CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Showing posts with label arrowheads. Show all posts
Showing posts with label arrowheads. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Arrowhead Chips

Selamat pagi hari Sabtu yang ceria...

Tajuk N3 hari ni seperti tertera di atas. Pagi ni sempat saya buat arrowhead chips @ kerepek arrowheads...yesss....macam potato chips ... macam tapioca chips..ahahaha..cakap omputih pulak ...

Mungkin ramai dah tahu - mungkin ramai tak tahu - tak kisahlah...saja suka2 saya letak N3 ni.

Semalam gi Tesco nampak arrowheads. Dalam bahasa melayu tak tahu lah nak panggil apa - macam ubi sengkuang - tapi kecik - kalau sengkuang tu ada besar gedabak...tak sedap kalau besar2 sangat...saya suka yang kecik2 je...

Saya pun tumpang sibuk gak beli arrowheads ni - setahun sekali baru jumpa (kat Malaysia la - kat China ke Singapore ke Taiwan ke...tak tahu lah pulak...tak tahulah dah ada ladang arrowheads kat Malaysia ni...tentu akan ada sepanjang tahun ,macam dragon fruits - dah banyak dalam negara kita ni....orang kita pun ramai tanam gak...saya je tak tanam ! beli yang orang tanam udah le)



Arrowheads ni ada bila time Chinese New Year...masa ni sangat banyak - sebab depa dok beli berkilo2 buat kerepek atau masakan lain. Yang saya tahu kawan @ cikgu cina ajar buat kerepek. Mungkin ada yang menanam arrowheads ni - sebab ada kepercayaan mereka - nak dapat baby boy - tanamlah arrowheads ni...
Masa saya sedang pilih2 arrowheads - ada lah orang Melayu bertanya saya - kak - ni buah apa? macamana makan ? apa rasa ? saya pun jawab lah...bla - bla - bla....Saya beli sekilo lebih - main pakai ambik2 je - bawak timbang...sekilo kalau tak silap RM1.98 - beli semalam RM2 lebih sikit.

pokok arrowheads ( dari google)


jommmm kita tengok cara2 buat kerepek arrowheads

  arrowheads macam sengkuang / sengkuang cina je...cuma ianya putih

bersihkan arrowheads ...kalau beli - beli yang ada sulurnya - 
bukannya apa - senanglah nak pegang bila menyagat nanti !
 kalau yang dah patah boleh gak - tapi susah la sikit nak pegang.

sagat arrowheads terus ke dalam kuali macam buat kerepek pisang / ubi - 
tak payah lah saya tunjuk cara2 menyagat pulak kan....
guna ajelah penyagat apa yang ada !!! asal boleh jadi nipis2 gitu udah le...
dan goreng lah seperti buat kerepek pisang / ubi...


bila dah agak nak kuning tu - letaklah sikit je garam - sekadar rasa lemak masinnya aje...bila dah kekuningan - silalah angkat yer....api dapur biar sederhana - kalau besar kang hangus - apa lagi kalau tak jaga betul2...balik2kan lah semasa menggoreng - 
supaya ianya tak melekat antara satu dengan lain...

- goreng dalam minyak yang banyak yer tuan/puan...he3x

lihatlah hasilnya....banyak gak dapat ...

 arrowhead chips - yang dah siap! jommmm...
kita makan - sambil tengok tv ni tak sedar habis !
 rasanya macam potato chips - tapi kata kawan cina  lebih sedap dari potato chips !
 ntah la...saya sedap aje....kalau time raya kita - best jugak buat kerepek ni...

yang ni pulak - nak bawak makan dalam kereta - nak gi KL jap...
ambik anak balik dari Sydney & UIA....tak yah beli kacang2 lagi...
lagipun sedang berpantang tak boleh makan kekacang !


selamat mencuba....
bye - sekian untuk hari ini