CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Showing posts with label Perarakan. Show all posts
Showing posts with label Perarakan. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

Meraikan Maulidur Rasul Nabi Muhammad saw.

Selamat meraikan Maulidur Rasul  untuk umat Islam seluruh dunia. Rakaman hanya guna hp cokia (lupa nak bawak kamera biasa2 je ) menunjukkan persediaan perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat negeri Melaka pagi tadi. Saya tukang hantar hubby je yang berarak dari Stadium Kubu di bandar Melaka hingga ke Masjid Negeri Al-Azim.





 tahun ni baju warna kain murid perempuan sekolah menengah....
kalau masing2 lepas ni buat baju raya...he3x ....boria le jawabnya!

sementara nak menunggu perarakan bermula...kita orang breakfast roti canai kosong - roti canai telur - roti canai bawang....ini adalah air teh disco yang diorder oleh Mohd...menari2 susu di bahagian bawah teh tu...sebab tu dipanggil teh disco ! kedai mamak je ada kot.....

pagi2 dah berarak !


Selamat malam semua ! lama bebeno asam garam kehidupan ni tak terasa  masam @ masin lagi...hu3x kesibukan melanda nak wat macamana kan....sabo aje le...jommmmm.................kita layan gambar2 di bawah ni. Pagi2 tadi mereka dah berarak - membawa sepanduk sepanjang jalan mau dekat 1 KM jem - Jalan Semabok pagi tadi sewaktu saya bersama ahli keluarga nak pergi breakfast....lepas breakfast hantar cik kak pergi masuk periksa peperiksaan kastam ( macamana kak? boleh jawab?kalau lulus boleh lah masuk tahap 2 pulak....) -

Lepas tu pergi ke pasar beli ikan & sayur - biasanya begini bila hujung minggu - balik dari pasar - lepas urus kerje2 di dapur - bawak pulak si Farahin nak beli Black-berry kat Melaka Raya. Katanya di sini murah berbanding kalau beli di NZ. Dah selesai  order BB - pergi beli barang di Jln Kg Pantai. Balik rumah dah dekat 2.30 petang - lepas solat - pergi jemputan kawin pulak ! (memang nak gi lewat sikit sebab nak masuk ke rumah tuan rumah ni jalan sehala & sempit pulak...beri peluang orang lain dulu ....he3x)





ni pulak sang lembu pun pandai berarak !  
gambar ni dirakamkan semasa ziarah mak sedara tempoh hari  di Kg Triang Endau, Johor.


*
*
*
Esok - pagi2 insyaAllah kita lihat pulak perarakan meraikan
 maulidur rasul kita di seluruh negara.
Selamat meraikan maulidur rasul....