Bangun pagi.
Minum air sejuk 2 mug.
Gosok gigi - bersuci diri @ mandi - angkat air sembahyang - solat
Buat sarapan nasi goreng
( untuk ditinggalkan anak2 di rumah - pandai la korang nanti cedok sendiri )
Hubby pun bersarapan
Minum @ makan quaker-oat
( paksakan diri untuk makan - biar isi perut "full" & bertenaga )
Minum 1 mug lagi air suam + madu ( amalan harian - untuk kesihatan diri -
kena amalkan - sape nak ikut silakan ...) - siap diri
Sonata sedang menghangatkan dirinya....mula terasa bahangnya
Hantar hubby pegi keje....salam - cium - kehangatan dakapan pagi terasa -
inside touching - keje jadi mudah - senang - gembira
Ohhhhh...lagi 5 minit jam 8 pagi - keluar menuju ke sekolah...........
Kehangatan di jalan raya bermula - kereta nampaknya bergerak agak perlahan - mungkin kereta cikgu ! Kalau orang ofis waktu begini mustahil
sebab sepatutnya dah berada di ofis!
Jadi, ini konfem kereta cikgu la. Kenapa aku kata konfem kereta cikgu???
Hari ni kan 31. 12.09 - hari ni juga kebanyakan sekolah mengadakan meeting pertama sebelum sekolah dibuka dengan rasminya hari Isnin depan
& ada juga sekolah yang buat pendaftaran murid Tingkatan 1 @ Tahun 1....
Mesyuarat pertama telah berlalu.....Bahagian pentadbiran memberitahu tentang pengurusan masing2. Alhamdullilah majoriti cikgu aku telah datang menghadiri mesyuarat dengan begitu bersemangat nak memulakan P & P - tidak kedengaran sakit sana sakit sini - semua ceria kecuali 3 orang aje tak hadir dengan sebab yang sangat konkrit . Begitu ghairah untuk mendapatkan Buku Rekod Pengajaran + jadual waktu dll berkaitan - mula bersiap siaga untuk P & P hari Isnin 4.1.2010.
Begitu juga pendaftaran untuk Tingkatan 1 diadakan pada 2.1.2010 Sabtu ini -
semua kelengkapan sudah siap juga diuruskan oleh cikgu2 & pengawas.
Yang aku tahu , sangatlah ramai nak masuk ke sekolah ini
dengan pelbagai alasan & rayuan & tak kurang hebat juga menggunakan
tali kebel paling besar di negeri ini demi untuk kemasukan anaknya di sekolah juga. Nak buat macamana - kalau orang kuat pak menteri sudah sain itu surat!
Mesyuarat ditangguhkan dengan jamuan makan tengahari.
Bahang kehangatan persekolahan tahun 2010 mula terasa........
SELAMAT TAHUN BARU 2010