Dah puas berjalan melalui kiri kanan gerai2 / kedai menjual cenderamata,
akhirnya sampailah ke kawasan perkampungan kaum Batak
Ada 5 jenis kaum batak ni - iaitu Batak Simalungun ( kebanyakan di kawasan Siantar), Batak Toba di Danau Toba, Batak Karo di Brastagi (ramai Kristian), Batak Mandailing (hampir 100% Islam), dan Batak Pak-Pak ( di kawasan Aceh Tenggara). Dan difahamkan ramai juga lah keturunan kaum ini yang berhijrah ke Malaysia.
inilah pintu gerbang @ pintu masuk ke kawasan perkampungan Siallagan - laluan pintu ni ukuran lebarnya ialah sebesar seekor kerbau. Muat2 je kerbau lalu ikut laluan ni.
jommmmm kita tengok rupa rumah2 diorang ni....kawasan rumah raja
rumah ni adalah rumah ketua @ raja kaum batak - rumah lain pun sama juga la macam ni -rumah ni tak berpaku - Rumah Batak Toba -
ni pulak tempat hukuman pemasungan orang buat salah -
akan dipasung kakinya - lepas tu akan dihukum
depan rumah raja ini ada kerusi batu -
tempat raja bermesyuarat dengan jemaahnya
kerusi batu - tu kedudukan raja yang sedang duduk untuk mesyuarat /bincang -
di rumah2 ni biasanya ada tanduk kerbau yang diletakkan di atas pintu
ini pulak tempat bersantai - nampak kan benda ala macam tempurung tu?
he he he....ini adalah simbol payudara - melambangkan kesuburan orang perempuan...
ada 4 kan? (2 untuk sianak - dan 2 lagi untuk sibapak!)
dulu2 jika teruna nak berkawin , perempuan pilihan ialah berbadan gemok (menunjukkan subur) - maka cepatlah akan berumahtangga....
dan anak2 mereka pun sangat ramai !!! ada sehingga 16 - 17 orang.
(mengikut penerangan oleh tour guide)
ada 4 kan? (

dan cicak yang mengadap ke arah simbol tu adalah mengingatkan anak2 yang pergi
ke mana jua merantau mestilah mengingati ibunya
simulasi menujukkan bagaimana raja batak menghukum bunuh orang yang buat salah...bila dah dibunuh - darah akan diminum dan daging pulak dimakan dibuat sate - dikatakan akan menjadi semakin kuat - inilah yang dikatakan kaum batak makan orang - ini semua berlaku 500 tahun dulu...zaman2 lama - sekarang dah tak ada lagi...so, tak perlu bimbang -
dulu2 dengar cerita kaum ni makan orang - tidak begitu yer...
setelah selesai melihat cara raja batak membunuh orang tu....perjalanan diteruskan melalui gerai2 cenderamata lagi - dan akhirnya sampailah ke jeti untuk menuju ke sebuah lagi kampung - Kg Tomok.Ini menunjukan bot yang kami naiki semakin menghampiri jeti ke Kg Tomok.
sama juga di kawasan ini - banyak gerai2 cenderamata....saya hanya mencuci2 mata dengan hanya memandang2 kiri kanan apa yang dijual....nak beli boleh bargain sampai separuh harga pun boleh...tapi tak lah saya membelinya...
deretan kedai2 cenderamata di Kg Tomok
saja tunjukkan ikan masin - ikan masin Tasik Toba - di dalam tasik ni ada 4 jenis ikan saja - iaitu ikan emas , ikan mujahir, ikan pora2 & ikan nila (yang dibela dlam sangkar)
ikan masin ni dijual di kaki lima nak menuju ke jeti
dah selesai di Kg Tomok , kita orang pun naik bot semula ke Parapat - dah tiba masa makan tengahari....Di dalam bot ada penjual2 akan menjual pelbagai barang2....mereka pandai memujuk pelanggan - sape tak tahan - boleh tergoda lah membeli - sebab kadang2 harga yang diberikan munasabah kita membelinya...murah2 sangat kang - kes melampau pulak kan...
patut2lah mereka pun nak mencari rezeki jugak...
Rezeki mereka hanyalah bergantung harap kepada pelancong2 yang datang....
*
*
*
saya tak snap pulak budak2 yang berenang2 ditepi bot - ramai jugak yang berenang2 - mereka ni meminta kita mencampakkan duit - bila kita campak duit mereka akan berusaha mengejar ke arah duit yang dicampak - dah pasti mereka akan dapat mengambilnya - ini bukannya apa - untuk menunjukkan kepakaran mereka berenang - memang teror la mereka!
Atas bot pulak - dah jauh berlayar - ada live entertainment ! 2 orang budak (yang tolong2 jaga tangga - tolong2 pimpin tangan nak naik ke darat ) pandai @ sedap pulak diorang menyanyi -
sorang pukul macam tabla- sorang lagi menyanyi....dah selesai menyanyi -
biasalah kan ...bagilah tips - upah diorang menghiburkan pelancong ni....
pandai mereka berusaha cari rezeki!(kalau anak2 kita ? tak ade nye la...)
okey lepas ni naik bot ke Parapat nak makan tengahari....c u then

pandai mereka berusaha cari rezeki!
okey lepas ni naik bot ke Parapat nak makan tengahari....c u then
7 comments:
Bila pergi sana mmg kesian tengok mereka nak cari duit. Macam2 cara dilakukan.
Kat sana rupanya Kg Tomok penyanyi yg dapat sedara saya tu ... hahaha
YB - betul tu YB - ohhh yer ke? baik you pergi ziarah kaum kerabat di sana!
Rumah kat sana bentuknya macam rumah minangkabau kan banyak ukiran.
Hjh Zaleha,
Info dan cerita yangv sgt bermenafaat, next time kena jugak saya ke Pulau Samosir ni...nampak menarik
Zaitun - betul kak...macam rumah minang N9 yang biasa kita lihat - mereka ni pun dari sana jugak kan...
Rosli - boleh aje pergi - sebab tak jauh mana pun - gi Medan ni balik hari pun boleh...he3x - kalau ke Lake Toba ni kenalah bermalam di sana
Post a Comment