CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, March 17, 2012

Meredah Bandaraya Chennai (4)

kereta yang kami naiki sepanjang meredah Chennai

Dalam perjalanan dari airport menuju ke hotel - maka jakun lah saya...Ye lah tengok tempat orang kan - yang tak sama dengan negara kita. Macam2 lah saya bertanya dengan Salam keadaan di Chennai.

Bandar Chennai @ nama lamanya Madras - adalah bandar pelabuhan yang kedua besar selepas Mumbai. Pertukaran nama Madras ke Chennai semuanya  ada kaitan dengan pentadbiran negara mereka. Dan Chennai juga adalah ibunegeri Tamil  Nadu (South India). Sepanjang perjalanan menuju ke hotel lebih kurang 20 KM dari airport - rasanya tak ada jalanraya yang tak lengang dan sentiasa bising dengan bunyi hon..Kita pun rasa sangat2 pelik - asyik bunyi hon saja. Kalau kata KL tu sibuk - saya rasa Chennai lagilah sibuk & sangat bising dengan bunyi hon macam2...Tabiat @ budaya mereka gamaknya ! 

Saya nak gambarkan betapa luasnya Chennai tak tahu lah nak beritahu besar mana - kalaulah penduduknya saja mencecah 5 juta ! jadi boleh agak lah bandar yang sangat padat dengan  penduduk. Saya agak2 besar negeri Melaka ka??? atau  Negeri Perlis ???.Kalau nak kata KL tu dah besar - tapi saya rasa kurang padat ( saya rasalah -- saya pun bukan pergi KL selalu - orang KL je tahu tentang KL ni ) . Ntahlah yang saya tahu tersangat lah luas dan tersangat sibuk - banyak kereta , van  dan motosikal beroda 3 - yang jadi public transport mereka. Cuba baca dari wikipedia ni...

Chennai  formerly known as Madras or Madrasapattinam), is the capital city of the Indian state of Tamil Nadu. Located on the Coromandel Coast off the Bay of Bengal, it is a major commercial, cultural, and educational centre in South India, while the port of Chennai is the second largest port in India. As of 2011 census, the city had 4.6 million residents making it the sixth most populous city in India; the urban agglomeration, which comprises the city and its suburbs, was home to approximately 8.9 million, making it the fourth most populous metropolitan area in the country. 

Yang saya lihat - oleh sebab penduduknya sangat ramai kedai pun sangat banyak. Penjual2 di tepi jalan pun sangatlah banyak. Kecik2 pun ada je mereka jual - sambil duduk bawah pokok pun ada jual - duduk tepi2 jalan - tepi kedai pun ada je yang mereka jual terutama makanan ....Yang pelik bin ajaib ni - saya lihat ade pulak yang membeli nya....Kami lihat aje gelagat mereka - tuanpuan fahamlah keadaan di sana macamana - saya taklah mengambil gambar2 mereka - kang seperti memandang rendah kepada mereka.

Tapi ini memang realiti - kalau kita kat Malaysia memang tak adalah penjual2 jalanan seperti mereka - penjual2 kita jauh lebih sangat baik! Kalau tempat kita seperti mereka dah lama pihak yang bertanggungjawab menguruskan supaya tak tercemar persekitaran yang memberi impak negatif kepada kerajaan kita. Kalau ke sana JANGAN lah cuba2 nak makan dengan membeli di tepi2 jalan ni...sangat2 tak hygienic.Tak fasal2 sakit perut ke - sakit ape ke....boleh spoil program - satu hal pulak nak cari ubat @ klinik.

Mr Salam telah membawa kami untuk breakfast di sebuah restoren - fasal makan kami tak risau sebab for sure Salam akan bawa ke restoren yang semuanya halal dimakan. Dan dia bawa kami pun ke restoren yang menepati citarasa kita orang Malaysia - dan Salam pun tahu keadaan di Malaysia sebab diapun dah beberapa kali datang ke Malaysia. Jadi , kami tak rasa ragu2 lagi. Dan kawan anak saya yang belajar di Salem pun ada juga memberi banyak info tentang makan minum dan sebagainya.

sebelum sampai ke restoren nak sarapan...kami melalui restoren ini dulu ! he3x....bestnya - tak ada lah nanti kami  rindu dengan masakan Malaysian style - ( masak mamak macam di Malaysia ) - memang cawangan dari Malaysia ni. ( sebelum balik Malaysia kami singgah makan di sini...best !!!) - so, kawan2 jangan bimbang nak makan kat sini - ( ramai orang dari Malaysia singgah makan di sini )


 inilah roti canai - sana panggil parata...makan dengan kuah apa yang kita mahu - 
yang putih tu namanya idly ( kat malaysia tak pernah makan...so rasa aje le )
walaupun mula2 nak makan tu memang rasa cuak...(he3x...)
 - bukan cuak apa terutama dari segi kebersihan...so tawakkal & telan aje le

 biasanya selepas makan di mana2 tempat akan dihidangkan benda alah ni...
rasanya ada mint...
tujuannya ialah untuk mengelak mulut berbau...sedap ! manis2 mint gitu...

 suasana dalam restoren yang saya bersarapan - ok kan !
( saya beri gred B je ikut kita - kat sana bolehlah kategori A )
& kami amat terperanjat apabila seorang staf restoren ini 
telah memikul daun kari - macam nak beri makan kambing lagak nya ! 
mak datokkkkk....sebanyak2 tidak dia pikul daun kari...
tak tahu lah kedai mamak kat Malaysia pikul macam tu juga....
sebab tak berkesempatan nak lihat tu semua kan...
dan kita pun bukan selalu pun makan2 kat kedai mamak ni....

air teh yang sedap ! macamlah teh mamak kat tempat kita...ala restoren mamak kebanyakanya impot dari sana jugak kan....jadi tak lah kami risau kot2 tak sesuai dengan tekak kami....jadi tuan/puan jangan bimbang bab makan2 ni...memang lagi sedap - betul2 Indian style !!!

sempat saya snap depan restoren ni ada masjid & biasanya tempat majlis2 orang Islam - 
sebab rumah mereka tak macam rumah2 kita...sempit dan ada yang tak ada ruang - 
keadaan rumah mereka tidak sistematik seperti kita - 
tak tahu lah jika outskirt Chennai ni...kalau dalam bandar ni tak ade le

keadaan sepanjang jalan - yanag sempat di snap dari dalam kereta walaupun memang sangat sibuk - tapi tak ada kemalangan berlaku - dan tidak jem ! kenderaan mereka sentiasa bergerak...dan non-stop honking ! & very2 heavy traffic -kalau naik motor pulak - helmet bukanlah satu kemestian seperti di negara kita....motor mereka?jenis lama punya ! pernah tengok cite hindustan kan? hahaha macam tu la...kalau biasa tengok filem2 hindustan - begitulah keadaan nya....


 selepas check - in semak nama semua dah okey.....

 sampai lah dalam bilik ini.....dari tingkap bilik ini boleh kelihatan rel keretapi...
so, dengarlah muzik jalanan keretapi melalui nya..
oooppppssss....masuk bilik berhat dulu....minum petang di hotel...

Friday, March 16, 2012

Aku sorang dalam kapal terbang ke Chennai ! ( 3 )

Serius aku cakap - aku sorang dalam kapal terbang ke Chennai !!! tentunya tuanpuan dah dapat agak kenapa saya kata saya sorang dalam kapal terbang ke Chennai pada 21 Nov 2011 lepas.

Bila rakan sejawat tanya - kak - puan - cikgu - ke mana pulak cuti hujung tahun ni? Saya kata - insyaAllah akan ke Chennai India. Apa ??? nak ke India - biar betul ! Ye la....nape? agaknya gambaran mereka tentang macam mana lah keadaan negara India kan. Sesiapa yang dah pernah pergi - tentunya tuanpuan sedia maklumlah bagaimana keadaan negara India - best apa ! tak caya ? apa lagi....silalah pergi - sangat best !
( pada saya best aje dapat tengok tempat dan budaya orang luar ni....dan boleh banding lah dengan tempat kita ......DAN BERKOBAR2 lah semangat cintakan negara - cintakan kerajaan kita dan sebagainya !!! terima kasih  MALAYSIA negara tercinta )


Saya ke Chennai tak bawak apa2 bekalan makanan pun. Difahamkan di sana senang nak makan - macam mana kita makan kat kedai mamak begitulah juga di sini . Saya kalau travel ke mana2 - kurang bawak makanan ni - hanya beli roti dan air mineral - cukup. Roti Gardenia @ buns ke apa yang kecik2 tu cukup - sama jugak hubby - kami makan roti lebih selamat. Kami bawak satu beg pakaian je...(jimat beli luggage AA) - masing2 bawak back-pack dan hand luggage - beg masa pergi ringan ....untuk balik- tambah sampai 20kg (mana tahu kot nak sumbat segala bagai yang akan dibeli di sana !) ......itu pun dah berapa kena bayar kan! Tiket yang kami dapat ni consider murah lah - RM300 (sorang) pergi balik - termasuk luggage & makan yang siap di order...worth. 

Dari Melaka kami naik bas je ke LCCT - dah senang sekarang ada bas dari Melaka terus ke LCCT dan KLIA...tak ada sape yang boleh hantar ke airport ( walaupun ada - tak mahu menyusahkan orang ) - naik bas jam 12.00 malam. Pergi awal - lepak le kat LCCT tu...biarlah awal pergi - bimbang apa2 hal kemungkinan boleh berlaku. Pernah kami ke airport - naik bas jugak - lepas tu bas ada problem - tapi okey lah sebab flight masih lambat lagi.

Flight ke Chennai jam 6.15 pagi. Kita orang lepak la kat LCCT tu - faham2 aje le kan kat LCCT tu - macam tak rupa naik kapalterbang - ramai sungguh orang - melepak sana sini - macam naik bas aje !!! naik bas pun ada sistem beratur2 jugak. Macam2 jenis warna orang ada - sebab tambang murah kan...warna pelangi lah senang cakap !!!

Dah siap solat subuh - kami pun beratur lah nak masuk ....bersidai lah orang yang ke Chennai. Termasuklah kami dok menunggu jugak. Saya tengok orang keliling - rasa2nya semua orang dia (sedia maklumlah sape dia kan ) !!! saya sorang je Melayu. Sah lah orang keliling jeling2 kat saya  - tak kurang juga yang bertanya saya - off-course la nak ke Chennai kan....sebab saya sorang bertudung. Saya rasa masa tu saya dengan hubby je orang Melayu. ( Saya perasan je orang kata kat saya ni...) - apalah minah melayu buat nak gi Chennai....orang mungkin kata kat saya je...diaorang takkan kata kat hubby saya !!! Hubby saya ni mix-blood Ceylonese + Arab...sahlah mereka kata saya kahwin dengan orang mereka...he3x....jadi dalam kapal tu seolah2 saya soranglah  Melayu.


Penerbangan ke Chennai > < 3 1/2 jam  - oleh kerana Chennai ni di sebelah barat Malaysia - so, kita gostan  masa ke belakang - sampai ke Chennai Airport  > < jam 7.30 pagi....masih pagi lagi....Beza waktu > < 2 1/2 jam dengan Malaysia.

Sampai je kat airport - biasalah kan- cek imegresen - barulah nampak - yang mana Malaysian yang mana Indian tempatan sana. Yang dari Malaysia tu ada yang nak pergi  ke kuil mereka ( kat Chennai banyak kuil - masjid pun ada  ) - ada juga yang melancong - adalah yang menegur saya....masing2 wish lah kat kami - happy holidays - have nice vacation...have a good days...Kat imegresen ada lah oficer tu tanya - first time here? yes...holiday ? yes...dia dok perati betul2 muka saya ni....Malaysian ? yes....cakap gitu je...biar senyap sikit - buat bodo je....he3x....selamat. Manalah tahu kan...buat banyak cekadak orang2 ni...( nanti balik saya cerita kat  kastam / imegresen lagi )


Keluar je airport - mata saya melilau mencari2 tour guide kami di Chennai....kalaulah dia tak datang - macam mana ? jauh jugak lah nak keluar....alhamdullilah dari jauh dah terpampang nama saya !!! ahhhhh...lega rasanya....maklumlah negara mereka - tak nampak pun orang kita !!! tak ke haru tu....tak nampak berapa ramai kah orang kita ( melayu khasnya ) di sana....lainlah kalau belah2 Indon ni...nampaklah jugak rupa2 orang kita...Kami rasa secure di sana sebab confirmed dapat guide Indian Muslim - yang dikenali (walaupun first time jumpa kan ) - kalau tak - tentunya rasa bimbang jugak dengan yang baru nak kenal...

Kami pun beri salam - assalamualaikum - Mr Salam ? ohhh...yeah...Yes - Mr Salam - nice to meet you - you're welcome to Chennai . Maka berabok lah kami cakap omputih - nasib baiklah dia pun boleh speaking telor dia lah...he3x....buat dia tak faham langsong - apa ke rupa tu??? kang jadi lah macam ayam dgn itik yang tak tahu apa....Dia datang bersama cousin ( lupa dah nama dia...) - sebab cousin dia ni kurang faham bahasa Inggeris...sepatah dua bolehlah...so , senyap sikit - dan dia jadi driver....Sekali sekala dia menyampuk kalau dia faham dan boleh bercakap. Mr Salam aje yang melayan kami bercakap. 


Dah masuk kereta nya - dah agak jauh berjalan - adik ipar dia dari Melaka telefon  bertanya kan saya dah sampai ke belum - punyalah happy dia....( mereka ni nampaknya sangat bangga kita sampai ke tempat dia...) - lega bila dapat tahu saya dah selamat sampai. Alhamdullilah 


masih pagi lagi waktu Chennai - kat airport..
tak bergambar kang -  tak sahlah  kan - bukti dah sampai ke  India ! kwang-kwang...





 ok...jumpa lagi celoteh saya gambaran bandar Chennai yang ditempuhi...

Thursday, March 15, 2012

Persiapan ke Chennai....( 2 )

Ok kita sambung lagi yer....sape nak baca - baca lah...suka2 kongsi pengalaman - mana tahu kan - nak jalan sendiri2 ( lebih murah ) dan kena try and error lah - hopefully ok lah kan...! mungkin apa yang saya buat ni boleh jadi panduan kepada semua...berkongsi pengalaman - bagaimana persiapan saya ke Chennai...selama ni orang lain uruskan!

Bila dah confirm dengan Airasia kami akan ke Chennai - saya pun mulalah buat research. Mulanya  saya tanya juga dengan travel agency yang saya dah order ke Kalkota. Bila dia beri itenary yang tak ada guide - dan agak mahal berbanding iternary ke Kolkata @ hampir sama - sebab ke Kalkota saya booking untuk 3H2M , tapi ke Chennai 4H3M - maka saya kensel aje la. Kalau buat itenary tanpa guide ( free and easy ) - tak payah lah saya kata kat hubby - sebab apa - bila kat sana nanti satu hal pulak kita kena cari guide  - kena bayar lain pulak - dah tentu bertambah kos.....kalau dah macam ni saya cakap kat hubby baiklah kita redah sendiri..... sib baik hubby biasa dah travel sorang2 ke oversea ni...tu yang rasa confident boleh buat ni semua. Pengurusan segala bagai ni - semuanya saya yang buat - hubby tahu siap aje  sebab dia lagi sibuk dari saya jika banding tugas saya sebagai cikgu.


( nak jalan sangat....tapi bajet ciput !!! ha3x - gelak sendiri....). Sebenarnya jalan2 macam ni saya belajar dari seorang kawan yang berani - dia boleh berjalan hanya berdua @ lebih - semuanya urus sendiri @ kadang2 ada juga dia guna travel agency. Jadi kita kena tawakkal - cuba berani - insyaAllah ok semua.

Saya tanya kawan ni macamana nak booking hotel di oversea. So, dia beritahu order melalui Agoda. Saya pun search lah Agoda ni. Baca reviews orang yang telah booking melalui Agoda ni. Bila baca2 reviews orang - rasa cuak pulak...fikir punya fikir - takkan lah semua macam ni kan - yang negative side lah kan.Nak cuba cari backpackers bimbang backpackers kat India ni tak semengah mana kan ....so saya taklah berhajat nak cari backpackers.Takut ntah apa rupa pulak kan. So, kensel - saya tak cari pun.

Saya cuba cari sendiri yang lain - saya jumpa Asia.rooms. Bila baca reviews dan yang beri komen tu nampaknya macam orang best2 aje...saya pun nekad nak guna Asiarooms ni. Saya telefon terus ke Asiarooms di KL. Mak aiiii.....bimbang tu tetap ade la...sebab tak pernah lagi buat "kerje giler" ni.....main pulak dengan guna2 credit card ni. Bila dah gedebak gedebuk - gitu gini soal jawabnya...saya rasa konfident. Apa nak jadi lah - saya tawakkal saja. Saya rekomen kan - sape2 nak cari hotel - bolehlah guna Asiarooms ni...banyak hotel2 yang ada offer seluruh dunia....(pandai2 la banding2 harga) 

Saya pun masuklah kat Asiarooms ni. Cari punya cari - nak cari hotel yang semurah mungkin - jumpalah satu - bila nak guna   mastercard dia tak terima pulak.Manalah hotel yang harganya dapat memenuhi bajet saya ni dan boleh guna mastercard....search punya search jumpalah The Royal Regency, masa tu rating hotel ni 4 star katanya la...alamak - rasanya mahal benar - memang mahal pun, tapi ikut catatan di Asiarooms ni hotel tu beri offer....tu yang dapat > < RM150 per night. Maka , saya confirm ambik The Royal Regency, Chennai. Ohhh....nama bukan main gah lagi - the royal katakan ! ( memang best pun!!!).

Ntah kat mana lokasinya tak tahu lah kan....manalah kita pernah sampai ke sana...........main redah aje le. Untuk 3 malam saya perlu bayar > < 7300 rupee gitu lah - lupa exact figure - tapi bila nak check-out saya bayar > < 150 USD. Mulanya saya order juga airport transfer - tapi bila dah dapat guide abang ipar cikgu saya tu - saya cancel airport trasnsfer bila lagi 2/3 hari nak berangkat ke Chennai.Cardcredit - hanyalah untuk cornfirmation sj - kita tak perlu bayar sebelum kita sampai di sana - bayar selepas kita nak keluar nanti. So, secure sikit lah kan...

Nak pergi India kena ada visa. Visa tak jadi masalah sebab masa cadang nak ke Kolkata - visa dah siap di buat oleh travel agency yang saya order. Kalau tak silap kena bayar RM180 buat visa ke India ni - untuk 6 bulan. So, visa saya baru saja tamat bulan 2 - 2012 , kalau nak pergi lagi bolehlah...tapi bajet mana ada lagi  - tiket mahal - tak ade le hajat nak pergi lagi....lainlah kalau sibuk business kan ! ( baru saya tahu rupa2nya negara berbeza harga visa pun berbeza...ingat main pukul sama rata aje !) - so visa dah settle - hotel pun dah settle...tunggu masa nak terbang je.


lokasi hotel depan jalan raya yang tersangatlah sibuk - non stop honking!


sekian - bye....tunggu kisah naik kapalterbang pulak !




Wednesday, March 14, 2012

Kenapa pilih Chennai ? ( 1 )

Ini cite dah lama - dik tak sempat2 nak melayan blog ni...tertangguh lah nak cite kembara kami ke Chennai, India @ Madras. Kami ke sana pada 21 Nov - 24 Nov 2011. Dah lama dah...tapi masih segar diingatan ini semasa kami berada di sana.

Kenapa pilih Chennai? Cite nya macam ni....

Ini semua gara2 Airasia yang jual murah giler tiket ke pelbagai destinasi   - kalau tak silap dekat hujung2 tahun 2010 - cari punya cari - kami berpakat nak gi Kolkata , India. Nak tengok negara India pulak.  Tengok2 tarikh yang sesuai dengan cuti masa tu nak pergi masa cuti Hari Malaysia 16 Sept 2011 - dapat cuti 3 hari. Tiket dah order - cari agensi yang jual ground + buat visa sekali. Kalau nak pergi ke India, carilah agensi India - senang. So, saya direkomenkan Dheshu Tarvel, KL. Urusan semua okey - tak pernah bersua pun - hanya dengan telefon & email sahaja. Visa pun mereka uruskan - bayo aje le kan.

Dari Melaka kami naik bas ke LCCT -  Bila nak cek boarding - tarikh ke Kolkata bertukar! Bertukar ke 17 Sept - alamak - silaplah - kami tertanya2 betul ke hari ni tarikh 16 Sept ke 17 Sept? Patutnya balik pada 18 Sept - tapi dah tukar balik 20 Sept. Cek kat kaunter apa cite ni? apa silap kami ni? sebelum pergi dah semua cek ok - rupa2nya oficer tu kata - ada contact hubby tapi tak dapat - ada hantar email - kita orang tak bukak lah email - masa tu sibuk nak raya - mana lah ada masa nak cek ini semua....jadi macam mana? takkan kami nak terbang juga ke Kolkata - tarikh dah berubah - hotel kat sana tak ape - no problem boleh ubah hari - tapi kami dah tak dapat cuti ...bahaya - bahaya.

Kita orang komplen lah macam mana nak buat ni - hotel @ pakej dah booking - semua dah bayar...hari tu pulak cuti umum kan - travel agensi yang urus pun cuti...tak dapat hubungi. Gitu gini AA bagi ganti - pilihlah mana2 destinasi dengan harga tiket murah giler ni ( RM300 pergi balik ) - oleh kerana dah jadi 4 hari - maka kami pilih cuti sekolah hujung tahun - kami pilih lah Chennai - yang lebih jauh dari Kolkata & tercapai lah cita2 kami yang plan asalnya nak Chennai - tapi masa tu kira punya kira tak cukup kalau pergi 3 H 2 M sebab jauh - kami pilih aje Kolkata. Bila AA tambah hari lagi - pilih lah Chennai , lagipun kami dah bawak berbelas2 ribu rupee ! (pada hal RM1000 je ...)

Balik lah kami hari tu ke Melaka semula. Tunggu lah cuti sekolah 21 Nov 2011. Balik dengan Fatehah (kakak) sebab dia datang dari UIA nak hantar kami ke India - rupa2nya hantar lah kami balik ke Melaka!

Agaknya kejadian ini semua telah disusun oleh Allah swt. Selang beberapa hari dapat berita Kolkata telah bergegar dengan gempa bumi yang berlaku di utara India - yang tak jauh dengan Kolkata - seperti dari Johor / Melaka ke Perlis je...Bayangkan lah kalau kami berada di Kolkata masa tu .....alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi. Biarlah rugi sebab pakej dah dibayar....hanya dapat claim RM200 sj. Tak apelah dah tak rezeki kami - sabo aje la.

Pergi ke Chennai kami tak guna khidmat travel agensi. Semuanya kami urus sendiri. Kami booking hotel sendiri - buat research lah kan...bukan boleh main redah aje...kalau kat tempat kita ni bolehlah kalau nak walk-in sekalipun. Hotel pun dah dibooking - mulanya nak hotel murah - 3 star - masalah pulak hotel ni tak terima mastercard. Terpaksa lah kami tukar ke 4 star ( harga pun sederhana aje RM 150 kalau tak silap semalam) - hotel ni terima mastercard. So, 3 malam - RM450 okey lah untuk berdua.

Oleh kerana kami pergi berdua aje - ala2 backpackers - ( sebab bukanya nak membeli belah sangat - saja nak tengok tempat orang kan ) - tak ikut mana2 agensi yang sediakan pakej - yang for sure mahal ! Saya pun mulalah buat research tentang ke Chennai ni. Kebetulan juga kawan Fatehah ada belajar di Tamil Nadu , saya pun ada rujuk dengan dia. Sayang nya bila sampai ke Chennai - dia balik ke Malaysia dah habis belajar.Kalau tak dia pun boleh tolong guide saya di sana. Nak jadi rezeki kami lagi - saya teringat lah salah sorang cikgu saya India Muslim ada  pergi  ke India kerana ziarah keluarga nya . Saya tanya lah keadaan di sana - rupa2nya keluarganya ada di Chennai.....Bila saya mintak tolong dia cari guide di Chennai - dia pun beritahu abang iparnya ada buat travel agensi di sana...apa lagi senanglah hati saya - alhamdullilah semuanya ini adalah susunan perjalanan oleh Allah swt. Saya pun hubungi abang iparnya - dan dia pun beritahu sape saya yang akan ke Chennai - dia sanggup jadi guide ! ahhhh...lega saya...kalau tak - rasa bimbang juga kan...maklumlah kami pergi berdua aje....

ok - sampai sini dulu - akan bersambung. 

Monday, March 12, 2012

Biskut roti cicah air kopi

  Biskut roti keras (roti mentega) & rangup beli di Port Dickson masa pergi tengok Raptor Watch Sabtu lepas, sedap punya fasal beli 2 peket - satu peket lagi roti gandum@wholemeal - memang sedap lagi rangup & of-course la orang kita punya produk - kat kedai runcit ada - tapi tak beli - ada la beli sekali dua - tapi tak best - keras berdentung - kalau cecah air pun lambat lembut ! 

  apa lagi buat air kopi - saya cicah kopi O - gula tadakkkkk....! lagipun biskut ni dah manis - say no to gula....sekali sekala bubuh gak gula kalau minum kopi ni .....dah mula kawal2 sikit berlebih2 manis ni...tp alhamdullilah takat ni tak ade le sakit2 yang berkaitan dengan gula ni....
so, kita mula lah jaga-jaga

 biskut ni memang sangat sedap kalau cicah dengan air kopi - tekak saya lah - tak tahulah tekak orang lain pulak - tapi kalau sape nak cuba - boleh cuba - no hal....
cubalah - mahu nak cicah berkali2!!!

 tengok tu...kejap je dah lembut - kalau rendam lama- mahu cair biskut ni - berenang2 lah tepung dalam air kopi ni....dah tak sedap - dok minum air tepung biskut pulak.....

susah2 sangat boleh juga rendam terus...
tapi cepat2 gi ambik sudu cedok biskut yang dah lembik ni....he3x
inilah penangan biskut roti keras lagi rangup !

Sunday, March 11, 2012

Special Award - Pesona EWWK


Hari ni sangat gembira kerana kawan nun jauh di Negeri Bawah Bayu telah memilih Blog AGK ni sebagai antara 16 orang penerima Special Award darinya......Huhuhuhu.....seronok - gembira - maklumlah dah lama tak terima award ni.....Terima kasih berbanyak Etuza yang sudi memilih Sonata Anak Kancil  untuk menerima award Pesona EWWK. 
Blog beliau boleh dikunjungi  bila2 masa di sini 
Lebih2 lagi cuti sekolah ni lagilah rajin beliau menziarah kawan2....banyak masa kan cikgu!
Terima kasih sekali lagi diucapkan !

Saturday, March 10, 2012

Raptor Watch 2012

Hari ini saya mengikut suami sebagai wakil jabatanya ke Raptor Watch 2012 di Tanjung Tuan , Port Dickson.

Sangat seronok melihat program yang diatur - ingatkan Tanjung Tuan ni, milik N.Sembilan rupa2nya milik Melaka di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah.Kedudukannya saja di kawasan Port Dickson.

Jommm...kita lihat aktiviti yang dijalankan - macam2 ada.....ramai murid2 yang datang - saya nampak sekolah negeri Melaka pun ada - tak pasti pulak sekolah mana - cuma dapat lihat logo JPM - unit kokorikulum - kebanyakan murid sekolah ni datang atas tiket Kelab Alam Sekitar.....saya orang Geografi suka lah tengok natures ni...esok masih ada - sape2 berminat untuk mengetahui tentang Raptor Watch 2012 ni sempat lagi boleh datang ke Tanjung Tuan di Port Dickson dalam kawasan Ilham Resort.









Pantai Tanjung Tuan yang landai - bestnya bermandi manda di sini....

 
beli  sehelai t-shirt sebagai sokongan kepada program ini
& Farhan beli t-shirt tahun 2010 yang di 'cheap sale"