4hb Jun - Jumaat - 8.30 pagi
Penerbangan dari LCCT Kuala Lumpur ke Tianjin mengambil masa lebih kurang 6 jam. Tiba di Tianjin lebih kurang hampir 3.00 petang . Lepas tu naik coaster van selama 2 jam ke Beijing.
Teruslah ke Yanxiang Hotel di A2 Jiangtai Road Chaoyang , District Beijing - hotel 4 bintang. Didapati kebanyakan pelancong orang Malaysia ramai yang menginap di sini. Agaknya tour agency memang dah booking hotel ni. Jadi , jumpalah orang2 Malaysia lain yang datang bersama pelbagai jenis tour group...
Masa ni musim summer @ panas - siang lebih panjang dari malam...kalau kena berpuasa musim ni letih jugak. Masuk waktu subuh 3.11 pagi - 4.15 pagi....Set alarm pukul 3.30 - 3.45 pagi....dekat2 pukul 4 gitu dah cerah! macamlah kita bangun nak bersahur...walaupun dah cerah...lepas selesai solat ...apa lagi aku sambung tidur le.....walaupun dah cerah - hentam tidur jugak lah...bangun 6.30 - 7.00 pagi dah macam 9 - 10 pagi di Malaysia...waktu di Beijing sama dengan waktu di Malaysia - jadi tak perlu nak susah2 nak kira jam Malaysia ke... jam Beijing ke....jika nak telepon ke Malaysia pun senang...sama waktu.
Lepas check-in hotel ...berkemas2 pakaian dan lain...6.30 petang pergi makan malam di Restoren Salama....Ohhhh memang famous restoren ni...semua rakyat Malaysia amnya orang muslim dari lain tempat datang ke restoren ini. Restoren muslim - tapi masakannya tetaplah Chinese style....nak tak nak kena makan jugak...kalau rasa2 tekak tak boleh nak telan - pandai2 la kena telan jugak! pilih la lauk2 yang rasa2 agak boleh sesuai dengan tekak kita ni! semua menu hampir sama........kebanyakannya sayur2an. Ada jugaklah ayam digoreng dengan sayur @ daging digoreng dengan sayur dan ikan.
Lepas magrib - kita orang terus berjalan ke Sunny Gold Market yang terletak berhampiran dengan hotel...Malam pertama - survey2 dulu harga....tengok2 dulu barang apa yang boleh dibeli....macam2 ade....kena lah pandai memilih - & apa yang nak dibeli.........beli memang boleh beli... tapi kena ingat nak bawak balik nanti macamana! kalau balik dengan lori boleh lah beli banyak2!!!
persekitaran Tianjin Airport - dirakamkan semasa berjalan menuju ke coaster van....
jauh jugak la berjalan...menunjukkan sangat luas kawasannya!
inilah menu makan malam - "mengais2" la aku makan dengan sayur taugeh dan
sikit2 yang lain...
yang ini je boleh makan...& makan roti ni
bersama tour leader & tour guide - May namanya
depan restoren Salama
depan restoren Salama
ini kiranya rombongan anak beranak la.....
6 comments:
salam from Makkah..
yang seronoknyer jalanraya disitu semua bersih bersih kan...dan bangunan semua besar besar belaka...
taksabar nak tengokk'great wall of China"
waslam
Manzlie : betul tu CL....kalah negara kita! jalan2 bsear & bangunan tinggi2 dan besar2...sila tunggu ke Great Wall nanti!
Assallamualaikum Cikgu,
Bila keluar negara..rasanya makanan yang selalu jadi masalaalh sebab kita dah biasa sangat2 dengan makanan cara kita.
Tak sabar-sabar mama nadz nak tengok beruang panda ni..ada ka N3 tentang tu..
Assalamualaikum Cikgu Sonata
seronok tenguk negara orang yg bersih dan teratur
mukin rakyatnya semua bertanggungjawab
Wassalam
Nadz : betul tu ....tak sama tekak kita memang susah la...tempat panda tak pergi...
Rozali : betul mereka bertanggungjawab!
Post a Comment