CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, June 23, 2010

Day 4 / 2 : - The Pearls - Foot Massage - Dr Tea

Selesai keluar dari Summer Palace....terus ke tempat pearls @ mutiara

hu hu hu pertama kali tengok mutiara yang terdapat dalam kulit nya @ shell ....
umur mutiara dalam shell itu bergantung kepada berapa jaluran pada kulit luarnya itu.....
mari tengok mutiara dalam habitatnya....

.....sebiji tiram yang baru dibuka didapati lebih hampir /
lebih 30 biji mutiara di dalamnya....di celah2 isi terdapat mutiara!
lepas tu diberinya kepada kita orang....
sebiji tiram yang diternak dalam tasik di Summer Palace 
boleh menghasilkan sebanyak itu mutiara di dalamnya........


lepas mendengar taklimat tentang mutiara ini.....di"heret" lah kita ke tempat pameran 
barang2 perhiasan & juga special product - cream mutiara.....
maharani China ni guna cream mutiara....
he he he....kita pun nak jadi macam maharani jugak la...........
" terbeli" lah cream mutiara ni..... & juga satu set rantai & gelang mutiara....!
bergaya sakan la....ha3x


dah selesai beurusan di tempat mutiara ni...
pegi lunch di restoren muslim di Hai Dan District of Beijing

lepas tu berhenti solat di Ma Dian Mosque

kawasan masjid

@@@@

dah letih berjalan dibawa pulak ke tempat foot massage ....
tempat ni terletak di kawasan kompleks sukan


masing2 semua hulur dan rendam kaki dalam besen berherba.....

&
&
&

dah rendam agak2 dalam 10-15 minit...budak2 pelatih mengurut tapak kaki...
dari sini boleh dikenal pasti kita ni ade penyakit ke tidak.....
nampaknya aku ni tak berapa sihat.....seorang doktor berasal dari Tibet akan 
mengenal pasti tahap kesihatan kita...sape nak cek - cek lah...free of charge...
bila dah diberitahu kita ni ade sakit2 yang di kenalpasti melalui tapak tangan...
akan disyorkan herba2 tertentu yang datang khas dari kawasan pergunungan himalaya....

( agaknya ubat2 kat kedai sengsei tu mai dari China ni lah...)


dah tamat sesi foot massage ni....terus menuju ke tempat Dr.Tea...
macam2 jenis tea China di tunjukkan....



habis semua jenis tea diberi minum....
tak lah banyak - hanya diberi minum dalam secawan yang comel lote....
orang China ni mana minum macam kita ....
kalau tak ade se mug @ secawan - tak sedap lah! 


dah selesai di sini --- siap beli teh yang dijual & tiada expired date! 
satu botol teh - tatau lah berapa lama baru boleh habis...sebab rendam sikit2 aje untuk sekali  minum...lepas tu boleh rendam lagi sehingga warna air nya hampir jernih...


lepas tu kita orang pegi ke Muslim Supermarket


*****************

selepas berjalan di Great Wall or China - 

dibawa ke tempat terkenal dengan cream terbakar....diorang beri nama cream terbakar....
semasa demo tentang cream ini tidak dibernarkan meng"snap" gambar...
jadi tak ade le gambar semasa demo tu...sape2 datang ke Beijing jangan lupa beli cream ini...memang sangat2 bagus! namanya Bao Fu Ling .....semasa demo tu....ahli farmasi berbangsa cina keturunan cina indonesia sangat fasih berbahasa melayu - 
telah memegang besi panas yang sangat2 panas ( merah menyala ) -
tapak tangannya memang melecur teruk lah...kita tengok pun sangat2 ngeri.........
mahu boleh terus pengsan! lepas tu cepat2 dia sapu dengan cream tu..........
dibiarkan bertepek kat tapak tangannya - lepas selesai ceramahnya....
didapati tangannya seperti sediakala.......BEST betul .....



~~~~  tamat ~~~~

14 comments:

kak su said...

Salam Sonata...

Huh! bestnya...

Cam tu tiram upernya ya...

Wslm

kak su said...

Salam Sonata

Rasanya Thailand < China dan India tak akan dikunjungi kot...

(Ceh! Macam chop duit..dulu keja pun kira duit orang jer...)

Wslm

kak su said...

Salam Sonata

Kalau nak gi pun , gi dgn rombongan Cik Kiah kut...

Wslm

sonata anak kancil said...

kak Su : ha ha ha..kita pun pertama kali tengok rupa tiram yang penuh dengan biji2 mutiara....agak besar...boleh buat @ diikat jadikan cincin

nadz said...

Assallamualaikum Cikgu Sonata,

Padat lawatan cikgu .. tapi itu lah semestinya..puas berjalan.
Teh cina memang ternyata bagus..beli banyak ke?

sonata anak kancil said...

kak su : nak pilih antara 3 tempat ni??? pilih China kak!!!

sonata anak kancil said...

Kak Su : buat ape pegi dengan rombongan cik kiah....rombongan kak su la... pergi berkumpulan best... sebab fikir nak bawak balik barang...timbang ikut group...selamat!

sonata anak kancil said...

Nadz : memang padat itinerary kami...keluar pagi - balik petang - malam keluar lagi!!! beli 3 botol je...jenis Golden green tea - katanya untuk slimming!...he3x

Azima said...

Salam Kak Sonata,

Amboi berjalan sakan akak yer..
Bestkan kak bila dapat pi kat tempat2 mcm ni...

Indahnya ciptaan Allah...dlm sebiji tiram,tersusun indah butiran2 mutiara..

rezeki said...

salam cikgu SAK

jauh perjalanan , luas pandangan

jalan2 mmg seronok, yg tak seronok bila nak balik heheheh

Zaitun said...

Bestnya holiday, melawat,shopping dan dapat treatment free lagi.Yang seronoknya beli set mutiara tu mana gambarnya? Mungkinkah cream tu ada jual kat negara kita.

sonata anak kancil said...

Azima : betul tu memang kagum ciptaan Illahi....begitu teruja melihat mutiara di dalamnya

sonata anak kancil said...

Rezeki @ Pak Itam : itu yang penting...peluang ke o/sea ni...seronok tengok tempat orang...tak sama dengan negara kita...pembangunan negara kita bagus jugak...tapi kita tau la bagaimana cara pembangunannya!!!

sonata anak kancil said...

Zaitun : malu lah nak tayang gambar mutiara yang kita beli...he3x...tak pasti la cream tu ke tidak di tempat kita...tatau la kedai sengsei...harganya seingat saya RM250.00!