CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, January 8, 2011

rezeki jangan ditolak....antara kampung VS bandar

malam kelmarin - malam semalam - hari ini....

huhuhuhu......ke rumah kenalan seisi keluarga@abang / kakak angkat @sedara....
( bila disusurgalurkan sampai ke akar umbi - ade pertalian kaum kerabat sebelah hubby ).


majlis kenduri kawen sebelah pihak lelaki...
minggu lepas kan dah pegi rumah pengantin perempuan di Semenyeh...
tak ada lah aku ni menolong sangat....sebab tak ada ape yang nak dibuat???
tolong makan ade le...tolong tengok...


cara sekarang orang buat majlis kawen...ada pulus...semua senang ! bukak mulut aje !
kuih-muih dah ade orang bagi orang buatkan - nasi/lauk semua dah ada catering / upah masak kat rumah tukang masak...kalau masak kat rumah pengantin....bolehlah aku tolong kupas2 bawang ke...apa ke...
tapi kat sini tak ada ! semua akan dihantar sebaik saja siap masak....tuan rumah hanya melayan tetamu saja...tak ada arahan nak mintak aku tolong buat itu ini....he3x apa nak dtolongkan !

berbanding kalau buat majlis di luar daripada bandar khasnya @ di kampung tentunya sibuk jiran tetangga dan sedara mara sibuk merewang...buat itu ini....macam2 lah...sambil2 tu boleh bertanya khabar berita dengan sedara mara yang lama tak bersua....meriah lagi kot ! kat bandar ni....pergi makan aje le ! ini yang aku alami lah....bertanya juga aku soalan bodoh ..."kak, ada apa2 nak dibuat ni?"...."tak ada apa nak dibuat...awak datang sangat2 bersyukur...terima kasih sudi datang " !!! tu aje jawapannya...memang betul...semua sudah siap sedia....

dah lah datang lewat tengahari tadi sebab urusan Farahin ... bawak balik pulak rezeki ini ! memang tak masaklah aku sejak semalam & 2/3 hari ni......rezeki - rezeki...alhamdullilah


satu bag ni aku hadiahkan kepada jiran sebelah rumah....dah rasa banyak...
orang nak makan tak ada ! baik aku memanjangkan sedekah....


hati ku 0...

konflik ?

bengong ?

salah siapa?

ibu ?

bapa ?

aku tak tahu....

aku ? apa pulak aku weh !

aku dinasihati supaya berfikiran positif...

lupakan kisah itu...

kenapa aku begini ? 

kenapa aku ikut dia ?

aku mencari sesuatu...

aku mahu kenali IDENTITI DIRI aku.....

*
*
*
*


he3x.....ngajar PSK tingkatan 1


Thursday, January 6, 2011

sebelum hujan sediakan payung...kalau tak kuyup !

Petang semalam mintak izin nak balik awal...cakap aje nak balik awal...tapi lewat jugak - walaubagaimanapun mesti keluar dari sekolah pukul 2.30 petang sebab 2.40 petang budak2 sekolah di sekitar sewaktu dengannya akan berpusu2 keluar sekolah juga....kereta parents - bas pun akan membuatkan jalan sesak...secepat mungkin aku dapat jugak keluar 2.30 petang ! kalau tidak lagi lambat loooo.....

Lepas tu bergegas2 berkemas pakaian kerana nak berangkat ke KL @ ke Impiana Hotel KLCC. Tujuannya satu...terpaksa bermalam di hotel terdekat jugak...senang pagi2 tak akan sesak dengan warga KL nak pergi kerja @ kalau tak jumpa jalan @ kemungkinan2 yang tak diingini berlaku diperjalanan kalau berangkat pagi2 dari Melaka....

sempat jugak bukak AGK....berjalan ke rumah members 
 selepas berjalan2 di KLCC....

 sebelum persekitaran ini tercemar dilonggok pelbagai khazanah
baik kita ambik gambar bilik yang suci bersih ! dulu

Jam 8.30 pagi tadi kami @ parents pre-u students ke overseas menghadiri taklimat pre-departure di Tingkat 40 di Petronas Tower 1. Pelbagai persediaan - pelbagai makluman - pelbagai peringatan  - pelbagai jangkaan di luarnegara - pelbagai macam2 lah ... the do's and the don'ts....

Kalau tak kerana anak dapat tajaan ini...tak merasalah nak "panjat" menara ini ! Awal2 tahun dah guna cuti CRK....hu3x...tolak 1 hari dah...Nak menuju ke puncak  ke menara ini - puyoooo kena register dapatkan pas pelawat & kena scan...  keputusan peperiksaan masih belum dapat lagi tetapi semua persiapan sudah siap - payung dah siap sedia ...hujang belum tahu turun ke tidak ... ! Even tarikh terbang pun dah tahu ! Jika tidak melepasi tahap keputusan oleh pihak penaja...students akan ditempatkan di local universiti...semuanya mengharapkan dapat ke luar negara...tetapi semuanya bergantung kepada keputusan peperiksaan yang akan diperolehi pada 24 Januari ini. Semoga semua pre-u students yang dapat tajaan ini akan beroleh kejayaan yang cemerlang!



Petronas Tower - sangat cantik diwaktu malam...

Bandaraya Kuala Lumpur dari tingkat 40 



salam penghuni alam maya ...... & selamat pagi

salam & selamat pagi kepada semua penghuni alam maya...
khasnya  dari Impiana KLCC Hotel & Spa




akan naik lif laju ke tingkat 40 

bye...bye...bye

Tuesday, January 4, 2011

catat sikit2 boleh...jalan2 tak sempat !

hari ni 4hb Jan. hari  ke 2 bekerje ...esok hari ke 3...lusa hari ke 4...opppsss hari ke 4 - tak kerje di sekolah terpaksa ambik cuti rehat kerana urusan anakanda....awal2 dah kena ambik cuti !  ...sambung hari ke 5 - Jumaat....habis 5 hari bekerja tapi aku kerja 4 hari je...




ohhhh...cepatnya masa berlalu....macam putaran bumi ni.juga sebab terlalu laju lah ia berputar atas paksinya & mengelilingi matahari ...tak terasa bumi sedang bergerak....sama juga dengan masa...dik kesibukan tugas...tup-tup...alamak dah pukul 12 tengahari ! belum makan lagik !!! apa hal ni??? cepat2 aku terpaksa bergegas ke kantin makan nasi..(sedap makan nasi hari ni  - operator baru) - nasib baik lah pagi2 kat rumah dah makan 2 keping roti bakar + minum susu....sudah 2 hari balik ke rumah pukul 3.45 petang !


dik kesibukan melanda semua guru di malaya....bukan saya saja tau....saya tahu lah ! hari2 dalam minggu pertama ni sangat sibuk menguruskan anak2 murid....nak bayar itu - bayar ini - beli itu ini di koperasi sekolah - nak daftar kokurikulum - check-up disipilin...meeting sana meeting sini ....PPD @ JPN datang nak pantau - nak jengok sana - jengok sini - ada kerosakan yang tak sempat2 dibaiki masa cuti....huh macam2 lah.....


tapi cikgu kerdil ini....sempat jugak mencatat N3 ( dah siap kerje2 lain ) ....cuma nak jalan2 ke sana sini tak sempat ! kalau takat jalan saja tak ape lah....tapi kita dah singgah rumah orang kan....nak buktikan jugak kita dah singgah ke rumahnya ! tu yang lambat...akhirnya ...catat kat sini udah le !!! maaf ye kengkawan sebab tak sempat nak menyinggah  & meninggalkan catatan di tempat kengkawan....




pssssttt.....hari ni cikgu berpesan dengan murid : 
letakkan cita2 mu tinggi melangit...walaupun kaki masih jejak di bumi.....kata Hamka



Monday, January 3, 2011

nak sekolah sini - ikut sekolah ini - belajar bersungguh2...

Hari pertama sekolah...ibubapa - guru - murid - semuanya ada cerita tersendiri...


Seorang murid lelaki T5 baru nak pindah masuk ke sekolah...( dah lulus pun pindah ni ) - datang bersama mak sedara. Dengan gaya santai - rambut agak kusut - jelas menampilkan murid tidak bersedia nak belajar - senang cakap  tak berapa ikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan !

Cikgu : apa pakej awak ?

Murid : 6 teras + PSV & EA

Cikgu : Pakej di sini - tambah lagi satu Perdagangan...

Murid : La cikgu...saya tak belajar perdagangan ! jawab murid sambil garu2 kepala...

Cikgu : .....awak tolong turun kan kaki awak ! duduk betul2...( sebab dia duduk bersilang - satu kaki diletakkan atas kaki lagi satu ). Murid pun menurunkan kakinya dan duduk dengan tertib. 


Cikgu pun dah mula naik suhu badannya !


Cikgu : kalau awak nak pindah sini...awak ikut lah pakej sekolah ini! awak ini dari mana? Dari mana puan ?

Wanita : dari sekolah....( dah lupa dari sekolah mana...tapi dari belah2 KL ) ...dia ni anak buah saya...emak bapak dia suruh dia pindah sini dan duduk dengan saya...emak bapak tak boleh kawal....kerja pagi2 dah keluar...dia ikut suka dia nak pergi sekolah !!!

Cikgu : laaaa...itu masalah awak ! awak dah tahu emak bapak kerja macam tu...yang ko tak boleh kawal diri...pergi sekolah nak di paksa2...nak suruh belajar.....mana boleh !!! sambil cikgu menunjuk kepada murid &  cikgu pun dah mula keluar cakap cara orang tempatan dan mula keluar cara cakap orang tempatan.....jadi kalau awak pindah sini...awak boleh buat suka hati awak ke??? awak dah T5...buat cara T5 lah ...awak nak menyusahkan makcik awak pulak??? kalau awak tak mahu ikut pakej sekolah ni...saya nasihatkan awak balik sekolah asal....awak tak boleh ikut suka hati awak nak sekolah....bla...bla...bla....bla......cikgu mula tinggi suara menasihati murid  itu....


Wanita : ha tu lah ko....kan dah kata...ikut la ...ni nak ikut cara ko sendiri...susah lah nak cari sekolah ikut pakej ko tu ! mesti sekolah beza2 pakej dia !

Cikgu : susah2...awak kena balik sekolah lama....awak belajar bersungguh2....ni nak dipaksa2 belajar ....awak dah T5 tahu....! murid pun angkat punggung keluar bilik cikgu....

Cikgu : ....saya mintak maaf puan...cara saya cakap tadi...

Wanita : tak ape cikgu....cikgu cakap macam tu...dia susah nak dikawal cikgu....mak bapak dia tak boleh buat apa dah!!! saya suka cikgu cakap tadi.... nanti saya bincang balik...nak pergi sekolah sebelah ke atau sekolah ni...susah sangat biar dia balik lah sekolah asal !


( sebab dia dapat sekolah  lain di kawasan ni juga...tapi pakej pun tak sama...konon2nya nak tanya sekolah cikgu pulak....jumpa cikgu sekolah ni...habis lah ko...
cikgu soal macam2 ! )

( dalam hati cikgu....la....dapat credit pulak dah....cikgu pun bimbang juga sebab cakap macam tu dengan orang baru ! ) 
- baru hari pertama sekolah ni !!!


**********


cikgu mula set induksi dengan soalan bunyi macam katun ...


Cikgu : ini kelas apa?


Murid : 3 Amanah !


Cikgu : tahu apa makna amanah? 
( cikgu ajukan soalan macam tanya budak tak pandai...)


Cikgu : apa??? 
murid ada garu2 kepala...ada tahu - ada tak tahu...@ tahu tapi tak reti nak cakap 


Murid : amanah...untuk belajar...


Cikgu : betul ! 
( pada cikgu semuanya betul...ikut otak budak kan...
kalau sipi2 pun kira betul jugak lah...sebab jawapan subjektif ....)


Cikgu : okey....amanah ye...amanah belajar bersungguh2...
amanah dapatkan straight 8 A's !!!


Cikgu mulakan P & P Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan hari ini 
- bersesuaian dengan tajuk pertama - pilihan kerjaya !!!


Cikgu : okey - murid2 3 Amanah yang disayangi....
belajarlah bersungguh mulai hari ini - set your target for PMR...
don't waste your time...hurry -up !
( cikgu kadang2 cakap omputih jugak bila ngajar - best sikit...he3x )


*****

Sunday, January 2, 2011

Hari Pertama Tahun Baru 1.1.11 - yang pergi - yang datang

Hari ini sudah 2hb Januari 2011....terlebih dahulu pembuka tirai belog tahun 2011 - saya mulakan dengan laporan2 yang telah ditetapkan oleh Allah swt. 


Satu perkara yang senang nak ingat sesuatu perkara ialah pada tarikhnya...tetapi tarikh 1.1.11 - lagi senang nak ingat kot ! sebab nombor 1 adalah kiraan pertama selepas digit 0....betul? saya tidak MAHIR matematik - takat kira 1 - 9 - tu tahu lah sikit....asalkan sejak sekolah zaman papan batu dulu cikgu ajar - pandai baca - tulis dan kira....okey lah ...cukuplah untuk ini sebagai mukadimah tahun 2011....dengan harapan setiap hari mulai semalam 1.1.11 terus menceriakan kehidupan saya, ahli keluarga saya , sedara mara saya, jiran2 saya , rakan2 saya, rakan2 maya saya, tak lupa staf2 saya tempat saya bertugas sekarang ! Jangan sedih2 ye...tahun baru ni mula dengan ayat skema sikit....cikgu katakan ! cikgu ucap skema2 sikit....


Kita lihat dan dengar : biasanya kiraan mudah --- yang saya tahu....1 pergi - 1 datang...ini yang tahu...kalau dah seluruh dunia...setiap detik yang pergi dan yang datang??? okey kita ambik yang senang aje...yang seluruh Malaya tahu...


yang pergi...pada 1.1.11

 allahyarham dalam lakonan Adamaya-
saya ikuti jugak di akhir2 episod !

Faizal Yusuf - telah kembali kerahmahtullah 
Takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham 
semoga Allah swt mencucuri rahmatNya keatas roh allahyarham
Al-Fatihah

*
*
*
*
yang datang pada 1.1.11
*
*
*

BERITA HARIAN ONLINE

Bayi Tahun Baru hadiah istimewa buat pasangan
Kehadiran cahayamata dinanti bawa kegembiraan berganda 


EMPAT daripada 18 bayi Tahun Baru dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, semalam.

NADIA dan Khairul bersama bayi sulung mereka
 di Hospital Pakar Johor, semalam.

Tahniah kepada semua ahli keluarga !
*
*
*
dan saya pada .....1.1.11
*
*
*
menghadiri majlis perkahwinan pangkat anak sedara
di Taman Pelangi , Semenyih , Selangor
& perkahwinan ini adalah mengeratkan lagi silahraturahim 
hubungan kekeluargaan yang sedia ada - kedua2 belah pihak -
 mak-pak awok : mak-pak sedara kawe - 
mak-pak kawe : mak-pak sedara awok...
dan kini dimenterai dengan ikatan perkahwinan
sepupu sepapat gitu !


Mr. Sheikh sedang menepung tawar pasangan mempelai



Mrs. Sheikh @ Sonata anak Kancil 
turut menepung tawar mempelai 
  
Tahniah dari auntie & uncle...he3x
insyaAllah tahun depan buleh cucu kot...tuo dah ambo ni


apa lagi...kita orang bersantap di meja raja sehari saje ni...
tengok tu.....punyalah banyak laukpauk lambak depan aku...
kaki makan betul Mr. & Mrs. Sheikh @ Sonata ni....
( konon2 tahun baru berazam nak kurangkan makan....tapi...ehhhhmmm....
saban tahun azam ni tak dapat2 dilaksanakan !
tinggal azam tercatat kat papan kenyataan ...)

lepas ni korang punya tanjak ke ...keris ke...tiara ke....abis dah...

Selamat Pengantin Baru !