CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, January 31, 2009

Rewang Kenduri Kahwin & VIP

Kopek kak jangan tak kopek..potong bawang tu elok2, jangan potong jari udah le...

Ni satu baris lagi proses pemotongan bawang besar & bawang kecik,
air sirap tu bila nak minum, keje - keje jugak!
air kena minum , haus pe - cuaca panas gitu...


Ini pulak barisan kaum bapa yang sedang memotong daging lembu...
best2, daging segar..


Hahahha...ini tukang masak impot khas dari Trengganu, sedang menunjukkan
cara2 masak gulai kawah...sedap you...Trengganu style- rempah pun dibawa dari sana !


Kerusi2 yang telah siap diatur tunggu tetamu...

Pepagi aku dah round khemah memasak, semua dah ready...

Aku snap dari depan, panjang gak khemah jamuan ni... jemputan ramai..
.

Sempat aku snap pelamin raja sehari, tapi rajanya ngak ada..
.sedang bersiap2 nak majlis akad nikah kat surau...
dah sibuk2, wajah pengantin
tak dapat nak dirakamkan...tak pe, asal bahagia pasangan raja sehari ni...


Ni pulak, khemah makan beradap...lauk2 pengantin dimasak Chef Kolej Komuniti ...
Tak payah susah2, pensyarah ni menetap sebelah rumah mak pak pengantin!
Cukup senang...

Inilah ruang garaj 'kuda2' ku...dijadikan tempat jamuan VIP...
aku ditugaskan menyusun atur aje..


Sempatlah dalam kesibukan melayan VIP, aku "curi2" snap tetamu yang hadir

Dengan bantuan rakan2 setugas begini hasilnya susun atur yang dilakukan

Tetamu istimewa - Datuk Seri CM & Datin, yang baju biru ni mak pak pengantin
Terima kasih Datuk sudi datang, walaupun dah jam 4 petang!

Tak larat dah rasanya hari ni...sama naik la kita ni membantu jiran sebelah rumah buat kenduri kawen anak sulungnya...Aku tepek ajelah suasana kemeriahan merewang...Yang aku tahu, orang Johor cakap rewang...rewang maknanya bersama2 bergotong royong sebelum memasak hinggalah selesai majlis...

Wednesday, January 28, 2009

The blooms of my garden




Heliconia rubra &
Heliconia psitticorum










The purple & white bougainvillas








Vinca rosea of purple & white





Species of Alpinia purpurata


Columnea gloriosa that I bought from Cameron Highlands


Episcia cupreata with showy crimson flowers


The red Rose


Crossandra infundibuliformis or Firecracker flower



The climbing Tristellateia australasiae or Maiden jealousy


The pink Anthurium sp.


The elegant Clerodendron thomsonae or the Bleeding Heart


Vinca rosea in hanging pot


Water plant species with white petals


The full bloomed Garlic Vine

ESEI O ESEI

Apa yang aku buat la ni.....sorang2 , kawan ku buku & laptop, dok menaip ngadap komputer, & rakan2 maya...sape2 yang browse, sure aku ada depan laptop ni....buku besar tu, tesis aku masa sarjana dulu...tajuk pulak hampir2 sama, bolehlah guna...

Tuesday, January 27, 2009

Pokok Lama Pasu Baru

Pokok yang asalnya membesar atas permukaan tanah rata,
di'trim'kan supaya boleh muat dimasukkan dalam pasu.

Guna gunting untuk trim akar rerambut (macam sponge)
Guna parang pulak!

Berusaha memasukkan ke dalam pasu...
masih belum nampak muat sepenuhnya -
guna pisau besar pulak, nak bagi lagi nipis...macam2 digunakan , janji boleh muat...
Haahaa, 1 dah siap pun, ditenggekkan atas tembok

2 pasu dah siap ditenggekkan atas tembok...
Cantik kan!


Semalam on the way back from Kluang, singgah kat kawasan Air Itam sebelum masuk tol, hubby beli 2 pasu bunga agak besar & 5 yang kecik. Mintak kurang harga dapat le RM80 untuk besar & RM20 untuk kecik..

Apalagi, pepagi tadi dah tak sabar2 nak ubah kedudukan pokok. Kalau dia dah nak buat, dia akan buat serta merta. Kalau tak nak buat,pakat lama la tinggal gitu saja. Aku nak tak nak kena beri sokongan moral, buat apa disuruh, ambik apa yang dia suruh ambik. Parang, pisau, gunting, kenalah layan...Nak cantik kan, kena beri bantuan...Gambar2 ni menunjukkan cara2 mengubah pokok lama ke pasu baru dan diletakkan atas tembok, gantikan pokok lama yang dalam pasu agak kecik...

Sunday, January 25, 2009

Gotong Royong

Huh...berasap2 membakar sampah,
aku pun tak sidai2 kain baju, nanti semua berbau asap!


Kawasan lapang tempat nak dirikan khemah memasak

Hubby sibuk membakar sampah sarap
Pokok pisang ni dah banyak berjasa...Bila masak, semua merasa!

Kayu api yang dah dikumpulkan...


Pepagi hari minggu ni, jiran2 deret rumah aku bergotong royong membersihkan kawasan lapang yang agak bersemak samun sikit seberang rumah aku ni.

Sebab? Hah, hujung minggu ni 31 hb, jiran sebelah rumah ni pulak nak buat kenduri kawin anak sulungnya. Biasanya kalau anak sulung perempuan cepatlah bermenantu! Betul ke???

Kawasan ni dibersihkan, sebab nak buat tempat masak, katanya nak tumbang lembu sekor...Masak sendiri lebih baik la, kalau main catering2 ni, kira ikut berapa kepala jemputan. Macam order kat kedai - mahal belanjanya. Rumah aku ni dok kat corner, jadilah tempat persiapan kenduri. Biasalah ni, semuanya dah seperti sedara , tak kisah punya...

Sibuk nak raya cina ni, orang melayu sibuk jugak ambik kesempatan buat kenduri kawin.Jemputan memang ada, takat sekitar tempat aku ni, ok lah boleh gi...Gantung periuk lagi!!!

P/S: buat bersabor ujie, tiba masa hang pulak...

Saturday, January 24, 2009

Wedding In The Garden








Nurul Afidah binti Ahmad Shukri
&
Mohd Syukri bin Mohd Daud


Doa Untuk Pengantin
Ya Allah Ya Tuhan Kami
"Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan

Adam & Hawa,

Yusuf & Zulaikha

dan seperti Engkau satukan
Muhammad SAW & Siti Khadijah.

Kami memohon doa restu Mu berkatilah majlis perkahwinan inidan semoga majlis ini berjalan dengan sempurna
sepertimana Engkau kehendaki. Limpahkan juga barakah dan
rahmat atas suami dan isteri ini
dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah
serta sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Semoga Allah memberkati keduanya di dunia dan akhirat."Amin Ya Rabbal Alamin.

P/S: Setelah diperkenankan oleh Raja Sehari,
dapatlah kita semua berkongsi rakaman yang dibuat di laman rumahku.

Bridal Shooting !




Hari ni, pengantin nak ambik gambar berlatar belakang kawasan rumah aku. Jiran aku di lorong belakang taman perumahan ni buat kerja kawin anaknya, datang nak berposing kat rumah aku yang seadanya ini.Aku pun tumpang le buat kenangan, ye le bukan senang pengantin nak berposing kat rumah ni..yang mula2 tak ambik pakai baju lain, ni kali ke 2 tukar baju lain...

Hari ni aje, 2 jemputan kawin...orang jemput pegi la juga....rezeki jangan ditolak.