Sari dua ni rajin pulak diri ini buat kuih yang mudah lagi ringkas dan cepat siap !
cepat makan ....( untuk berbuka puasa & minum petang )
Aku main bantai apa yang ada dalam stok-market kat rumah ni...he3x....sedap pun sedap -
puji diri sendiri - syok sendiri !
Petang semalam - selepas goreng mee siput - sempat jugak aku memuding....
kacau sagu biji mata ikan - jadilah puding sagu mata ikan
Sangat senang - ambik sagu biji 1 cawan (basuh tau...jangan tak basuh ) + 2 cawan air + 1/2 cawan gula + warna kegemaran ( hijau, merah , kuning dll ) - masuk dalam periuk - kacau2 masak atas api - sampai agak kental & masak ( tak sampai 10 minit dah masak ) ...lepas tu masuk kan ke dalam cawan puding / mangkok ke apa saje le asal boleh letak....nak letak dalam loyang pun boleh ! Lepas tu kita makan lah dengan air gula melaka / gula merah & santan pekat ( + garam sikit yer..).....
kalau santan tak sempat nak perah / tak sempat nak beli kelapa tu....
belasah dengan susu cair + air gula pun boleh !
Sedap uuuuu....macam rasa cendol gitu....
Kalau tak mau makan dengan air gula & santan - makan cicah dengan kelapa parut + sikit garam pun boleh = jadilah kuih orang panggil kuih sagu mata ikan
Kalau tak habis makan - simpan dalam peti sejuk ...esok nya boleh makan lagi !
Sarapan di Warung D'Ujung, Tiara Heights
2 weeks ago


