Majoriti sekolah di Malaysia mula bersekolah esok.
Anak2 semua yang masih dok dibangku sekolah tu - tahun 2012 ni mesti rajin2 lagi pergi sekolah.
Belajar pandai2....jangan malas belajar.
Cikgu pun sangat berkobar2 nak mengajar...tak ke gitu cikgu.?
Esok nak sekolah - hari ni saya kena gi sekolah dah...nak preapare untuk esok hari pertama sekolah 2012.
ikutkan time cuti sekolah ni ( sekolah & anak murid je cuti -ramai cikgu tak cuti pong!!! )
ramai jugak cikgu pergi sekolah dengan macam2 urusan - terutama untuk persiapan kemasukan murid baru.
Ada sekolah dah mula sekolah hari ni - mungkin sesi orientasi gamaknya...esok hari pertama P & P dah bermula !
Kepada semua cikgu yang masih bertugas - bakal2 cikgu yang akan posting - cikgu2 yang dapat tukar - yang kena tukar - yang naik pangkat - diucapkan SELAMAT BERTUGAS.
Kepada cikgu2 yang ditimpa musibah @ sakit - didoakan semoga tabah menghadapi dugaan / cabaran / cepat semboh - semuanya adalah ketentuan Illahi.
Tak lupa juga - kepada cikgu2 yang bakal bersara - diucapkan SELAMAT BERSARA - jasa kalian amat dihargai dan dibanggakan oleh semua anak didik serta ibubapa.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu2 bermula dari sekolah tadika - sekolah rendah - sekolah menengah - sampai ke universiti yang telah mendidik anak2 saya sehingga mencapai kejayaan yang dapat dibanggakan takat @ pada hari ini.
Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK
Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts
Tuesday, January 3, 2012
Esok mula sekolah
Posted by sonata anak kancil at 9:37 AM 8 comments
Labels: sekolah
Subscribe to:
Comments (Atom)
