Salam sejahtera semua! Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua walaupun sudah 11 hari dalam bulan Januari ini.
Bergolak2 hati ini nak update kan N3 di sini - tapi dik kekangan masa yang sangat cemburu tak dapat ditahan2 lagi....hampir 3 bulan - sampai nak tenggelam AGK ni.....N3 ke Aussie masih tak sampai ke penghujung lagi - pasti saya nak sambung juga !!! Sampai saya dah balik dari Guilin, China last 31 Dis - masih "tergantung" lagi travelog ke Aussie. Walaubagaimana pun saya perlu selesaikan travelog ke Aussie juga. Lepas tu saya nak siapkan N3 ke Guilin pulak iaitu cuti musim sejuk (27 - 31 Dis 2012) - cuti penutup tahun 2012....bye - bye 2012 !
3 Jun 2012 .......selepas balik ke South Yarra untuk lunch & solat - kami keluar semula ke Melbourne - kali ni ke NGV ( National Gallery of Victoria ) untuk melihat pameran Napoleon Masterpiece: Revolution to Empire. Sepetang kami di sini - masuk ke dalam gallery ni dikenakan tiket - mahal jugak - seingat saya lebih AUD 50 .....sekali datang sekali tengok aje le ! Jommmm kita tengok2 sikit skitar NGV ni. Di dalam gallery dilarang mengambil gambar - semua orang baca aje le...omputih suka lah tengok2 dan baca2 ni...kita pun baca juga laa....dah bayo kan ! tapi sangat best la - baca sejarah Napoleon - kisah hidupnya - kisah perkahwinannya (dengan Josephine & Marie Louise) - kisah perangnya dan pelbagai yang berkaitan dengannya.
sekian saja untuk saat ini.....hari pun dah petang..............balik ke South Yarra.
Esoknya 4 hb Jun 2012 (Isnin) last day di Melbourne...hajat nak ke Victoria Market lagi...bila sampai - lengang ! ruap2nya hari Isnin tutup ! alahai kecewa nak shopping lagi....so, kami just ke sekitar Melbourne CBD aje. Naik tram turun tram - jalan sana sini sekitar bandar ni - rupa2nya Melbourne CBD ni tak besar pun....! Last minute shopping - keluar masuk kedai ....
0 comments:
Post a Comment