CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, February 2, 2011

Syukur saya sudah selamat pulang...

N3 kisah saya ke Cairo , Mesir masih belum tamat...masih berbaki lagi nak di publish ...nak dirakamkan dengan gambar2 yang menarik di sana...Kisah saya masih banyak lagi...
cite saya bersiar2 di bandar Cairo - Nasr's City - Alexandria - ke Montaza Garden dan lain2 yang 2 bulan  lepas dalam keadaan yang sangat2 selesa untuk bersiar2 - untuk melancong - membeli belah - bersantai.....semuanya masih tersimpan dalam diari AGK....

Tapi waktu ini - saat ini...sangat menakutkan....saya telah lalui kawasan2 tempat rusuhan itu berlaku....Masa kami ke sana pilihanraya akan dijalankan...sana sini terpampang poster2 wakil rakyat @ apa mereka gelar tak tahu lah...macam kita wakil rakyat ke wakil parlimen ke....banyak tergantung disepanjang  jalan raya....ada juga seperti ceramah diadakan....Kalau lah sewaktu saya dan rakan di sana berlaku seperti hari ini...Ya Allah....tak tahu nak cakap / nak buat apa....saya dapat bayangkan mereka terutama students / rakyat kita yang berada di sana...saya bayangkan  saya berada di sana...terputus hubungan dengan keluarga .....ohhhhh...sangat sedih !!!





suasana kawasan bandar Cairo yang aman damai ketika itu....

semoga rakyat Malaysia di sana dipermudahkan segala urusan....
dan dalam keadaan selamat & semoga dapat pulang buat sementara waktu ke Malaysia

13 comments:

IMANSHAH said...

salam kak

Alhamdulillah, manusia mentadbir Allah jua mentaqdir...taqdir Allah mengatasi sehala2nya..

mama ju said...

Aslkm

Kenangan lalu mengusik jiwa.....

Saya tak dapat dtglah pada 3 tu. maaf ya..ada umur kita jumpa, insyallah.

Kak Sidah said...

salam cikgu,

Alhamdulillah..syukur selamat kembali..dan syukur semasa disana tiada apa yg belaku.

mamawana said...

Hidup Islam. Tuhan nak hapuskan sekutu Israel (Hosni Mubarak). Amerika dan israel terus mengintai peluang.

::FAIZ:: said...

suka 1st pic.... nice

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Tiba-tiba gempaq di Kaherah,teringat sonata mendaki gunung sinai dan crusing di terusan suez.

Mohamad said...

Salam cg..
Dalam sekelip mata sahaja semua kerosakan boleh berlaku.. untuk membinanya semula akan memakan masa yang lama..

Semoga tidak terjadi di Malaysia yang tercinta..

Sham said...

syukur masa tu masih aman ye...

Kakzakie Purvit said...

Salam cikgu,

Betul cikgu ye.... nasib dah balik. Rasanya baru lagi cikgu balik dan tunjuk kami kisah di sana kini Kaherah dah bergolak.

Kesian student kita dianggarkan lebihkurang 10 ribu. Hari ini 3pesawat kita hantar makanan ke Jeddah (bank dah lumpuh juga)dan duta kita mohon visa pelajar dikeluarkan agar mereka boleh keluar ke Jeddah sementara untuk balik ke M/sia.

rezeki said...

salam cikgu sak

alhamdulillah, semoga Allah sentiasa memelihara kita

tentu bulan mac nanti , sesiapa yang memilih pakej umrah transit atau bermalam di kaherah dgn egypt air akan dibatal atau ditunda

myQza said...

Alhamdulillah...

Zaitun said...

Kalau tengok kat tv cukup menakutkan kak Zai,mudah2an rakyat M'sia yang berada disana semuanya selamat.

hazeleyed lady said...

Let's pray for the best...