CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, October 11, 2008

Kekenyangan



Ini "Stokin" yang kekenyangan. Bila dia kenyang, dia jadi malas, tergolek2 atas lantai. Usik lah macam mana sekali pun dia tak kan bergerak. Kalah orang gi open house.

Open House lagi





Selagi tak habis bulan Syawal, selagi itu akan ada open house. Petang tadi, aku ke JPM. Malam lepas maghrib gi open house rumah staf hubby. Wow rumah baru! Rupanya, memang baru pindah untuk raya ni. Hubby dok berkenan dengan grill bunganya, jadi aku tepek lah rupa grill kat sini untuk tatapan.

Malam semalam, lepas maghrib gi open house rumah jiran belah belakang, jalan 4. Yang kelakarnya jiran tu sebelah menyebelah buat open house, sebab masing2 bila menjemput, rupanya mereka sewaktu dengannya! Jadi kita orang gi rumah pertama, makan mee kari. Lepas tu gi rumah sebelahnya, makan mee kari lagi! Alamak, ingatkan menu lain2...Tak pe lah, yang penting, kalau orang dah jemput kita kena gi. Biasanya gitu lah, bila tiba giliran kita, depa akan datang pulak. Balik rumah, perut dah mula meragam, apa taknya raya katakan macam2 makan. Huh raya - raya....

Hari Raya Sektor Akademik

2.30 petang tadi, aku dapat jemputan ke hari raya sektor akademik JPM.Kali ni ada kelainan sebab, 2 dalam 1, majlis hari raya & raikan kerana sektor ini dapat bangunan baru, betul2 sebelah blok sekolah aku. Katanya tahun2 sudah buat kat rumah ketua sektor.Sebab aku kat sebelah ni, jadi orang jiran terdekat ni di jemputlah bersama.Bila dah ada blok ni, bebudak tak ade le nak merayau2 kat belakang blok tu. Kalau tak, ada je alasan depa nak lewat2 masuk ke lab. Sekarang, lab sedang di renovate, jadi tak adelah budak2 ni ke sana. Semua kena kongsi dengan lab kat blok F/G.Telupa pulak nak snap2 gambar, kalau tak boleh gak tepek kat sini. Makan tu, biasalah nama raya, dari raya pertama sampai sekarang sama aje menunya. Bila pengarah dah mula nak beredar, barulah anak2 buah boleh beredar! Aku balik kat2 jam 4.30 petang.

Friday, October 10, 2008

PENGHULU ISTIGHFAR

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Penghulu Istighfar ialah engkau mengatakan "Allaahumma anta Rabbi, laa ilaaha illa anta, khalaqtanii wa ana 'abduka, wa ana 'alaa 'ahdika, wawa'dika mastatha'tu, a'udzubika min syarri ma shana'tu, abu-u laka bini'matika 'alayya, wa abu-u bidzambii faghfirlii, fainnahu laa yaghfirudzdzunuuba illa anta"

Maksudnya: “Wahai Tuhan! Engkaulah Tuhan yang mencipta dan mendidik aku, tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Engkau. Engkau telah menciptaku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada di bawah janji-janji baik dan buruk-Mu yang aku tidak mampu menolaknya. Aku memohon perlindungan-Mu dari segala keburukan yang aku lakukan. Aku amat sedar segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku, dan aku juga sedar dengan dosa-dosaku, ampunilah aku Ya Allah. Sesungguhnya tiada yang mampu mengampunkan segala dosa kecuali Engkau.”

Beliau bersabda, "Barangsiapa yang mengucapkannya pada waktu siang dengan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum senja, maka dia termasuk penghuni surga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya pada waktu malam dengan meyakininya, lalu dia mati sebelum subuh, maka dia termasuk penghuni syurga".

(HR Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan lainnya dari Syaddad bin Aus)


KASIH SAYANG

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang itu penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih Tuhan tiada bertepi
Sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di akhirat sana

Lagu ini diperolehi semasa menghadiri solat hajat Mohd di MOZAC malam Jumaat semalam.Semoga kasih sayang semua sentiasa terus berkekalan.


Wednesday, October 8, 2008

hidup & kerja

Selagi nyawa dijasad ini, dengan baki sisa2 usia di bumi ini, kerja - kerja - kerja....Bila nak berhenti kerja? Kerja apa tu? Oh macam2 kerja. Sebagai ahli profesional ni aku rasa nak berhenti hari ni juga.Lepas tu aku nak buat kerja lain. Berehat dari kerja2 ilmiah ni, nak buat kerja bukan ilmiah pulak. Aku membayangkan mereka yang dah jadi YB, seronok kerana tidak memikirkan lagi kerja2 di pejabat. Macam mana agaknya? Aku membayangkan kalau dah jadi YB, aku duduk di rumah, aku buat kerja2 sebagai orang kat rumah aje. Wow relax minda aku ni. Aku membayangkan kerja2 yang aku tak dapat lakukan hari ni, aku akan lakukan nanti. Sampai bila? Hal ni aku membayangkan, yang bagus2 aje, menyangkakan aku (insyaAllah) dikurniakan kesihatan yang sihat, maka mudah2an impian aku nak buat kerja2 yang tak dapat lakukan hari ni, aku akan buat nanti!!!Agi idup agi gelaban...

Sunday, October 5, 2008

Home's landscape


my lovely home



above: Deck furnished with seats


above: Pathway leading to side entrance - which I like most



below: fencing with flower bed