Selesai makan - sempat memantau kesibukan Pekan Siantar kami meneruskan perjalanan ke Lake Toba - anak2 sempat lelap - dah penat - tengok kiri kanan sepanjang jalan pun sama macam kat tempat kita.
Tetapi ada satu keistemewaan yang ada (kebetulan nampak di beberapa tempat sepanjang perjalanan ini) -
PAPAN BUNGA....kami panggil papan bunga sebab penuh dengan bunga2 yang disusun mengikut perkataan2 @ ayat yang disusun atur - dan jelas terpampang dari jauh menunjukkan ada majlis perkahwinan / kematian / majlis apa2 saje la yang diadakan.
Kalau tempat kita biasa kita buat kain rentang kan - tapi masyarakat di Medan mengupah di kedai buat papan bunga dengan harga ikut saiz papan bunga itu -
(semasa balik ada kami berhenti dikedai berkenaan untuk melihat lebih dekat cara membuatnya - ada harga 90,000 rupiah & > -+ RM30 ~ R40 & >). Senang aje membuatnya - kalau kreatif dan ada seni lagi cantik lah gubahan susunatur bunga2 tu.
Jommmm kita tengok papan bunga ni....
(kami berhenti di tepi jalan - khas untuk memfokus papan bunga ini !)
Papan Bunga majlis perkahwinan -
berderet2 sepanjang jalan papan bunga ini berhampiran dengan rumah pengantin ni...
jadi kita tahulah ada majlis perkahwinan - semua nya mengucapkan selamat bahagia
Selain daripada papan bunga ini untuk majlis perkahwinan - papan bunga juga diadakan untuk menunjukkan bersama2 turut berdukacita kerana seseorang yang telah meninggal dunia - juga papan bunga ini akan dihiasi dengan ucapan turut berdukacita sepertimana di bawah ini.
turut berdukacita - ucapan takziah - sama juga diatur sepanjang jalan.
amacam - boleh buat tak macam ni kat tempat kita?
okey - sampai sini dulu ---- nantilah akan sampai ke Lake Toba...he3x