CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, June 21, 2010

Day 3 / 2 - Great Wall of China

Selepas lunch & selesai solat di restoren muslim ...
perjalanan diteruskan ke Tembok Besar China..( baca la sejarahnya di sini )

Hanya mereka yang dah pergi dan naik sendiri ke tembok itu dapat "menikmati" keajaiban pembinaan @ struktur tembok besar ini....betapa kukuhnya struktur binaan tembok ini...begitu tinggi keunikan teknologi rakyat cina ini menghasilkan tembok ini...panjang & tingginya  tembok yang dibina di atas puncak banjaran gunung @ kawasan berbukit sangat2 ajaib pada pandangan aku ...



Keindahan Tembok Besar tercermin pada kemegahan, kekuatan dan kebesarannya. Melepas pandang dari tempat jauh ke Tembok Besar, tembok besar tinggi yang memanjang selama ribuan kilometer itu tampak serupa naga mahabesar yang menggeliang-geliut menyusuri pergunungan; jika dilihat dari jarak dekat, maka tembok itu penuh dengan daya tarik seni dengan arsitekturnya yang aneka ragam.

Tembok Besar adalah hasil jerih payah yang dibasahi keringat dan darah serta diresapi kecerdasan rakyat Tiongkok pada zaman kuno. Betapa beratnya projek pembangunan Tembok Besar pada zaman kuno yang masih rendah tenaga produktif memang sulit dibayangkan.

( En google beritahu )


 
Tak tau la orang lain yang telah pergi ke tempat ini....betapa gigihnya rakyat cina membina tembok ini tanpa peralatan canggih yang  ade pada hari ini....Tembok Besar China ini masih tersenarai sebagai salah satu daripada 7 benda ajaib di dunia ini! Aku sangat bangga kerana telah menjejak kaki ke sini.....panjang tembok ini mengikut fakta wiki ialah 6,400 km ...tetapi jika diambil kira cabang2nya....cabang mana tak tahu la ...melebih 8 ribu km!!! Jarak lebuhraya dari Bukit Kayu Hitam ke Johor baru 800 km lebih....hu hu hu dah jauh....apa lagi panjang tembok ini dan terletak atas banjaran gunung pulak.....memang sangat2 ajaib.....Jika dah sampai ke Beijing , China....MESTI singgah ke sini... tak singgah memang rugi...

aku hanya mampu naik sampai persinggahan ke 2 @ menara ke 2 saja...dah tak boleh naik sampai ke atas nun dengan keadaan yang curam....kelihatan mereka yang boleh memanjat sampai ke atas lagi...meneruskan naik sampai ke atas....tangganya yang curam - kena panjat berhati2....naik bolehlah gagah melangkah demi langkah....bila nak turun mak oiiii....sayup lihat ke bawah!
kena hati2 bila menuruni tangga ni...salah langkah boleh bergolek2 jatuh ke bawah!!!

pemandangan dari aras aku berhenti memanjat...
kelabu asap nampaknya sebab jauh - tembok yang dibina atas gunung...

dari tempat aku berhenti - bukan main sayup ke bawah...
baru tahap @ menara ke  2 tu...nak naik lagi??? 
kalau kuat stamina no problem...kalau ade asma dinasihatkan jangan naik...ni telah berlaku kepada rakan aku yang naik belum sampai jejak ke tahap 2...dah tersadai....nak gelap mata....diapun terduduk.....aku sampai2 kat dia - kelihatan pucat...aku kata ade asma ke? ade katanya....tapi sebab gagah nak naik juga...akhirnya tak kesampaian nak naik lebih tinggi lagi....
nasib baik tak ada masalah2 kritikal belaku...

menuruni tangga yang sempit lagi curam...hati2 turun...
perlu memapah pada pemegang yang dibuat dikiri kanan 

ade manusia yang mempercayai @ apa2 tatau la....mereka akan membeli ibu kunci @ magga ini di gerai berhampiran - mengukir nama ke @ ape ke.....dan akan meletakkan disini....
panjang ni....mereka akan terus menyambung menggantungkan mangga tu...
berderet2 la gitu.....


sampai sini dulu.....esok boleh sambung lagi....
hu hu hu....hari ni sampai 11.30 pagi melayan pelanggan baru yang nak masuk ke sekolah ...


23 comments:

kak su said...

Salam Sonata

Hee...hee..okay la tu...larat naik lagi...

Kalau akak ..oh! tidak...

Wslm

kak su said...

Salam Sonata

Dah 1/2 tahun ada org masuk sekolah?? Tukar ke???

Wslm

sonata anak kancil said...

kak Su : tu pun dah nak semput! nak test okey tak degupan jantung ni...alhamdullilah ok lagi...

sonata anak kancil said...

Kak Su : pindah ke sini la ni....dengan pelbagai alasan...pindah rumah la...ikut keluarga pindah la...yang ade masalah disiplin pun ade - termasuk lah dari Kuching Sarawak pun ade!

Zaitun said...

Sampai tahap 2 dah kira terorlah tu sebab naik tangga, dulu kak Zai pergi langkawi naik cable tak sampai penghujung pun sebab tak sanggup tengok kat bawah,gayat sesangat.

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

kita kagum melihat hasil orang cina
yg membena tembuk besar
ada ke sejarah kisah pahit maung nya untuk membena tembuk tu

Wassalam

nadz said...

Assallamualaikum Cikgu Sonata,

Seronoknya dapat tengok Tembok Besar tu..Semuga mama nadz diberi kekuatan untuk menyusuri tembok tu..memang dah lama teringin nak ke sana. InsyaALLAH nak pergi juga satu hari..tunggu cuti penggal tahun depan pula agaknya.

aznaz said...

salam from Makkah


bestnyer cikgu sonata berjalan jlan tuh...

fuhh..at last..Great Wall Of China...

wslam

indahhouse said...

salam kak sonata,
mesti sayup jer tengok kat bawah dr tembok besar china. hu, saya jenis gayat. Welcome home, kak. :)

rezeki said...

salam cikgu

alhamdulillah, itulah salah satu kebangaan rakyat dan negara cina yg menjadi lambang kekuatan mereka

tapi bab nak memanjat anak2 tangga ni yang den lomah hehehe

Hjh Noralenna Abbas said...

Cg Sonata dapat tak dapat ke sijil berjaya naik Great Wall of China? Apa-apa pun lutut mesti kuat, kaki mesti tegap, azam mesti kuat bila nak panjat tembok ini.

Kak Sidah said...

salam sonata,

lama tak jumpa dialam maya ni, teruja pulak akak bila tgk tembok cina tu..memang ajaib, macam mana tahun dulu2 yg tak ada technoloji tinggi, cuma guna tulang empat kerat mereka sanggup membina tembok yg sepanjang itu kan cikgu..cekal sungguh bangsa mereka ni sanggup bekerja keras..tu sebab mana2 negara kita pergi bangsa cina ada saja..berniaga..boleh ke bangsa kita jadi macam mereka..huh..

NzA said...

Fuhhhhhh!!!!!byk trtinggal n3 akak...sibuk la skrg nie...

sonata anak kancil said...

Zaitun : kena kuatkan semangat - kalau tak - tak sampai

sonata anak kancil said...

Rozali : memang banyak sejarah pembinaannya....kerah tenaga rakyat...yang mati nya lain...cuba rujuk kat google banyak cite tentang tembok ni

sonata anak kancil said...

Nadz : best! kita kalau nak pegi lagi...tatau la bila...teringin gi masa winter pulak

sonata anak kancil said...

Manzlie : yeahhhhh.....teruja dapat jejak kaki ke sana!

sonata anak kancil said...

Indahouse :memang Indahouse...bla nak turun pelan2...kalau tak tergolek2 ke bawah!

sonata anak kancil said...

Rezeki : itu rakyat cina - kalau orang m'sia??? lama dah pupus...sebab rakyat dia ramai...ramai mati pun masih ramai lagi ....jadi tatau la berapa ribu rakyat mati sejak pembinaannya dulu2

sonata anak kancil said...

kak Nora : betul tu...kalau lemah - segalanya lemah tak payah la panjat...nanti menyusahkan orang...kelau boleh betul2 berstamina lagi bagus kan....sy tak "beli" sijil tu...he3x

sonata anak kancil said...

kak Sidah : w'salam...akak dah sampai ke belum? berbaloi pegi ke sana...pengalaman tengok budaya & tempat orang...best akak...!

sonata anak kancil said...

Nza : senang2 datang le...akak pun sibuk gak...."curi2" masa je ni

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Menarik sejarah ni, patutlah di panggil kubur terpanjang di dunia, antara perkara ajaib dunia dan boleh nampak dari bulan. Hebat sejarah Cina ni