Sonata anak Kancil merupakan 2 kereta yang berbeza. Kedua2nya bersurat beranak nama aku. Sebab tu jadi gelaran kepada diriku ini. Ha ha ha...kenapa ? Aku beli kancil dulu - tambahan kepada kereta yang sedia ada. Masa tu guna BMW - hubby minat, dia tukarnya Waja dengan 2nd hand BM. Aku memang tak setuju, tapi dia termakan pujukan kawanlah tu, ditukarnya dengan BM. Aku boring dengan BM sebenarnya, sebab 1st ly memang dia telan minyak. (Nasib baik lah dah tukar - kalau tak 'mati'lah aku dengan harga minyak hari ni), Aku pakai BM, takkanlah nak gi kedai sejengkal/pasar pun bawak BM, hah teruklah. So, kira punya kira, duit minyak BM boleh bayar kancil, maka dapat lah kancil sekor. Aku urus sendiri, hubby tak tahu dan tak kisah. Alih2 aku bawa balik kancil. Teror aku.
Aku dah problem dengan BM, geram dengan kawan hubby, sebab BM banyak songel, aku bosan. Aku nekad nak tukar kereta. So, pandai2 aku cari buyer. Aku ingat lagi gi kat Honda, tengok kereta macam nak beli kuih. Lepas tu, aku jumpalah dengan orang bank yang urus kancil dulu. Kira punya kira ok lah, dia rekomen dengan kenalan dia - dapatlah Sonata ( limited edition tahun 2007 - rege nya? sape nak tau cari la sendiri...). Aku puas hati sekarang. Minyak taklah telan macam BM. Sebab kedua2nya guna nama aku - maka lahirlah nama Sonata anak Kancil. Nak kasi nama Sonata binti Kancil tak sedapla...Baik la aku guna Sonata a/k Kancil @ Sonata anak Kancil. Gambar aku yang seksi, tengoklah kat profil aku tu....
Kat negara Hang Tuah ni, Sonata macam aku punya boleh dikira - yang tahu ni sebab gi servis kat servis center tak sampai 20 katanya!Wow sebab apa tak tahu lah. Kebanyakan orang guna kereta yang jenama dah terkenal di Malaysia untuk kereta impot. Huh Sonata aku dari Korea ni boleh bercakap, tu yang best. Bila undur, dia beri warning sampai 1.5 feet, lepas tu dia pun kata stop-stop-stop. Hah tu yang senang, kalau aku gostan.Kalau isi minyak pun senang juga sebab meter tunjuk berapa minyak tinggal untuk sampai ke petrol pump. Bila dah tinggal lagi 50 km, hah kenalah berjaga2, selalunya aku dah isi semula nanti lampu meter dah padam tak boleh nak agak berapa tinggal. Warna kereta aku ni hitam menawan - biasanya yang hitam2 ni nampak gah. He he he...
Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK
Wednesday, June 4, 2008
Sonata anak Kancil
Posted by sonata anak kancil at 10:22 PM 0 comments
Pesta Minyak Petrol
Esok minyak petrol naik ke rm 2.70. Aku baru balik isi minyak full tank. Mulanya hubby gi dulu dengan kereta dia, dia call sepanjang jalan jem sebab orang ramai nak isi minyak! Aku try juga ikut dia, tiba kat trafic light King's Hotel, dah nampak kereta berderet sampai kat corner King's Apartment, sebab kereta banyak nak isi minyak Petronas depan mahkamah.Lepas tu aku try pencong kereta yang berderet tu, stuck jap kat betul2 selekoh, depan belakang kereta dok himpit aku. Aku buat don't know aje, janji aku nak lepas. Hubby dok call, tanya macam mana aku. Bila nampak clear aje trafic light dari arah tol, aku terus pencong kereta yang berderet2 tu, straight aku dapat masuk terus ke petrol pam! Wow, aku dapat nombor 3. Hubby call, wow dah ke depan awak! Ye le, kira apa aku, kereta yang dari tadi berderet2 panjang belum bergerak pun. Nasib baik lah aku potong habis2anbukan main laju lagi. Tentunya orang perasan aku macam lepas geram - action lebih!Punyalah banyak kereta nak tuang minyak - pesta minyak.
Dah selesai isi minyak, nak balik pulak satu hal, kereta dll jem pulak hala ke jusco depan mahkamah. Punyalah teruk jem juga. So aku kena beranikan bawa kereta ni, tak boleh terhegeh2, beri signal kanan nak belok ikut aku biasa lalu . Sebab the next petrol pump pun kereta berderet juga. Pendek kata maca pesta pulak sebab semua orang nak isi minyak harga yang belum naik lagi. Fatehah pun isi minyak tak balik2 lagi. Bila hala balik, jem dah panjang dekat2 dengan jalan nak belok ke rumah aku! Hai teruk betul. nasib baiklah dapat, entah2 habislah minyak malam ni.
Posted by sonata anak kancil at 9:26 PM 0 comments
Sunday, June 1, 2008
Cameron Highlands
1.6.08 - Pagi2 jam 7 lebih, aku jalan2 sekitar Marina Chalet(booking sebulan dulu!!!Itupun nyaris tak dapat, tapi sebab dah kenal dengan owner dapat juga- sama bilik no 5 duduk semasa kem pengawas). Di kawasan ni, adalah Strawberry Farm (Rose's Farm), jalan terus ke Al-mashor Farm, tapi semuanya belum buka lagi. Tak lah aku singgah kat Kem Sg Pauh yang aku gi bawa budak pengawas dulu.
Lepas tu, gi breakfast kat Jasmine - makan roti canai le. Hubby ni mana boleh kalau tak jumpa roti canai. Aku tak kisah, tapi kalau dah ikut dia kenalah ikut dia juga. Orang punyalah ramai kat sini, musim cuti sekolah. Naik lagi ke Kea Farm sebab nak beli jem. Petang semalam kat kedai no 1 sebelah kedai beli sayur ni dah tutup . Petang semalam dah singgah kat Kea Farm ni - beli kat kedai sayur Susila ( india ). Dulu aku dikenalkan oleh sahabat aku dari Selangor. So, dia dah kenal - beli sayur rm10 dia bagi 18 peket! kalau kat lain tak dapat. Lagipun dia ada ladang sendiri. Dahlah dapat 18, dia bagi lagi 1 jadi 19 peket. Dahlah tu dia beri lagi sayur2 yang ditanam sendiri! punyalah banyak.
So, aku dapat beli jem homemade, harga hanya dapat kurang sikit, 3 botol rm21. Hubby berkenan pokok bunga apa aku tak tahu namanya, dan aku pulak nampak 2 pokok bunga bergantung, punyalah cantik. Dulu kat rumah ada, orang bagi juga tapi dah mati. So aku tawar2 dapat rm 15 untuk 2, hubby dapat m 10 - memang murah! Sebab pokok dah besar!
Bila balik ke chalet, aku gi kat KHM Strawberry Farm - ladang orang Melayu. Kawasan ni memang kawasan orang melayu, agak besar juga kawasan ladang mereka ni. Jem yang aku beli kat Kea Farm ada dijual di sini. Harga lagi murah, memanglah jem keluarannya. Cuma aku tak perasan kawasan ni bila lalu jalan ni, pada hal dekat dengan chalet. So aku beli lagi, rm30 untuk 5 botol. Jem ni boleh simpan sampai tahun 09. Oklah, taknya sampai ke tahun depan sebab jem dia sedap!!!Aiskrim pun ada kat sini, makan lagi, lagi murah hanya rm2.50. Aku beli juga buah strawberry 1 kg rm25 kat Rose's farm, rupanya kat sini boleh dapat rm24! Dah settle semua,ingatkan nak balik terus lah.
Bila tuan punya chalet tengok hubby kemas2 nak balik, susun bunga yang dibeli dan barang2, aku pulak beli teh kat sini aje, cerita punya cerita, aku beritahu hubby buat landscape - mereka seronok dapat tips - free consultant pagi ni! Dah lewat balik. Round lah seluruh kawasan chalet mereka. Mereka pelawa minum kopi kat rumah mereka, tapi kami kata next time, we'll come again dan mereka dah janji kalau datang ada bilik untuk kami!!! Wow, seronoklah macam ni...Adalah peluang nak gi lagi. Hubby kata nanti dia boleh bawa peralatan, boleh tolong2 prune - aku bolehlah gi lah jalan2. So baliklah kami turun dari CH jam 10.30 pagi - singgah kat Bhraat lagi - sampai rumah 4 petang.
Posted by sonata anak kancil at 10:10 PM 0 comments
Labels: Cameron Highland - Pahang
Majlis Kahwin & Cameron Highlands
31.5.08 - aku gi jemputan kahwin staf di Sg Manik, Teluk Intan, Perak. Lebih kurang jam 7 bertolak dari rumah. Pergi sama ialah Fahd & Farahin, hubby jadi driver lah. Sepanjang perjalanan hubby jadi driver, dia memang tak percaya kalau aku drive. Pernah jugalah aku drive kat highway, tapi dia tak senang duduk, kononnya nak lelap mata, tapi dia rasa tak senang cara aku drive. Kalau dia duduk sebelah aku drive, macamlah aku baru belajar masuk driving school. Letih dibuatnya. Akhirnya dia ajelah yang drive.
Bila keluar tol Bidor, mulalah masuk hala ke Teluk Intan. Kalau tengok pelan, straight aje jalan teruslah jumpa rumah dia. Rupanya, ada beberapa trafic light, ada lah belok2 sikit. Aku pun naik confuse. Patutnya tulis lah berapa km dari tol ke, dari bandar ke, jadi kita boleh tahu berapa jauh kena drive baru sampai ke rumah dia. Aku pening, hubby mulalah dia dok kata macam2, buat pelan tak betul lah, itulah, inilah macam2. Dia nak ikut cara dia buat pelan, manalah kepala otak orang sama dengan dia. Tahulah awak tu arkitek! Teror buat dan baca pelan. Memang begitulah selalu kalau pergi ke rumah jemputan kahwin, jika pelan tak betul sepertimana bila kita jalan sebenar.
Bila tiba kat landmark hospital Teluk Intan, ok dah kira betullah tu. Akhirnya sampailah ke rumah dia hampir jam 11.30 pagi. Wow! Rumahnya dikelilingi oleh sawah padi yang sedang hampir masak! Bestnya!
Aku pun telepon bos yang aku dah sampai. Satu hal pulak jalan nak masuk ke rumahnya hanyalah one way, kereta tak boleh selisih. Kalau berselisih, satu mesti kena beralah, kenalah reverse dulu. Aku pun telepon pengantin ni ( Norhamidah), macamana nak parking, so dia suruh parking kat rumah besar - rumah batu, sebelum rumah dia, itu rumah kakaknya. Ok lah. Taklah jauh mana pun. Bila tiba, aku memanglah asing dengan orang kampung tu, so masuk straight aje, rupanya itu adalah rumah bawah, pengantin kat tingkat atas! So aku keluar semula, naiklah ikut tangga, barulah jumpa dengan si pengantin ni. Sempatlah posing dengan dia.
Bila jamuan, wow sedap nasi minyaknya, apa taknya panas2 sebab jamuan baru bermula. Selesai jamuan, minta diri nak ke jemputan somewhere kat Ipoh pulak, coursemate hubby. Ni pulak satu hal, tak ada pelan, hanya pakai telepon aje. Minta emailkan pelan, dia tak hantar pun, terlupa dan sibuk. Ok lah boleh terima alasan tu. Ikut jalan biasa, bila nak tiba kat Ipoh, bila hubby call baru dapat, dia kata masuk tol Pulai, masuk kat Sg Siput Utara/ Selatan - aku lupa. Dia kata ambik ke KL, jalan punya jalan tak jumpa2 juga yang dia kata tu. Hah apa lagi, dah nak sampai ke Tapah. Tak jumpa lah jalan mana. Hah kali ni, bila kena pada jemputan hubby ni dia tak bising pulak, macam jemputan aku. Aku diam, kalau banyak cakap nanti, macam2 boleh gaduh aje. Bila dah keluar tol Tapah, apa lagi kita orang pun teruslah ke Cameron Highlands. Ingatkan nak masuk ikut Pulai sebab jemputan tu somewhere kat bandar Ipoh, dah keluar tol Tapah terus aje lah naik ke CH ikut sini. Terus ke Ch, adalah untuk hadiah birthday si Fahd. Farahin dulu gi Trengganu. Fatehah nanti gi KK.
Singgah kat Bharaat Tea Plantation untuk minum teh. Hubby pertama kali tiba. Aku dah kali ke 2, so aku jadi tour guide lah. Tiba kat Marina Chalet dah kat jam 4 petang. Lepas solat, terus ke Brinchang nak gi ke pasar malam yang tertinggi kat Malaysia!Hujan. Awal bulan 4 aku gi hujan lebat juga! Nak kata apa, dah agak kesejukan dan gigil juga. Bila jalan hala ke Kea Farm dan terus ke tempat Raju's ice-cream atas bukit lagi tu, punyalah panjang traficjam dari tol Pulai agaknya orang nak masuk ke CH. Alamak, hubby dah bising, mesti punya terperangkap dalam jem ni. So, kita orang singgah makan waffle & aiskrim, turun bukit, sahlah memang terperangkap dalam jem. Tiba kat chalet hampir jam 8 lebih. Pada hal dari chalet ke Brinchang
1 km aje...malam hujan sikit, tu pun dah kesejukan, tidur guna 2 lapis selimut tebal!
Chalet kalau ada heater ok lah juga. Tapi agaknya bila duduk kat CH ni nak beri rasa suhu kat sini, sebab tu agaknya tak ada heater. Air-con original. Air dahlah sejuk macam air batu, nasib baiklah water heater ok, so tak lah sejuk sangat suam2 kuku aje. Kalau tak, tak mandilah aku oi!
Posted by sonata anak kancil at 8:45 PM 0 comments
Labels: Cameron Highland - Pahang
Monday, May 26, 2008
Family Meeting
Last night was 2nd family meeting. Chairman was my hubby. We discussed about the kenduri kesyukuran going to do this Thursday night. Just want to celebrate what we had achieved so far. The programme will be started after maghrib's prayer. The menus are: ikan asam pedas, mix veg., fried chicken , a few cakes and fruits. Enough. Drinks will be hot tea/syrup. The chef? What to, I'll be the chef and my daughters! And I want to give a simple door gifts/godies bag.
Posted by sonata anak kancil at 2:38 PM 0 comments
PERASMIAN SENI LUKIS
Monday: 26.5.08 - Pagi2 ingatkan nak gi joging, dah jam 7 lebih gitu, hubby pun nak gi kerja, hujan lebat. Tak jadi.
So, hujan lebat, hanyalah nak kemas2 rumah. Mana patut mop ke, lap ke memanglah hajat macam tu. Tiba2 jam 9, kerani telefon, ada surat kena gi majlis perasmian somehere di Jalan Laksamana iaitu Balai Seni Lukis Negeri. Manalah aku tahu kat mana, sebab tak kisah tentang nama2 jalan ni, sebab selama ni, kalau jalan2 kat Melaka ni,jalan aje lah...Dalam hujan lebat kenalah gi juga ambik surat, nak tengok apa isi kandungannya. Jam dah dekat pukul 10 pagi. Aku suruh kerani tanya dengan yang menganjurkan dan yang menjemput ni, rupanya somewhere kat Bangunan Studhy terkenal dengan Bangunan Warna Merah - zaman belanda punya kaler. Ok lah nak tak nak aku kena gi juga, nanti bos tanya payah aku nak jawab. Bos dah minit kat aku, aku kena gi juga.
Tiba kat parking lot, kena jalanlah sikit, parking rm 2, jalan-jalan tanya orang kat2 situ. Rupanya baru mula kat atas bangunan galeri tu sebab hujan lebat! Dahlah sempit, sebab tetamu agak ramai, tempat terhad, aku pun kenalah berdiri aje. Nasib baiklah tak lama. Aku nampak ada geng aku dari tempat lain, dah chow...Dia pun berdiri juga. Lepas tu, ikutlah tetamu2 lain lihat pameran. Patutnya perasmian kat bawah aje, dah hujan nak kata apa. Baru pindah tempat agaknya.Ada minum lepas lihat pameran,makanlah meehon dan kuih.Ok lah tu.
On the way back, singgah kat QPartner Travel Agency untuk pakej ke Langkawi for next year. Harga ok, aku tahulah sebab dah pergi ke sana, dan familiar dengan tempat2 di sana. 4 days 2 nights rm 260, ok siap dengan ferry, cable car dan lain2 tempat.
Dah relax kat rumah, ada pulak salegirl & saleboy kononnya nak cari pelanggan belajar dengan program mesin epal. Ala, aku dah join pun, dah banyak buat projek. So, melepaslah mereka. Malang nasib.Tal pe cari lain tempat...Petang ni aku cadang nak gi shopping kain baju untuk raya.Tengoklah kalau sesuei...
Posted by sonata anak kancil at 2:18 PM 0 comments
Wet World Batu Pahat
24.5.08 first day school holiday - hubby's office celebrated family day. We all went there around 8 something and reached +- nearly 10 am.
First time we went there and enjoyed. Went back to Melaka around 2 pm and reached home nearly 4 pm. Rest.
Posted by sonata anak kancil at 1:11 PM 0 comments
Labels: Johor - Wet World BP
