CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, May 15, 2011

Sambutan Hari Guru Di Sekolah Baru


Esok 16 Mei. Saban tahun sambutan Hari Guru akan disambut seluruh warga sekolah di Malaysia. Tahun ini saya akan menyambutnya di sekolah baru...( diam tak diam dah 9 bulan rupanya saya di sini...16.8.2010 - 16.5.2011 ).

Rasa rindu membara di sekolah lama...hampir 15 tahun saya di sekolah lama....sampai sekarang masih teringat kenangan silam di tempat lama. Begitu juga dengan mantan 4 orang Pengetua yang berkhidmat di sana. 3 telah bersara dan seorang bertukar di sekolah lain.

Teringat tahun pertama saya berpindah ke sekolah lama (1996 ) - lantas sebagai satu "orientasi" kepada saya - saya telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kelab Staf - dan tahun berikutnya saya dinaikkan "pangkat" jadi Pengerusi Kelab Staf ! Waduh-waduh.....sambutan Hari Guru sayalah  dan AJK lain uruskan @ mempastikan majlis ini dengan kerjasama Badan Pengawas berjalan lancar.

Buat pertama kalinya saya diminta menyanyi berduet dengan Pengerusi (1996) dengan Allahyarham Cikgu Mohd Noor Ali. Beliau bermain "gitar tong" dan menyanyilah saya bagai nak rak !!! Saya menyanyi Lagu "Masihkah Kau Ingat" - KOPRATASA  - sampai sakarang lagu ini saya suka dengar.....Itulah pertama kali dan terakhir saya menyanyi solo sejak bertugas sebagai guru....Kalau berkumpulan tu ...hehehehe...biasalah kan - nyanyi Lagu Guru Malaysia !!!

Inilah kenangan lama yang selalu saya ingat bila sambutan Hari Guru diadakan.

Sejak "diturunkan" pangkat Pengerusi Kelab Staf ( ....lantik lah orang pulak kan...takkan saya gila kuasa pulak !!! ) - saya hanya mengambil bahagian yang diadakan...dan dapatlah macam2 "anugerah" sempena Hari Guru ni.........seronok bila diumumkan dapat anugerah ni....ada yang kata kalau duduk bahagian badan disiplin tak dapat anugerah....murid tak suka...tapi dapat jugak! dapatlah jugak anugerah guru paling tegas 
( nasib baik tak kata guru paling cengih! @ garang ! )

Sekarang di tempat baru - saya tak pasti macam mana acara sambutannya....saya akur dengan majlis yang telah dirancang dengan rapi....Yang pasti dah beberapa tahun saya akan jadi wakil membaca perutusan Hari Guru - sama ada daripada Menteri Pelajaran @ Kementerian Pelajaran Malaysia.


Berburu ke padang datar, 
dapat rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar
bagai bunga kembang tak jadi


Anak ikan lima-lima, anak haruan di celah daun
Budimu guru kami terima, jadi kenangan bertahun-tahun



SELAMAT HARI GURU 
KEPADA SEMUA WARGA GURU MALAYSIA

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Selamat hari guru, semoga menjadi guru yang tetap cemerlang.

Ayah Zain said...

SELAMAT HARI GURU. CIKGI SONATA ADALAH SEORANG GURU YANG HEBAT

farahin said...

selamat hari guru in advance umi !
tak lama lagi, in pulak dapat ucapan tu hehehehe

ahmad humairi said...

Selamat Hari Guru....ade anugerah guru popular macam kat sekolah lama tu???

IMANSHAH said...

Salam kak

Saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari guru buat akak

semoga terus berjuang menyambung risalah kenabian

teratai said...

Selamat Hari Guru buat Pn. Sonata, semoga semangat seteguh di sekolah lama w/p kini di sekolah baru!

Kak Imun said...

Selamat Hari Guru, cikgu sonata....!..:D

Nizam Awang Brahim said...

Selamat Hari Guru...

rezeki said...

selamat hari guru buat cikgu sonata

hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian mendidik anak bangsa