...Cuti umum, tau2 aje la kesesakan yang teramat sangat telah berlaku. Nak tak nak & memang kena tempuh jugak kesesakan ini - tak kisah la...memang semua tempat pelancongan macam ni. Dah tiba kat atas gunung ni... pegi aje lah. Tak payah aku nak perbanyakan cite lawatan budak2 ni, tapi aku nak cite yang aku telah berjumpa dengan OneZ!!!
Pagi 1 Mei - bertemu lah kami di tempat yang dijanjikan...Bukan main havoc lagi bila dah bertemu buat pertama kalinya...
Aku telah dijemput oleh OneZ untuk makan malam di rumahnya....Sila ke blog OneZ....
Cenderamata daripada OneZ & mem & family.
Posted by sonata anak kancil at 7:51 PM 12 comments
Labels: Cameron Highland - Pahang
Wednesday, April 29, 2009
KENANGAN ABADI.....
Semuanya ini tinggal kenangan abadi - sebagai lipatan sejarah - kegembiraan kami semua - terutama hubby, dan tak lupa untuk jiran2 sekeliling yang sama2 menikmati hasil mahsul yang tak seberapa - pisang , cili padi, daun pandan, serai , daun kunyit , pokok kari dan kadang2 kami menyemai sayur sawi serta kangkung. Kami yang tanam di seberang parit - reserve jalan - suka2 nak tanam, pada kosong aje - baiklah cucuk tanam serba sikit & hasilnya yang berlebihan, kami beri kepada jiran2. Sama2 merasainya - terutama jam itu nak tumbuk sambal belacan, nak masak lemak cili api, nak buat kenduri , jam tu lah minta cili padi - tak kisah - ambiklah...Daun pandan, nak buat kuih / nasi lemak dll - semuanya pakat ambik aje la....( gambar ini semasa jiran bergotong-royong membersihkan kawasan ini nak buat bangsal memasak majlis kerja kahwin jiran saya pada 31 Januari 2009 )
Posted by sonata anak kancil at 4:53 PM 13 comments
Tuesday, April 28, 2009
Tak sihat ......
Semalam aku masih bertahan kat sekolah, cikgu2 yang berurusan dengan aku, dok tegur - tak sihat ke? Kalau aku tak sihat, orang boleh cam benor muka aku...Aku telan 2 biji panadol. Semalam lepas sekolah terus la ke klinik. Doktor kata - you better need a rest. Ok lah. Aku kata, I just standby with the MC. Kalau dah ok, I 'll to school. Balik, makan ubat - tidur sampai petang. Malam pun bukan main cepat lagi tidur.
Pagi2 ni - lebih baik la aku rest kat rumah. Kalau ke sekolah, aku dok sibuk kerja sekolah, tak rest langsung! Hari makin meninggi ni, dah beransur ok dah. Apa taknya , lepas makan ubat tadi tidur semula! Hu hu hu...dan bangun ni, tak ade keje, dok 'post' ubat2 yang aku makan.
Posted by sonata anak kancil at 10:47 AM 16 comments










