CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, February 20, 2011

Akhirnya mereka terbang jua...Bon Voyage...

Setelah sekian lama menanti - akhirnya.....
Tanggal 18 Februari 2011 ( Jumaat ) - satu catatan sejarah telah berlaku...


Jam 9.00 pagi - Sheikh Faisal @ Mohd telah terbang ke Sydney...tapi dimaklumkan olehnya delayed sehingga jam 10.00 pagi - alhamdullilah dah selamat tiba ke sana pada jam 2130 Sydney...okey lah malas aku nak convert ni - kiralah sendiri.


Dah selesai Mohd terbang - dan dia dah landing di sana....


Malam-Farahin pulak mula nak terbang..
huhuhu.......main terbang2 aje ni....
ingatkan mereka berlumba2 terbang / terbang bersama2....
( teringat tajuk buku - patah sayap terbang jua...he3x )
Farahin & gengs terbang jam 9.30 malam - 18hb juga. Dan alhamdullilah dah selamat sampai juga ke Auckland setelah 10 jam terbang....


Bila cite2 kat keluarga / kenalan anak2 ni - mereka kata kembar ke? Mana ade kembar2....cuma siadik tu buat fast-track 1 - 1/2 tahun & sikakaknya buat 2 tahun ....jadi sebab tu lah terbang sama....ade keluarga lain pulak...sikakak dah berada di tahun akhir di Auckland - siadiknya pulak menyusul pergi ke univ. yang sama dengan kakaknya...dan mereka akan tinggal se rumah di sana. Ini semua rezeki ketentuan Illahi...


Untuk "menjimatkan" masa.....2 malam kita orang landing kat Empress Hotel - Sepang....tak lah tergopoh2 - tergapah2 nak ke KLIA. 17hb kami check-in - sebelum subuh dah ke KLIA - dah selesai urusan Mohd - lepak semula kat hotel - & hantar Farahin pulak pukul 3.00 petang - lepas selesai dia masuk kabin....baliklah aku semula ke Empress....alang2 dah booking 2 malam....baiklah aku berehat setelah sekian masa menguruskan mereka semua....alhamdullilah semuanya sudah selamat "berkelana" di perantauan ....sekarang ni tak lah terasa jauh....main skype-skype aje!!!



sangat ramai kaum kerabat - ibu bapa - datuk nenek - mak sedara - pak sedara - anak menakan - ntah sapa2 lah lagi dok ngantar students ni.....penuh sekeliling ruang legar bahagian "Keberangkatan  Antarabangsa" ni...
Yang sedih - menangis pun ada....yang gembira memanglah  ada.....kalau dah ramai2 tu...nak sedih buat apa kan...
Anggap lah mereka semua tu pergi berjihad menuntut ilmu....


Okey - bye-bye

19 comments:

nadz said...

Assallamualaikum Cikgu Sonata,

Semuga mereka dirahmati senantiasa di sana..berjihad..akan pulang dengan cemerlang jua!
Senang mama nadz nak ingat tarikh mereka berangkat..sebab 18 hb Feb tu hari jadi mama...

sonata anak kancil said...

Nadz : w'salam....terima kasih....dan tak lupa juga untuk Mama Nadz....Selamat Hari Lahir....tahniah-tahniah! semoga sentiasa cemerlang di dunia dan di akhirat

Yunus Badawi said...

salam sonata,

Alhamdulillah dah selamat sampai ke tempat yg mereka tuju. Skrg dah ada ICT senang nak berhubung dan murah atau free aje. Dulu sgt berlainan.

Oh ya.Tahniah kerana kedua2 anak awak dapat sambung belajar di luar negara. Semoga pulang dgn kejayaan yg cemerlang.

Yunus Badawi said...

Maaf hari tu tak dapat datang ke majlis kenduri sbb saya ada tugas di Kelantan.

zulkbo said...

salam..
moga Allah permudahkan
segala urusan anda dan anak-anak
insyaallah..Amin.

lady lavender said...

oo..dua2 dah terbang ye akak..semoga semua selamat & berjaya. aminn..

Sally said...

Salam,
moga selamat dan berjaya dlm memenuhi impian masing2..

::FAIZ:: said...

Bestnya diorang dpt pg Sydney

Hjh Noralenna Abbas said...

Tahniah! Lepas ni kita dengar pula cg sonata terbang ke Sydney dan Auckland.

Zaitun said...

Semoga sekembalinya nanti membawa kejayaan.

sonata anak kancil said...

YB : terima kasih...sibuk skype je ni!....nak join? he3x....malu aku

YB : sedia memaafkannya....insyaAllah lain kali pulak

sonata anak kancil said...

Zulkbo :W'salam...terima kasih...amin - amin

sonata anak kancil said...

Lady L: terima kasih ....amin

sonata anak kancil said...

Sally :terima kasih...

sonata anak kancil said...

Faiz : awak pun boleh pegi jugak....boleh aje jika mahu

sonata anak kancil said...

Kak Nora :terima kasih kak...insyaAllah...

sonata anak kancil said...

Zaitun :insyaAllah - itu lah yang diharapkan

nba-Nur said...

Salam. Tahniah Kak Sonata.. Anak2 berjaya melanjutkan pelajaran masing2 ke luar negara.. Sejuk perut ibu mengandung.. Mudah2an mereka berdua membawa balik kejayaan yang jadi kebanggaan kedua orang tua..

rosli said...

Tahniah Hjh,

Sejuk perut Hjh , dapat anak2 yang cerdik pandai dan moga mereka berjaya dalam bidang akademik , dunia dan akhirat. Ameen