CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, June 23, 2011

Sheikh's Sedap Catering & Services

                        Sheikh's Sedap Catering & Services
                                     Professional Services · Kensington, New South Wales




Kisah nya dia sudah buat catering ! 
Nampaknya dia manfaatkan peluang dan ruang yang berpotensi di sana...
Dia the only one yang mewarisi bakat food industry dalam family...
Atuknya sebelum ini ada membuka kedai makan tahun 70an dulu...
tapi dia lebih kreatif lagi !

ingatkan bimbang "lapar" kat sana ...
rupa2nya terlebih2 kekenyangan pulak...

sebelum dia ke sana pun - dia memang sangat pandai memasak
kat rumah pun dia suka masak2....kita pun tumpang gumbira lah !
masa belajar kat Subang pun dia rajin memasak untuk dirinya sendiri dan kawan2nya..
sebab dia tak "lalu" sangat nak makan di kedai....terutama dari segi kebersihannya- 
mahal pun mahal...baiklah masak puas hati.

apa lagi di Aussie  - lagilah agak susah nak cari yang halal
(walaupun sudah banyak) - tapi tak ikut seleranya
sebab itulah dia masak sendiri !

tahniah Sheikh Faisal a.k.a Mohd !

Tuesday, June 21, 2011

nak tukar selera pulak....

dah sekian lama aku setia pada si C ni
oleh kerana  lama beno ...tak tahu lah dah berapa tahun - mahu 5-6 tahun

sekarang nak tukar selera baru pulak
nak belajo2 guna si M pulak
katanya sangat menjimatkan...

apa salahlah kan kita tukar citarasa...!
cuma tukar sevice provider je

harap2 menjimatkan
aku pun bukannya buat bisnes besar2an - juta2an
bisnes modal insan aje ...
yang ada untung & ada rugi !

Monday, June 20, 2011

hilang !!! @ ke mana?

puas sudah daku mencari
masih tak jumpa2 juga
kemana ko menghilang?

atau aku tersalah letak?
atau aku tersalah simpan?

atau paling sedih...
aku dah tongsampahkan????
 uwaaaahhhh uwaahhh....
ohhh ini tak mungkin !

sebab voucer ini sangat bernilai...
satu pack - voucer percutian & makan2
bernilai ratusan ringgit @  ribuan?

ntah ke mana hilang
ntah ke mana aku letak
ntah ke mana tersorok

sebab aku sibuk mengemas
sibuk membuang sampah sarap yang ada
sampah buku lama yang sayang
yang masa tu sangat bernilai

rupa2nya kini

semua maklumat sudah di hujung jari
buku2 lama sudah jauh ketinggalan sukatannya
sehingga tersimpan sekian lama
sehingga habis diratah dik si anai2.....!

sibuk mengemas....
sebab sedang buat renovation bilik di tingkat atas
yang masih belum selesai....

maka voucer yang selama ini dok sama2 sibuk tersadai
tiba masanya aku dah tak jumpa !!!
bila teringat nak pergi jalan @ nak makan
......uwaaahhhh...uwaaahhh....

tapi nasi kalau jadi bubur - sedap jugak di makan !

kalau ade rezeki - ade le...kalau dah tak ade nak buat macam mana kan!

hu hu hu...sangat sedih....esok aku akan cuba terus mencari....

ohhhh...voucer ke mana ko hilang...

kalau tidak - dari Perlis sampai lah ke Sabah
aku akan sampai !!!

Sunday, June 19, 2011

Durian Belanda - sangat mahal !

Pagi tadi kami ziarah FIL & MIL di Kluang. Biasanya aku dah siap2 masak untuk makan tengahari - siap masak2 - keluar  pukul 9 lebih - tiba kampung 11 lebih gitu....teruslah bukak bekalan dan terus ngap ! senang ...tak mahu bersusah2 payah nak masak di kampung.

Lepas zohor pukul 2 lebih balik Melaka.

Hajatnya bila nak sampai tol keluar Kluang nak singgah beli nenas. Hubby pulak tak perasan aku suruh berhenti - terus masuk tol...alahai orang nak beli nenas Johor yang manis2 tu melepas. Tak ape la tak ade rezeki orang Kluang.

Jangan tak kesampaian hajat - singgah di R & R Pagoh. Wow sekarang R & R ini semakin maju setelah di upgrade...Gerai buah2an dah ada di bahagian bawah - nak ke ruang makan R & R ini kena naik tangga macam naik tangga kat Batu Caves !

Maka singgah lah aku kat greai ini nak beli buah nenas. Memang ada le....1 kg RM3.50 - wow beli 2 biji sederhana ...dah lupa berapa harganya. Lepas tu nampak pulak buah durian belanda. Tahu tak berapa harga sekilo? RM 10 ....mak datok mahalnya !!! seingat aku dulu2 buah ni bersepah - tak ada sape nak makan buahnya yang masam2 dan ada kalanya manis2 masam ni....Nak tahu khasiat durian belanda (klik sini)

Aku dah tahu  khasiatnya sangat banyak...macam2....antaranya untuk melawan kanser - kekuatannya 10,000 kali ganda kekuatannya berbanding rawatan kemo ! ini sangat bagus ! bimbang tak habis makan sorang2 sebab agak masam manis...aku beli sebiji yang kecik aje - tu pun dah RM 3.60 ! Lepas tu cik kak nak beli pulak buah mata kucing.....buah mata kucing dari Pagoh katanya. Sebungkus RM10 juga.....wowwww...mahal2 belaka sekarang....tengok buah durian - Pagoh ke - mana ke tak tahulah - yang pasti bukan dari siam....sekilo RM15 ! mak aiiiii......

Si tokey ni tanya tak mahu ke buah durian? Ohhh tidak lah.....mahal2 buah durian tak kisah lah - dah sebab dia raja buah kan.....ini durian belanda ...punyalah mahal !!! semuanya sekali beli buah nenas - buah mata kucing & durian belanda habislah RM 25.....hu3x

Mari tengok - besar mana buah durian belanda yang aku beli ni ...dan aku pun dah blend buat jus....ohhhh sedapnya ! simpan dalam peti - esok minum lagi !



jus durian belanda 


buah mata kucing - tapi isinya agak nipis...macam tak puas pulak makan - 
ala dah beli makan aje le...

jadual hari ini - Sabtu 18 Jun 2011


Hari ini jadual harian agak padat dengan tuntutan kemasyarakatan. Hubby pulak sibuk dengan tugasnya menyampaikan ceramah untuk kursus yang dianjur oleh Politeknik , Merlimau Melaka. 
Jemputan kahwin nak kena pergi jugak....
sib baiklah ditemani cik kak yang balik dari KL semalam 
dan dia pun nak pergi majlis perkahwinan kawannya juga. 


Walimah pertama di Kg Rumbia, Alor Gajah Melaka - oleh kerana lokasi majlis ni jauh - pergi dulu mulai jam 10.30 pagi....sedang elok tiba majlis jamuan - majlis perkahwinan adik jiran. 

********
Dah selesai - terus pulak ke Dewan Bistari, Ayer Keroh
untuk majlis perkahwinan kawan cik kak ni pulak.
Tiba pun dah dekat jam 12 lebih...hu3x makan lagi !
Makan - memang lah makan...tapi kena agih2kan ruang letak dalam usus ni
 agar semua majlis boleh dirasai masakannya! 
Pulak tu unsangkarable - aku dah siap2 nak makan - mantan bos pun datang - 
sekarang ini dilantik sebagai Pengarah JPM - duduk lah semeja kami....



Tengok tu....cik kak sedang menandatangani guest-book....
aku tukang ambik gambar dia udah le...

********
Lepas zohor pulak....mulai jam 2 petang
Membantu mesyuarat agung persatuan penduduk -
 kaum hawa membantu menyediakan makanan termasuk aku la ni
gitu gini sampailah pukul 5.30 petang
nampaknya hubby diminta menyambung lagi 2 tahun khidmat baktinya sebagai
Pengerusi Taman BKI & BKK ini.....hajatnya nak lepaskan jawatan - ni dah masuk kali ke 3
dia masih diperlukan lagi.....pada hal dia dah serah surat perletakan jawatan....
penduduk setempat tak nak terima !nak buat macamana......terimalah jua


mana yang belum tandatangan kehadiran....sila tandatangan


antara juadah yang disediakan oleh kaum hawa....meehoon - nasi lemak pun ada !

******
sudah hampir 6 petang sampai rumah....
bersiap sedia pulak nak ke Holiday Inn Melaka untuk memenuhi jemputan
perkahwinan rakan hubby....oleh kerana hubby dah terlalu kepenatan -
 dia suruh aku & Farhan je pergi...
WAJIB pergi jugak - sebab dia rakan baik hubby -
berkali2 bila jumpa dia ingatkan majlis resepsi dia di Holiday Inn...
bergegaslah aku ke sana - sebab function mula 7.00 pm sharp !alahai macamana ni?
Ini pertama kali aku pergi chinese wedding dinner - last year aku pergi Indian wedding lunch ...
complete lah aku tengok adat resam mereka.....
Malay wedding lunch & dinner ni tak yah cakap lah....sekarang tak tunggu cuti sekolah dah....
macam masa semakin tak cukup....almost every week ada jemputan!

aku sampai lagi 5 minit jam 7.....semakan meja dibuat...duduk meja 34 ! hu3x....
dekat jugak dengan stage
- ingatkan nak duduk kat belakang2 aje....
rupa2nya dah siap ditanda duduk meja nombor berapa....
akhirnya...meja sepatutnya untuk 10 orang...tapi yang duduk hanya 6 orang!

masuk dewan - majlis belum mula sebab masih ramai tetamu belum sampai.....
tulis di kad jemputan 7.00 pm sharp....rupa2nya untuk semak meja dulu.....
majlis bermula  pukul 8 ...
sementara menunggu majlis ......aku tunaikan tanggaungjawab aku dulu...
lepas tu Farhan pulak...


ketibaan pasangan pengantin




 meja utama pengantin dan ibubapa kedua belah pihak


antara paparan menu 


tak ade kerje....aku ambiklah apa2 gambar yang patut....ni lah meja aku wehhh...


menu pertama


menu akhir.....

selesai majlis sampai rumah lebih11.00 malam !!!






Thursday, June 16, 2011

tak ada rupa tapi ada rasa...


alahai rupa tak seberapa...rasanya kuih paling mudah nak buat...hari Isnin baru2 ni kat sekolah - kak kantin beritahu - cikgu rasalah kuih ni...sedap ! kuih apa? kuih kertas.... Kuih kertas ? wah rasa terkejut bila aku dengar kuih kertas...macamana buat?mungkin tempat lain panggil nama lain.... senang je cikgu......tepung pulut + kelapa parut + garam sikit = bulat2 kan , lepas tu leperkan - goreng dalam minyak panas.....dah selesai - sira pulak dengan gula macam buat kuih keria gitu.....ohhhhh senang bebeno macam ni.....aku pun rasalah satu dulu....memang sedap masa panas2 suam lagi - baru angkat dari kuali. Aku rasa macam aku pernah makan kuih ni.....rasa liat2 sikit tapi bolehlah makan kalau tak ada gigi pun ! kalau guna gigi palsu pun gerenti boleh makan punya - tapi awas yer....kunyah pelan2 sikit....mana tahu nak jadi sebab - ambik ko...buat lekat pulut tu....JANGAN SALAHKAN aku tahu....!

maka petang tadi aku pun menggodaklah tepung pulut dengan kelapa parut ( yang putih aje tahu - baru lah lawa sikit warna kuih tu ) .....kerje senang aje.....kalau tak mahu manis - jangan sira banyak sangat air gula tu....kuih ni lawan dengan air teh 0 kurang manis sebab kuih dah manis....tak pun dengan air putih 0 je...

bila hubby makan - dia kata - ini kuih orang Ganu ! yer ke? kalau ada orang Trengganu terbaca kisah kuih ni...bolehlah komen ....betul ke cek buat ni!

selamat mencuba

Saturday, June 11, 2011

Selamat kembali dari Tanah Suci Makkah

Assalamualaikum w.b.t
selawat dan salam buat Rasul Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w

Saya dan suami amat  bersyukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya, taufiq dan hidayahNya, kami telah selamat kembali ke bumi Malaysia dari Tanah Suci Makkah dan Madinah menunaikan ibadah umrah daripada 27 Mei 2011 - 10 Jun 2011.

Telah selamat sampai jam 11.20 pagi tadi di KLIA dengan pesawat MH 7073 dari Jeddah.

Terasa seperti musim haji kerana dalam pesawat ini adalah 100% jemaah umrah. Alhamdullilah.
Syukur semua perjalanan dan semua pengurusan ibadah ini berjalan lancar.
Terima kasih atas doa semua rakan yang mengenali secara maya & non-maya.
Semoga semua rakan akan dijemput dan menjadi tetamuNya pada satu letika nanti. InsyaAllah.
Semuanya adalah susunan Allah swt jua.

Doa Tawaf Wada' - meninggalkan Makkah.


" Bismillah, Allaahu Akbar. Maha Suci Allah dan segala puji hanya kepada Allah jua, tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Allah Maha Agung, tiada daya dan upaya dan tiada kekuatan jika tidak dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Besar dan Mulia. Selawat dan Salam bagi junjungan rasul Allah SAW. Ya Allah sesungguhnya kami beriman kepada-Mu dan kami membenarkan kitab-Mu, memenuhi janji-Mu dan karena menuruti sunnah Nabi-Mu Muhammad SAW. Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan Al-qur'an itu pada-Mu niscaya memulangkanmu ke tempat kembali, wahai Tuhan yang Kuasa mengembalikan, kembalikanlah aku ke tempatku, Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarlah bicaraku, wahai Tuhan yang Maha Perkasa, perkasakanlah aku, Wahai Tuhan yang Maha pelindung tutupilah aibku, Wahai Tuhan Yang Maha kasih Sayang, sayangilah aku, Wahai Tuhan yang Maha Kuasa mengembalikan, kembalikanlah aku ke Ka'bah ini dan berilah aku rizqi untuk mengulanginya berkali-kali, bertobat dan beribadat, berlayar menurut jalan Tuhan kami sambil memuji Allah. Allah Maha menepati janji-Nya membantu hamba-Nya, menghancurkan sendiri tentara musuh-Nya. Ya Allah peliharalah aku ini dari kanan, kiri, depan dan belakang, dari sebelah atas dan bawah sampai Engkau menyampaikan aku ketempat ahli keluargaku dan ke kampung halamanku. Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami dan kerutkanlah bumi ini untuk kami. Ya Allah kawanilah kami dalam perjalanan ini dan awasilah ahli keluarga kami wahai tuhan yang maha kasih sayang dan wahai Tuhan Yang Memelihara seru sekalian alam."