CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, August 10, 2011

Dah selesai 10 Ramadhan - Ramadhan 5

alhamdullilah sudah 10 hari umat Islam menjalani puasa - semoga kita bukan tergolong dalam kalangan mereka yang rugi dalam menjalani ibadah puasa ini - semoga Allah swt menerima ibadah kita ini !

semoga ibadah bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun sudah2...insyaAllah.

tak lupa juga - tentunya semua seronok  menikmati berbuka puasa petang tadi ! Alhamdullilah dengan rezeki yang ada.

 rakaman sewaktu mengerjakan umrah bulan Jun 2011
suasana dalam masjidilharam

sekian untuk kali ini - selamat bersahur.



Sunday, August 7, 2011

akhirnya beli jua....Ramadhan - 4

Buat pertama kalinya hari ini beli sedikit juadah untuk berbuka puasa....
(tahun ni berazam tak moh kuar rumah ke pasar ramadhan ! - minta maaf tuan gerai sudah kurang sorang pelanggan )

Pukul 9.15 pg pergi ke MRSM Serting ziarah anak. Dah seminggu puasa baru dapat ziarah - sebab dengan urusan2 & juga dengan alasan - ala dah cukup  besar ! 2 minggu sekali okey kot....dia kata okey aje - okey la. Walaupun tak ziarah duit belanja tetap sampai kirim dengan kawan. Anak kawan ni pun sama dengan anak saya ni....Kalau dia tak dapat ziarah - diapun kirim duit anaknya dengan kami jugak.

ok - berbalik kepada beli juadah. Selepas keluar dari MRSM lebih kurang 12.30 - terasa nak beli lemang di N9 ni. Nak beli lemang yang sedap biasanya kami beli somewhere di persimpangan nak ke Alor Gajah dari arah Tampin -  namanya - Kendong ! Beli 2 batang lemang aje - tak sampai 5 minit pun ...tapi punyalah jauh dari Serting - Bahau - Tampin - Alor Gajah....! Biasanya kalau dari Serting kami lalu ikut kawasan Felda Bukit Rokan - Tebong - Durian Tunggal....cepat lah sampai. Tapi hari ini fasal nak beli lemang - ikut jalan jauh....puas hati dapat makan lemang sedap. Beli lemang yang harga RM7 x 2 = RM 14

Dah beli lemang -- masuk Alor Gajah - singgah pulak beli cucur udang Alor Gajah ( walaupun tak jumpa udang pong !!! ). Beli di gerai yang biasa beli cucur udang ni --- lain2 tempat tak tahu ! Ingat nak singgah di gerai / bazaar ramadhan di AG - tapi tak jumpa pulak di kawasan biasa. Mungkin belum lagi agaknya sebab kami tiba di AG pukul 1 lebih...Belilah cucur udang ni RM 5 + RM 3 = RM 8

Inilah kali pertama kami beli juadah untuk berbuka puasa setelah 7 hari.....
selain daripada itu menu utama ialah nasi....

pinjam gambar lemang kat tenet....he3x...lomang jugak kan !
macam ni lah tadi kat gerai tempat beli lemang tadi....panas-panas lagik !

selamat bersahur untuk esok hari ke 8....cepat sungguh masa berlalu

Nak atau tak nak ? ...mana suka : Ramadhan - 3

Salam Ramadhan ... Hari ke 6 hari ini - alhamdullilah...

Saya bukanlah yang arif menulis - cuma dari bacaan buku @ dengar ceramah aja...cuma tahu ruang permukaan saja. Semua orrang dah tahu tentang kelebihan / ganjaran Bulan Ramadhan ini...so tak perlu nak ditulis panjang lebar @ nak ulas meleret2 - buku2 di pasaran pun banyak - kat dalam alam maya pun berlambak2 mengenai kelebihan @ ganjaran dalam bulan Ramadhan ini.

Pertama2nya saya tujukan  @ ingatkan untuk diri saya yang daif ini - yang dah hampir senja ni...dan untuk rakan2 sekalian...

Nak ke tak nak? Banyak kelebihan @ ganjaran Allah swt berikan kepada kita dalam bulan ini ! Kalau kita tak nak - rugi loooo....!

Saya mendoakan kita semua diberikan kesihatan yang sihat walafiat untuk melaksanakan ibadah puasa dan ibadah lain.......kalau sakit @ tak berapa sihat - agak terganggulah untuk kita beramal ibadah...jagalah kesihatan disepanjang bulan ini !

Masak memasak untuk berbuka puasa - masak untuk bersahur pun ibadah !alhamdullilah .
Kalau sakit macam mana nak masak ?


Kuih serabai - kalau di Melaka ni femes lah ( ada orang kata kuih orang mati ! sebab saya dapat tahu kalau kenduri arwah ade la kuih ni....maaf kalau saya silap sebab saya PR Melaka )...
tak tahulah negeri2 lain - panggil kuih apa - Buat tambahan kuih untuk berbuka petang tadi....terasa nak makan serabai - buat lah sikit - senang bebeno nak membuatnya - resepi tengok kat tenet yer.......sodappp! kalau tengok rupa sangatlah tak cantik ( patutnya bulat2 comel @ kecik sikit gitu ) - sebab guna pan yang agak besar - jadi bila letak sesenduk adunan untuk dibakar tu....dia merebak - salah hemat tengok2 macam lempeng pulok dah....bila dah agak lebar - saya pun lipat dua...he3x.....kita buat dia kan ! Kuah / sosnya agak pucat - sebab saya guna gula perang - saya tak guna guna Melaka / gula merah ! kita buat dia kan...( banyak pulak rezeki hari ni - ada meehoon kenalan bagi &  bubur lambuk jiran bagi - alhamdullilah ! )

sekadar selingan Bulan Ramadhan 

 jemaah bersesak2 untuk keluar ke pintu 1 - King Aziz selepas solat

panggilan kaabah - bila lagi ?

sekian - selamat bersahur untuk puasa hari ke 7 esok .

Thursday, August 4, 2011

Salam Ramadhan - 2

Hari ini sudah selesai hari ke 4 kita menjalani ibadah puasa. Semoga kita diberikan oleh Allah swt kesihatan tubuh badan sihat walafiat supaya kita dapat melakukan ibadah puasa di siang hari dan mengambil peluang terutamanya untuk solat terawih di malam hari dan melakukan ibadah2 lain dalam bulan Ramadhan penuh barakah ini.


Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.     (Al-Hadith)
didoakan dapat menghadirkan diri ke sini lagi...
rakaman dari tingkat pertama Masjidilharam - 
naik King Fahd Escalator ke tingkat pertama - ada ruang solat ber aircon di sini 

King Fahd Escalator 

ruang solat dalam masjidilharam yang ber aircon...
nyaman sikit dikala sangat terik panasnya matahari !
kepanasan suhu yang sangat tinggi di Mekah  berbanding M'sia 
pada bulan Jun lepas kami naik ke tingkat 1 terutama waktu solat Zohor & Asar
*
*
*
*
*
 sempatlah jugak cik kakak membuat Chocolate Cheese Tart
 untuk juadah kuih berbuka puasa petang tadi


selamat beribadah !

Monday, August 1, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1432H - 1



Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa 
Rasulullah s.a.w. bersabda:


 “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa 
ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.” 

Riwayat Imam Muslim



Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: 



“Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka 
dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, 
bolehlah ia berbuka dengan air kosong. 
Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”. 

(Abu Daud dan at-Tirmidzi) 

Friday, July 29, 2011

Etlingera eliator @ Bunga Kantan




macam sama kat rumah saya !
tahu tak nama pokok ini?

namanya ialah : Etlingera eliator
@ Bunga kantan 

gambar ini diambil di Tropical Garden, Auckland , New Zealand

*
*
*

Bunga kantan yang banyak dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu.

Pokok Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka herba.
Bunga pokok ini yang berwarna merah muda banyak digunakan sebagai gubahan hiasan manakala tunas bunga ini dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu.

Tumbuhan ini mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.

sumber : 
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Wednesday, July 27, 2011

SESAK !

SEMUA CIKGU DI TANAH MALAYA INI GUNA SISTEM SAPS INI...
SEMUA SUDAH TAHU...MARKAH PERLU DIMASUKKAN DALAM SISTEM INI.
SEBELUM INI - GURU DI NEGARA HANG TUAH INI GUNA SISTEM QNET...
SEKARANG KENA GUNA SISTEM INI PULAK !

MALANGNYA ....

WAKTU INI NAK MASUKKAN MARKAH TIDAK MESRA ALAM....
JAMMED !

SEBELUM INI PUN DAH BUAT JUGA - MASIH SESAK...ALAHAI....TUNGGU AJE LE

MASA INI - 1561 PENGGUNA SEDANG GUNA SISTEM INI....
TAKKAN TAK  TIDUR MACAM NI KAN!
SIAP TAK SIAP CUKUP MASA TIDUR AJE LE -
HARAP ESOK BOLEH SETTLE  - TAPI S/U PEP. CAKAP KALAU TAK LENGKAP - BOS DAH BERI GREEN LIGHT SAMPAI CUKUP BULAN NI...
PULAK TU ADA MASALAH JUGA - MUNGKIN EKORAN TERLALU RAMAI PENGGUNA DALAM MASA INI - TU YANG BUAT JAMMED !