CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, June 19, 2011

jadual hari ini - Sabtu 18 Jun 2011


Hari ini jadual harian agak padat dengan tuntutan kemasyarakatan. Hubby pulak sibuk dengan tugasnya menyampaikan ceramah untuk kursus yang dianjur oleh Politeknik , Merlimau Melaka. 
Jemputan kahwin nak kena pergi jugak....
sib baiklah ditemani cik kak yang balik dari KL semalam 
dan dia pun nak pergi majlis perkahwinan kawannya juga. 


Walimah pertama di Kg Rumbia, Alor Gajah Melaka - oleh kerana lokasi majlis ni jauh - pergi dulu mulai jam 10.30 pagi....sedang elok tiba majlis jamuan - majlis perkahwinan adik jiran. 

********
Dah selesai - terus pulak ke Dewan Bistari, Ayer Keroh
untuk majlis perkahwinan kawan cik kak ni pulak.
Tiba pun dah dekat jam 12 lebih...hu3x makan lagi !
Makan - memang lah makan...tapi kena agih2kan ruang letak dalam usus ni
 agar semua majlis boleh dirasai masakannya! 
Pulak tu unsangkarable - aku dah siap2 nak makan - mantan bos pun datang - 
sekarang ini dilantik sebagai Pengarah JPM - duduk lah semeja kami....



Tengok tu....cik kak sedang menandatangani guest-book....
aku tukang ambik gambar dia udah le...

********
Lepas zohor pulak....mulai jam 2 petang
Membantu mesyuarat agung persatuan penduduk -
 kaum hawa membantu menyediakan makanan termasuk aku la ni
gitu gini sampailah pukul 5.30 petang
nampaknya hubby diminta menyambung lagi 2 tahun khidmat baktinya sebagai
Pengerusi Taman BKI & BKK ini.....hajatnya nak lepaskan jawatan - ni dah masuk kali ke 3
dia masih diperlukan lagi.....pada hal dia dah serah surat perletakan jawatan....
penduduk setempat tak nak terima !nak buat macamana......terimalah jua


mana yang belum tandatangan kehadiran....sila tandatangan


antara juadah yang disediakan oleh kaum hawa....meehoon - nasi lemak pun ada !

******
sudah hampir 6 petang sampai rumah....
bersiap sedia pulak nak ke Holiday Inn Melaka untuk memenuhi jemputan
perkahwinan rakan hubby....oleh kerana hubby dah terlalu kepenatan -
 dia suruh aku & Farhan je pergi...
WAJIB pergi jugak - sebab dia rakan baik hubby -
berkali2 bila jumpa dia ingatkan majlis resepsi dia di Holiday Inn...
bergegaslah aku ke sana - sebab function mula 7.00 pm sharp !alahai macamana ni?
Ini pertama kali aku pergi chinese wedding dinner - last year aku pergi Indian wedding lunch ...
complete lah aku tengok adat resam mereka.....
Malay wedding lunch & dinner ni tak yah cakap lah....sekarang tak tunggu cuti sekolah dah....
macam masa semakin tak cukup....almost every week ada jemputan!

aku sampai lagi 5 minit jam 7.....semakan meja dibuat...duduk meja 34 ! hu3x....
dekat jugak dengan stage
- ingatkan nak duduk kat belakang2 aje....
rupa2nya dah siap ditanda duduk meja nombor berapa....
akhirnya...meja sepatutnya untuk 10 orang...tapi yang duduk hanya 6 orang!

masuk dewan - majlis belum mula sebab masih ramai tetamu belum sampai.....
tulis di kad jemputan 7.00 pm sharp....rupa2nya untuk semak meja dulu.....
majlis bermula  pukul 8 ...
sementara menunggu majlis ......aku tunaikan tanggaungjawab aku dulu...
lepas tu Farhan pulak...


ketibaan pasangan pengantin




 meja utama pengantin dan ibubapa kedua belah pihak


antara paparan menu 


tak ade kerje....aku ambiklah apa2 gambar yang patut....ni lah meja aku wehhh...


menu pertama


menu akhir.....

selesai majlis sampai rumah lebih11.00 malam !!!






14 comments:

IMANSHAH said...

wah kebiziannya ...kalah PM

Ayah Zain said...

salam,

enjoy err. az kat spita pagi. heheh

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

tak berasap le dapur semalam yer..he he

Wassalam

KAMATO said...

sibuk untuk kebaikan begitu amat bermakna

farahin said...

umi, uncle david's wedding ke?
if so, send my regards to him !
:)

teratai said...

memang busy tu...tp memenuhi undangan tu adalah dituntut!

sonata anak kancil said...

Imanshah : hampir2 nak jadi PM!he3x...Project Manager

sonata anak kancil said...

AZ : enjoy le....but agak letih...

sonata anak kancil said...

Rozali : betulllll.....!

sonata anak kancil said...

Kamato : bukan selalu....bila kena macam ni...lotih jugak dibuatnya

sonata anak kancil said...

Farahin : yesssss....! sorry dah terlambat baca komen ni

sonata anak kancil said...

teratai : masa mereka...nanti tiba giliran kita pulak kan...mereka penuhi jemputan kita pulak..

IMANSHAH said...

kak mah nak tunangkan anak pun tak bz macam ni

sonata anak kancil said...

Imahshah : kak mah lainlah...semua orang dah dibagi2kan tugas...saya ni terkontang kanting sorang2 nak buat ! nampaklah sgt bizi...he3x