Pagi tadi di sekolah aku terima satu berita yang amat memeranjatkan....
Semasa naik tangga ke pejabat....
Bertembunglah aku dengan seorang staf lelaki.
Cikgu ni aku tahu dia tak berapa sihat...
Aku pun tegur dia...
"Cikgu J**** sihat?"
" Macam ni lah, tak berapa ok ni...lemah je badan ni". Minggu lepas dia MC 1 hari sebab demam.
"Ok lah, cikgu, take care..."
Lepas tu dia pun beritahu...
"Cikgu kenal Cikgu Mohd Noor Ali?"
"Ya, kenal la...kan dia ngajar kat sini dulu, sebelum pegi ke KUTKM..."
"Hah, kenapa?"
"Dia dah meninggal, cikgu tahu?"
"Innallilahhiwainnailairajiun...."
"Apa? Betul ke?"
"Betul!"
"Sakit apa? bila dia meninggal?"
"Ha tu la, semua orang terperanjat, tak sangka dia dah meninggal, hari Sabtu semalam, katanya sakit kencing manis, umur dia muda lagi dari saya! " kata Cikgu J****
" Saya dah masuk 52, dia 51 / 50 tahun"....sambung Cikgu J***** lagi.
Memang betul arwah ni, senior daripada aku...tapi itulah, maksudnya di sini...kalau biasa2 nya umur 50/51 ni, masih kuat lagi bekerja kalau sebagai cikgu ni....Sebab ada cikgu aku yang dah pencen hari tu - masih sihat lagi!
Aku macam tak percaya, sebab kekadang arwah ni, lalu kat rumah aku...seingat aku akhir tahun lepas ada lalu...bukannya apa, dia tu rajin berkebun & buat projek cendawan. Dia jual lah cendawan kat aku - murah2....Arwah ni kalau bercakap mengalahkan LRT....punyalah laju & suka buat lawak. Tak ada dengar pulak dia sakit...
Dengan motornya...dia jerit aku..."ko ambik lah ni, aku jual kat ko murah2 aje...kalau ko beli jusco / mana2 la, mana dapat macam ni" begitu la dia bercakap - orang berniaga, pandai lah cakapnya.
Kawan punya fasal, aku belilah juga - tanda sokong dia. Dia jual pun suka2, bukan kata tak cukup gajinya...
Aku masih ingat lagi - tahun pertama aku berpindah ke Melaka ni & dia pun baru posting ( habis degree ). Seingat aku,aku dilantik jadi Pengerusi Majlis Staf.
Ingat lagi aku, masa sambutan hari guru ( 1996 ) , aku diminta berduet dengan dia menyanyikan lagu ! Cikgu2 ni mengenakan aku dengan dia. Dia pun beriya2 petik gitar tongnya...Memang dia pandai main gitar!
Aku praktis bagai nak rak menyanyikan lagu : Masihkah Kau Ingat - Kopratasa
Lagu ni memang ok pe....aku suka!
Tengahari tadi, aku tanya pulak dengan staf lain yang memang kenal sangat dengan arwah ni untuk confirmed. Memang sah la dia dah pergi meninggalkan kami semua untuk selama2nya.
Al- Fatihah untuk arwah.
Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK
Monday, May 11, 2009
Terkejut @ Terperanjat @ Tak Sangka # Itu Adalah KehendakNYa....
Posted by sonata anak kancil at 6:37 PM 13 comments
Saturday, May 9, 2009
Kalendar Bulan Mei 2009
cuti umum - waktu ni aku berada di Cameron Highland -
bercuti & bertemu rakan blogger OneZ & famili
Mohd dapat berita : Dapat Medic Course - UIAM
4 Mei : Pemantauan Anugerah Sekolah Cemerlang
tarikh ni kena ingat gak - aku ditemuramah mengenai
bidang tugas aku dan lain2 dan staf serta anak didik aku...
8 Mei : Insurance & Roadtax Day
ada gak hari special ni? apa taknya aku terpaksa bergegas ke bank,
pegi bayar insuran & roadtax - dah last minit - kerana kesibukan teramat sangat -
roadtax 'mati' pada 10.5.....habis...kete tak boleh jalan, nanti kantoi!
Mohd terima cal dari Petronas -
dia dapat offer buat Chemical Engineering di Australia
jadi dia tolak Medic kat UIAM - confirmed untuk ini.
aku juga gembira kerana telah lulus PTK...
9 Mei : Wesak Day
cuti umum & hari sabtu aku dok kat rumah - relaxxxxxx.......
jalan ke rumah kawan2....makan angin
10 Mei : Happy Mother's Day
istimewa untuk semua kaum ibu -
semoga semua kaum ibu sentiasa ceria pada hari ini!
untuk aku? anak2 nak suruh aku masak sedap2....
eh eh eh...ada pulak macam tu....ok la, tak pe tak kisah, boleh aje....
meraikan hari ibu malam tadi
ada orang sponsored
shakey pizza +
fish & chips
11 Mei : Farahin's Birthday
ha ha ha - hepi besday In...special gift? tungguuuuuu......
tak suprise dah...udah lewat remaja - he he he.....
oh oh oh belum - belum lagi.
Selamat menghadapi final exam...Best of luck.
.

12 Mei : Nurse's Day
khas untuk jururawat ....hari doktor bila ye?
15 Mei : Hari Belia Negara
hari ni khas untuk para belia negara...
dulu pada tahun 2003 aku dianugerahkan PBB ( Pingat Bakti Belia )
- bukan bangsa2 bersatu punya
kerana aku aktif dalam Persatuan Pandu Puteri...
16 Mei : Teacher's Day
hari yang aku tunggu!!! sebab aku guru, ada hari guru!
untuk semua blogger guru - jom hari ni, hari kita!
biasanya ada je hadiah2 istimewa yang aku dapat -
ada yang buat terkejut terkujat -
orang hantar bunga!!! from my loving hubby - muaaah...
tahun ni ada lagi?
dan aku tak lupa untuk cikgu2 yang telah mengajar aku
sehingga aku berjaya seadanya hingga hari ini.....
27 Mei : Fahd's Birthday
ini pulak istemewa untuk Fahd - belanja makan balik cuti nanti....

30 Mei : Mula cuti sekolah pertengahan penggal.....
selamat bercuti
tapi mesti ingat,
ada kelas intensif pada minggu pertama cuti
untuk tingkatan 3 & 5
aku pun kena gak pegi sekolah untuk bertugas & pemantauan....
Posted by sonata anak kancil at 7:00 PM 11 comments
Relax....
Sabtu : 9 Mei 2009.
CUTI umum ( wesak - kalau hari kerja Melaka tak cuti ) overlap cuti hari sabtu rupanya... Dari semalam dah macam2 rancangan untuk hari ni...Farhan , Fatehah & Ayeen nak pegi buat IC , sebab hilang ...Dak Ayeen ( Tawauan - he he he...kasi glamour sikit ), tumpang nak ganti baru, sebab cip rosak...Aku pun pesan la suruh ambik borang nak buat pasport - ganti / renew...Tak sampai 1/2 jam dah tiba rumah semula...
Dalam pada tu, aku nak pegi tempah keychains kat kedai biasa la...nasib tepon dia dulu...cutilah cikgu hari ni!!!alamak, kedai besaq2 cuti gamaknya hari ni...habis yang aku cadang2 semalam apa nak buat hari ni - tergendala - kerana tak cek kalender.
Tak lama kemudian ....Eh cepat balik....cuti la hari ni! Esok bukak pejabat. Balik rumah semua melangok...
Lain pulak Si Mohd ni dia ada extra-free tuisyen kepada budak2 Mozac...tak pe la biarlah dia berbakti kepada budak2 junior tu...Cukup komited dia dengan Mozac.
Tanpa "membuang masa " - Farhan, tak ada ape nak buat - senang cakap, nak tido! Sebab dia dok praktikal kat MBMB bahagian perundangan sekarang ni....letih katanya macam2 keje kena buat. Ambik ko...baru tahu orang keje macam mana...
Cadang punya cadang - Fatehah & Ayeen - buat program lain pulak dah...nak pegi reunion dengan beberapa kawannya..pegi la, sekali sekala balik , kekadang pun bukan ada peluang nak jumpa kawan2 - semua dengan hal masing2...
Abah pulak tak ada juga...pegi Putrajaya ada urusan dengan rakan seangkatannya...Tengahari balik la...
JADI - AKU??? aku dok lah melangok sorang2....nak buat urusan rumah, memang banyak nak buat...tapi semuanya ikut turn, mana dulu nak buat...sebelum memulakan apa aku nak buat, gi jalan dulu jengok kawan2 apa buat hujung minggu ni!
Nak masak tengahari? Tak ada sape nak makan! Semuanya dah brunch!!! So, relaxxxxx........
Petang nanti, bila Fatehah & Ayeen balik, nak pegi jengok Fahd kat asrama...Malam, cadangnya nak shopping baju raya! tengok lah dulu, jika tak ada hal2 lain.............relax.
Posted by sonata anak kancil at 11:08 AM 5 comments
Greening Your Home For Healthy Living
Posted by sonata anak kancil at 9:07 AM 5 comments
Labels: Landscape
Thursday, May 7, 2009
sejuk mata memandang.....hijau di puncak gunung
Posted by sonata anak kancil at 6:19 PM 10 comments
Labels: Cameron Highland - Pahang
Wednesday, May 6, 2009
Best shot.....Cameron Highland
Posted by sonata anak kancil at 10:00 PM 17 comments
Labels: Cameron Highland - Pahang
Monday, May 4, 2009
Cameron Highland lagi......
Dah banyak hari rumah ni berkunci rapi. Maklumlah tuan rumah pegi bercuti....Orang2 bertandang pun, semuanya tak berbalas salam. Hari ni dah siap2 bersihkan laman & dalam rumah ( maklumlah habis berabuk kat koridor - sebab pencemaran di seberang rumah ni...), bolehlah bersembang2 ke mana gamaknya bercuti pada 30 hb - 2 Mei lepas....
Malam 30hb, aku bersama 3 anakanda telah mengikuti program pengajaran & pembelajaran secara lawatan / pembelajaran luar bilik darjah ( PLBD - cikgu cikgi tau la kan ). Jadi melawatlah kami ke Cameron Highland, Pahang - tempat salah seorang rakan blogger yang sangat2 terkenal & glamour iaitu OneZ. Lawatan ini adalah anjuran PSS sekolah aku.
Aku seperti biasa, pantang aku diajak berjalan - ada ruang & peluang memang ikut punya. Pada hal - aku dah 2 kali ke CH ni...saje suka2 sebab cikgu2 ni , mereka memang suka bawak aku - sebab aku dah biasa katanya & dilantik jadi ketua. Aku suka lah jadi ketua , jangan lantik jadi pengurus udah le....nak urus dari peringkat awal hingga peringkat akhir - nak urus & jaga budak2 dan sebagainya....( cikgu2 aku takkan nak suruh aku urus budak pulak - depa la urus semua ....aku kan bos depa, he he he perasan je).
1 Mei - cuti hari pekerja - kami semua berada di puncak gunung...Cuti umum, tau2 aje la kesesakan yang teramat sangat telah berlaku. Nak tak nak & memang kena tempuh jugak kesesakan ini - tak kisah la...memang semua tempat pelancongan macam ni. Dah tiba kat atas gunung ni... pegi aje lah. Tak payah aku nak perbanyakan cite lawatan budak2 ni, tapi aku nak cite yang aku telah berjumpa dengan OneZ!!!
Pagi 1 Mei - bertemu lah kami di tempat yang dijanjikan...Bukan main havoc lagi bila dah bertemu buat pertama kalinya...
Aku telah dijemput oleh OneZ untuk makan malam di rumahnya....Sila ke blog OneZ....
Cenderamata daripada OneZ & mem & family.
Posted by sonata anak kancil at 7:51 PM 12 comments
Labels: Cameron Highland - Pahang
