CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, February 23, 2011

New Zealand : Christchurch earthquake

Tahun 1995 - aku telah ke sini...Masa tu - dengan penuh dedikasi - penuh keazaman - siap dengan surat doktor lagi - sekiranya berlaku apa2 komplikasi dengan isi perut aku !!! apa taknya - masa tu sedang membawa anak  berumur lebih kurang 6 bulan....nak ikut punya fasal - aku redah jugak lah....

Seingat aku  Hari Raya Aidilfitri ke 3 aku mengikut hubby menghadiri seminar - selama 1 minggu di Christchurch. Tangkap gambar masa tu pun guna kamera cokia je...bolehlah kata orang ...tak ade le canggih macam hari ini.


Ini kenangan lama - sudah 16 tahun aku ke sana...

Tapi semalam bandar Christchurch buat kali ke 2 telah musnah lagi dik ledakan gempa bumi....seluruh dunia tahu.

Apa lagi - kenalan , sedara dok telefon aku & juga hubby....
Apa hal pulak ?
Ramai yang bertanya khabar tentang anak aku yang baru saja ke sana....
Alhamdullilah dia dan kawan2nya masih selamat - masih sibuk  mengikuti Minggu Orentasi di university nya. Dia ke Auckland - bukan ke Christchurch.Sekarang bila macam ni...baru terasa macamana kecut-perutnya ibubapa yang anak2 berada di luar negara jika berlaku bencana....macam di Egypt lepas....

Hari ni pun cikgu kat sekolah bertanya khabar juga.....Aku menjawab - masih selamat.Di pejabat hubby juga dihujani dengan pertanyaan yang serupa....Ohhhh terima kasih kepada semua yang bertanya khabar....mereka turut simpati manalah tahu bencana itu berlaku kepada aku. Minta jauh ini semua di kawasan anak aku ni.Pegawai di university nya siap berpesan supaya beritahu parents bahawa mereka semua SELAMAT.

Sehingga hari ni...komunikasi kami masih seperti biasa....masih bercakap2 seperti duduk di rumah...masih boleh tengok wajah2 anak yang jauh...tak ade le berendam air mata....he3x

imej dari tenet - Chrisrchurch earthquake

sekian - wasalam 

16 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu...

mudah2an semuanya selamat...
tak kira di mana saja mereka
berada... moga2 mak ayah kat
sini sentiasa tenang...=) Amin ~

Sally said...

Masa nonton berita, oerkara pertama terlintas d kepala adalah:masyaAllah..anak SAK baruuuu je berlepas ke sana..
Moga semuanya d bawah lindunganNya ..amin

rosli said...

Hjh,

Syukurlah anak2 ok.

azmnor said...

Alhamdulillah..

Anak selamat diperatauan....
siapa tak sayang kan kan kan..

semuga sentiasa dibwh perlindungan NYA.... Insyaallah
aaminnn

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

Alhamdulillah...selamat

saya pun dulu dihujani perbagai soalan dgn keadaan anak di jakarta
kena mentalaah dgn anak, sebab ayahnya nak jawab banyak soalan drp mereka yg ambil berat dan perihatin

Wassalam

Alimaz-Kembara Terasing said...

alhamdulillah... nasib bukan tempat anak2 U kan...

zulkbo said...

salam..
betapa kerdilnya kita..
di bumi Allah yang tanpa
kita ketahui kan terjadi malapetaka di mana-mana dan bila masa jua..alhamdulillah di bumi Malaysia
masih belum di duga sedemikian

sonata anak kancil said...

Manje: w;salam - amin - amin...moga semua sentiasa dalam keadaan selamat

sonata anak kancil said...

Sally : terima kasih - amin...lepas berita - ramai yang tepon !

sonata anak kancil said...

Rosli : alhamdullilah - syukur

sonata anak kancil said...

Azmnor : terima kasih - amin ...moga semuanya selamat

sonata anak kancil said...

Rozali : w'salam...amin - terima kasih ...betul tu ramai yang turut simpati

sonata anak kancil said...

Alimaz : amin...moga terus selamat

sonata anak kancil said...

Zulkbo :salam...doakan kita semua sentiasa dalam lindungan Allah swt jua

farahin said...

umi, in dah hantar emel gambar-gambar arini. LOVES.

sonata anak kancil said...

In : ok will check