Buat pertama kalinya dalam hidup aku - hari ini aku makan buah markisa @ buah susu yang masak ranum.
Staf aku ada tanam kat kawasan belakang sekolah - dulu2 tempat itu dijadikan untuk matapelajaran Sains Pertanian - tapi katanya lama dah dimansuhkan...tinggallah padang jarak padang terkukur...tak lah luas mana pun...cukuplah kalau nak menanam lada kecil sebaris - sawi sebaris - terung ke - ntah apa2 lagilah herba2 yang boleh dicampak2 atas tanah keras tu....staf aku ni rajin...pertama kali aku tengok pokok markisa ni....dah banyak jugak buahnya....akhirnya semalam dia letaknya atas meja....maka jakun lah aku kerana seumur hidup aku - baru ni nak rasa fresh markisa....katanya ada dijual....aku letaklah sikit info buah markisa dengan bantuan mamat/minah google ni....
Kalau aku tahu banyak khasiat buah markisa ni...
lama dah aku beli dan makan !
Markisa ataupun nama saintifiknya Passiflora edulis merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dalam famili passifloraceae. Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).
Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an.
Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar,
perasa ataupaun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niacin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.
31 comments:
selalu sebut dalam pantun je..hari ini baru kenal..huhu
selalu minum airnya jer..
Assalammualaikom wtb cikgu. Beli banyak ke? Kalau ada lagi boleh pos sikit disini. Sebab tak pernah rasa. Airnya selalu jua minum.
alamak akak..first time dengar nama & tengok buah ni..TQ for sharing. Nanti nak google lah psl buah ni :-)
markisa sedap nyer
selalu kalau balik ke Bangkinang, Indonesia baru leh dapat makan buah markisa ni
Markisa, in Eng...Passion fruit. Macam nama perempuan dari jawa aje kan? Isinya macam bentuk berudu. tapi banyak khasiatnya ye?
xpernah rasa ttp jusnya slalu minum la..mesti sedapkan....
tak penah makan lagi buah ni
Dulu pembantu rumah kak Zai selalu bawa balik buah markisa ni dari indon,Sedap dan manis rasanya.
1060?
...kalau macam tu kak Hazel dah makan buah ni zaman dia baru datang ke Malaysia ek. Masa tu kak hazel sekolah rendah lagi...arwah datuk yang tanam...memang sedap masam manis!
P/s sudi je kan kan kan?
Saya dah makan buah ni sejak sekolah rendah lagi.....dulu ada pokok ni kat rumah abah kat kg... sekali berbuah punya laa banyak tak terkira.... memang rasanya masam manis....
tak tau pulak byk khasiatnya ..yg pasti kaya dengan vitamin C..
Sedap kan buah markisa cg?
Kat kampung saya dulu-dulu banyak sangat...
kalau letak gula den sedikit cuka kacau dengan buah susu...sedap...
*drooling
Salam. Kak Sonata, Nur pun tak pernah cuba lagi makan buat ni. Nampak sangat sedap...
Imanshah: cuba cari kat mana...kat supermarket ade kot
Cikgu Isza : sama lah kita...tapi jarang gak beli
MI : w'salam - bukan beli lah...staf bagi 2 biji aje ! cuba cari kat mall @ supermarket
Lady L : akak ni pernah dengar - tapi tak pernah makan yang fresh macam ni...tu yang jakun !
Daydeck : ohhh best nya!
kak Nora: betul tu...banyak khasiat - baik gi cari kak...beritahu sy kat mana kak beli
Nza : cuba cari kat mana ada orang jual...payah nak jumpa kot
Faiz : gi beli....cuba rasa
Zaitun :ohhh kak dah biasa - okey lah tu....kita ni yang jakun...keh3x...sedap jugak kan!
Hazeleyed L : tentu dapat makan banyak kan ! datuk tanam lagi best....untung cucu dia ni
Azmnor : teruskan memakan buah ini ! promote - promote ni...
salam. lama tak mrempit ke sini. sihat?
banyaknya khasiat.. tapi kita tak suka makan..Rugi kan..
Cikgu Sahar : okey lah sedap gak....masam2 maanis...
Faraulah : ohhh yer ke..tentu sangat best kutip buah yang masak kan!
Nba - Nur : cuba cari kat mana ade jual....cuba lah
Kak Pah : w'salam....baik makan kak...!
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment