CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, August 24, 2012

Melbourne CBD lagi...16

2 Jun 2012 - sepagi kami ke Victoria Market - dah habis shopping sikit2 je...kami balik ke South Yarra...makan dan solat. Tentunya tuan puan nak tahu apa kami makan kat negara ni..5 hari di Melbourne kami tak makan nasi ! ada sekali je kami terjumpa restoren chinese muslim - Farhan makan nasi goreng - tu je. Lain2 kami hanya makan kebab / roti / biskut / buah epal. Alhamdullilah betul2 depan guest house kami ada kedai makanan islam ( lebanonese )- tapi jual kebab / roti / burger. Itu aje je setiap hari bila balik ke bilik kami singgah beli kebab - macam2 harga jenis kebab/burger bergantung pilihan  apa isinya...paling murah harga kebab lebih kurang $10 - kalau less pun $ 8 - $ 9 je...tapi mak aiiii....sekali makan memang kenyang betul - kadang2 saya bawak balik ke bilik sambung makan lewat2 petang....sebab kebabnya sangat besar....portion mat saleh makan....kalau tempat kita 2 x ganda ! Kami makan sekali sehari aje ...
 ( yang berat  ) - lain drp tu makan bisukut / buah epal je....sebab nak cari makanan halal macam tempat kita payahlah nak jumpa.....beli roti / biskut pun kena baca ingredients juga...kalau breakfast / bila balik ke kat guest house kami makan  cereals.

Sepetang 2 Jun kami naik city circle tram lagi....hop on & hop off....singgah ke tempat2 ni...sangat cantik bangunan nya ! 


  ....kami pun sama sibuk bergambar dengan pengantin2 ini !


  Parliment Victoria 





 ada park lagi....sedap mata melihat saujana taman ini...



kawasan bandar



................bye - jumpa lagi - esok 3 Jun ke Phillip Island

10 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Mane tempat parking kerete de bando ter.Seme dalam bangunan ke....

sonata anak kancil said...

Nizam - ada kat tepi / jauh sikit dari kawsan bandar ni - mereka banyak guna public transport - so kereta masuk bandar tak banyak parking amcam kita !

mama ju said...

Salam sejahtera.
Cantik bangunan dan park di sana.
Agak2 lepas ni ke negeri mana pulak?
Cer cite..

mamawana said...

Assalam, Jauh berjalan makan angin..seronoknya..

Guru said...

selamat hari raya ...

sonata anak kancil said...

Mamaju - memang cantik sebab mereka suka kepada seni

pegembaraan seterusnya tunggu hujung tahun pulak !

sonata anak kancil said...

Mamawana - w'salam...ziarah anak - dan berpeluang ke sana.

sonata anak kancil said...

KLcitizen - selamat hari raya juga - maaf zahir dan batin

mamawana said...

Wah seronokkan berada di negeri orang, melihat pemandangan, suasana, sikap dan budaya yg berlainan.

sonata anak kancil said...

mamawana - memang sgt seronok bila berpeluang melihat tempat orang ni...lihat budaya mereka...negaranya yg jauh sgt maju berbanding negara kita...