CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, July 12, 2009

kawan + kawan = kawin



Little India & Happy Hour.....

Sangat busy hingga 12 tgh malam!

Mulai +- 7.15 pagi , 'dating' makan roti canai....he3x tempat biasa la...Duyong.

Bergegas la pulak k
e sekolah - sebab hari ni ada LDP ke 4 - penceramah jemputan Timb. Pengarah - audit di Jab. CM hingga la ke jam 1.45 tgh - siap makan....

Nasib baik orang kata rezeki ada je - dapatlah bawak balik nasi tomato untuk mereka yang 'ditinggalkan' di rumah - hubby , Farahin & Mohd. Jam 3 , pegi ziarah Fahd - hantar apa yang dipesan....

Lepas tu teruslah ke bandar membeli & bla mac
am2 untuk Farahin yang sibuk untuk menyiapkan English Carnival Peringkat Kebangsaan ( Kolej Mara & Kolej Profesional Mara ) minggu depan. Dan si Mohd pulak sibuk nak menyopping keperluan nak 'memasak' di apartment nya...Apa yang dibeli ?

Lepas siap beli macam2 barang ke mana kita orang pergi??? ha ha ha ....mencuci mata lah di sini.
Kami telah pegi ke Little India - femes ni
kat Jalan Bendahara. Apa taknya sempena English Carnival tu , tema kolej Farahin (KMS) kena pakai pakaian India! Bagi nak rak dok lepas satu ke satu kedai di berderet2 kedai India kat Jalan Bendahara kami masuk untuk beli baju ni.



Baju yang dibeli - 940.8 rupee (INR)Lepas membeli bla....hahhahhaaa...balik order Shakey's Pizza - mintak hantar ke rumah, dah tak larat ....Banyak tak pizza ni? Semuanya berharga RM 26.20 sahaja!
Apa taknya - buy 1 large - free 1 regular + 1 free bonus !
Kupon offer macam ni banyak lagi - hu hu hu boleh order sampai hujung Oktober ni...

Lepas magrib kami keluar lagi - ada lagi yang tak cukup! Mohd nak beli periuk belanga dan macam2 mende nak 'serba lengkap' ( baik pindah umah aje!!!) & Farahin nak beli kain hitam pulak dah...
Kami beli barang2 kat Duyong & lepas tu terus pulak ke Astana Moda .
Dah siap beli kain hitam dia - aku terdengar pulak - orang jerit2 Happy Hour!


Hanya dalam masa 15 minit saje...Rupa2nya.....ahah aku
'terperangkap' dengan very2 good offer kain yang harga asal RM148 sepasang - within 15 minutes if you can grab - you'll get RM120 for 2 pasang!!! Apa lagi - aku pun capai & buat pilihan, budak2 yang dok jerit2 tu - dok beritahu aku - 'kak pegang dulu - tak pe, kak pilih la...nanti 'melepas' - tengok2 memanglah kain baik punya!!!
Nak tengok? hahh hah tengoklah....Hu hu hu 'raya
' sakan aku....
(sebenarnya tak yah tunggu raya pong - kalau aku dah berkenan....beli aje le)


lawa tak???

Dah dekat 10 malam - nak ke kedai Seng Heng (kedai letrik ) sebelah Astana Moda - kedai nya pun dah tutup. Kita orang pun belok le hala ke Tesco pulak....Macam2 dibeli - lagi tak penuh troley tak balik!!! 11.30 malam kami pun keluar Tesco - sampai kat umah dah hampir 12 malam!!!Selamat malam......

Ni nak belajar ke, nak kenduri makan???

Nak pindah ke???

Thursday, July 9, 2009

D'Sonata Gallery 3 - Pertandingan Koir Kebangsaan 2009

Pertandingan Koir Peringkat Kebangsaan 2009
Tanjong Puteri Resort, Pasir Gudang , Johor
1 - 3 Julai 2009
















Persembahan : Sekolah Seni Johor Bahru


Sayonara Tanjong Puteri Resort!

Monday, July 6, 2009

Pandemik H1N1

Hari ni baru masuk ke sekolah - khasnya ke pejabat yang dirindui setelah 5 hari bekerja di luar negeri Melaka + Sabtu & Ahad - nasib baik tak ke luar negara! Ditambah dengan last Saturday 27 Jun patutnya sekolah tapi aku cuti kerana urusan anak ke TUC , maka terasa lama tak ke sekolah....

Lepas asembly mingguan - aku diberitahu petang 2.30 ada taklimat untuk aku wajib hadir - khasnya untuk sejawatan dengan aku bagi seluruh Negeri Melaka di SMKPT.

Taklimat ini khas untuk Pandemik H1N1...Dari latar belakang kisahnya - hinggalah ke apa yang patut dibuat sekiranya pandemik ini berlaku di sekolah. Sekiranya kedapatan berlaku - SILA LAPOR SEGERA! Taklimat disampaikan oleh Dr. Hashimah Hassan , Pegawai Epdemologi (penyakit berjangkit ), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Sekiranya ada tanda2 seperti demam sehingga 38' C, letih lesu berlarutan, batuk
( lain ye drp batuk makan rambutan dll ), hidung berair, bersin, sakit tekak, sakit kepala - maka berhati2 lah, jika perlu dapat rawatan, janganlah tangguh2 lagi...


Penyakit ini boleh merebak melalui titisan respiration ( droplets - lebih kecil dari
drops ) manusia ke manusia - bila batuk, bersin, sentuhan kepada sesuatu yang tercemar dengan titisan bersin ....


Oleh itu , kita2 ni , kalau boleh la - kita cuba guna langkah2 ini : Social Distancing - maksudnya elakkan diri dari berkumpul2 dalam crowd / majlis2 keramaian dan sebagainya yang berkaitan dengan public...kita tak tau , dalam ramai2 - kita terjerumus dalam tempiasan mereka yang batut / bersin ....jadi elakkan diri daripada tempat2 ini.

Harap2 tidak berlaku perebakan pandemik ini dengan meluasnya! Jika berlaku - maka akan berlakulah - penutupan sekolah/pejabat/kilang/tempat kerja/perniagaan/pasar , pembatalan majlis keramaian, pengangkutan awam dihentikan & juga pergerakan manusia dihadkan!.....

Untuk berita terkini dan maklumat lebih terperinci silalah ke
Kementerian Kesihatan Malaysia
& MyHEALTH portal.

Sunday, July 5, 2009

Soalan Tag - Ummi Humaira

Menjawab tag daripada Ummi Humaira - terima kasih kerana sudi 'mengetag'.
Bila dah kena tag ,kena la jawab ye?...He he he.....

Jawapannya ialah.....


1.NAMA TIMANGAN ANDA....

Maksudnya nama gelaran yang dipanggil ke?

Ape ye?

Dulu2, masa sekolah2 ade le kekawan panggil Che Aaa....

Kalau kat sekolah le ni anak murid - panggil cikgu la...

Anak2 pulak panggil umi...

Hubby pulak - kalau angin romatik bertiup - panggil sayang ....kalau tak, hentam umi aje!!!


2. ANDA SEORANG YANG....

Cool...

Bila ngajar budak sekolah bawak banyak bersabar.

Dengan anak2 ? Kalah topan tsunami !

Mudah sebak bila dengar berita2 yang menyayat hati , berita sedih , lagu2 patriotik misalnya Lagu Inilah Barisan Kita, dan sebagainya...


3.INSAN YANG TERISTIMEWA....

Sape lagi suami tersayang la - mak pak dah lama tak ada - menumpang kasih suami aje le...

Juga mak-pak mertua serta anak2.

Saudara mara , jiran sekeliling , kakak & abang angkat di sini serta keluarga di Tawau / KK Sabah ....

Anak2 didik di sekolah, rakan sejawat, rakan zaman sekolah dulu, kenalan2 di jabatan luar, dan.....

Rakan2 maya!!!


4.LAGU KESUKAAN...

Apa2 lagu yang 'terdengar' pada masa 'terbukaknya' radio semua suka la tu...
( takkan nak suruh DJ tu tukar lagu pulak kan ?)

Apa2 pun :-

Lagu "rock kapak" tahun 80-an...suka le

Nasyid suka gak...

Sesekali lagu keroncong suka gak...

Pendek kata kalau lirik & lagu sesuai suka aje le mendengar...nasib baik tak dianugerahkan pandai menyanyi...kalau tak, semua lagu suka!

5.MAKANAN KESUKAAN ANDA....

Tak ada yang spesifik - sejak mula kenal apa itu nasi, mak pak pun ajar makan nasi dengan lauk2 yang simple lagi berkhasiat hah suka la tu....Cuma le ni, makan nasi tu mula kurang - suka masakan / makanan - mana2 yang boleh diterima tekak ni - huh suka aje!

6.SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS.....

Apa yang disuruh / diarah lambat bertindak...tapi tak la sampai stress sangat - kalau ikut kan hati memang stress , tapi buat ape susah2...buat cool udah le...kang tak fasai2 lain jadinya...

7.WARNA KEGEMARAN ANDA.....

Kebanyakannya merah. Hijau & kuning pun gemar gak...

8.BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG...

Beg apa ni?

Handbag ke?

Kalau handbag - tak payah beritahu la...Kang semua orang tahu, ada kang asyik aim handbag Sonata...Tapi biasanya - lagi besar handbag tu - lagi banyaklah 'sampah' di dalamnya!

Kalau bag sekolah ( yang kadang2 bawak ) - buku2 berkaitan / fail2 tertentu ( sekali sekala ) kalau perlu semak kat rumah.


9. KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS....

Tak ingat la - tapi ada masa nasihat Fahd di asrama tentang kepentingan ilmu - suruh dia belajar rajin2. Kalau umi dah tak ada , harta benda tak ada nak beri kat Fahd.

10.TAG UTK 6 RAKAN ANDA.....
TAG INI DI TUJUKAN KEPADA.....

Tak nak la terhad kepada 6 orang saje - sebab pada Sonata semuanya layak jawab tag ini.

Sonata nak tag kepada semua rakan maya yang datang ke blog ini - yang belum kena tag lagi ...Harap sudi ambik tag dan jawabla, sebagai perkongsian bersama, itu aje.

Sudah jawab!!!

Saturday, July 4, 2009

Nasi + Ayam Penyet

Selepas selesai pertandingan pada 2 hb - bermula jam 9 pagi hingga la ke tengahari...sebelah petang - free time...Hanya menunggu untuk keputusan pada sebelah malam - dinner kat pool side.

Aku ambik kesempatan keluar dengan kawan - Jamilah yang menetap di Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Tujuan sebenarnya kerana tepon aku bermasalah - jadi aku mintak tolong ajak dia pegi cek tepon aku yang dah hampir antik ni...Rupanya charger aku dah tak berfungsi lagi...terpaksalah aku beli baru.

Tiba kat bandar - bandar la kot ....kalau bandar besar sangat, aku kata pekan aje la...tapi cukup la untuk menyediakan kemudahan pada penduduk tempatan di situ. Pekan apa, aku dah lupa namanya (
Jamilah , kalau ko terbaca N3 aku ni - hah ko komen, apa ke nama pekan tu!!!).

Dalam pada tu Jamilah & anaknya Aida ajak aku makan nasi + ayam penyet....Ni yang YB dok cakap tu! Aku ingat macam mana si ayam penyet ni...Hahhh ni rupo dio...Tapi aku hanya merasa aje, sebab aku dah lunch kat resort sebelum pegi ke pekan ni.

Yang aku nampak ialah ayam goreng dan diletak atas sambal belacan & diletakkan dengan sayuran ...Sepatutnya ulam2 kot...tapi diletaknya seperti dalam gambar ni...& diberikan juga kuah sop ayam + order tahu goreng ...Tu aje ! Ni adalah masakan Indon....ha ha ha...kat kawasan ni mengikut kata Jamilah ramai orang Indon, sebab di Pasir Gudang ni kan kawasan kilang....Jadi kebanyakkannya adalah pekerja kilang.





*************************************************************************************
Psssstttt....Tak lama lagi D'Sonata Gallery 3 akan menyusul keluar...Haaaahhaa seperti biasa pelawat bertuah terpilih akan menerima sebener dari pihak penganjur (aku la ni ) bila setiap kali tajuk D' Sonata Gallery muncul ...Ini adalah sebagai penghargaan kepada semua pelawat2 setia / yang baru - semuanya diterima jua...Tengoklah tahap kebizian aku macamana...Jadi, perhati2 la selalu agar kemungkinan ko orang terpilih! Jika ko orang nak memudahkan aku , letakkan sekali email....Tapi ni bukanlah syarat utama....

Dari Tropical Inn, JB ke Tanjong Puteri Resort , Pasir Gudang

Semalam petang baru tiba ke rumah ....

Sebenarnya sejak Ahad lepas aku berkursus "Literasi Undanag-Undang Bagi Guru Sekolah Menengah & Rendah Negeri Melaka 2009" selama 4 hari 3 malam di Tropical Inn, JB. Sepatutnya pada 1 hb dah balik la ke Melaka.

Tanpa diduga, bos telah telefon aku pagi2 30 Jun beritahu bahawa Pertandingan Koir Peringkat Kebangsaan diadakan di Pasir Gudang, Johor. Dia pun suruh aku jadi Ketua Kotinjen ( biasanya ketua atas nama Pengetua ) mewakili beliau sebab dia akan ke Sarawak pada 2 hb. Tapi saban tahun pun aku jugak yang jadi ketua kotinjen ni!

Maka tak jadilah aku balik ke Melaka. Teruslah ke Pasir Gudang, dari 1 - 3 hb Julai. Murid2 dan 3 guru orang pengiring bertolak dari Melaka jam 10 pagi. Bersambunglah aku meneruskan tugas ke Pasir Gudang pulak.

Macamana nak ke sana? Aku memang tak pernah ke sana. Panjang akal aku - hah minta tolong kenalan sekolah yang bekerja di JPNJ hantar ke sana. Telefon dia & dia pun datang ambik aku bersama dengan seorang lagi kenalan sekolah yang memnag menetap di Pasir Gudang! ( tak tahu pun dia duduk di Pasir Gudang ). Nasib menyebelahi aku...Kalau tak, macamana la aku nak ke sana. Kalau depa tak ada , boleh jugak ke sana - pandai lah aku nak meneruskan misi ni!!!( Teringat la kat YB yang kebetulan bertugas kat JB - mintak aje la dia hantar!!!) -
YB : harap ko baca la N3 aku ni....ngeh3x


Tibalah aku ke sini.


Banglo resort tempat menginap