Ros : Hajah - petang nanti kena pegi meeting @
taklimat di SMK KG...
taklimat di SMK KG...
Aku : Meeting apa???
Ros : ntah la ...petang semalam dapat fax...
belum diminitkan lagi!
belum diminitkan lagi!
Aku : mana surat tu?
Ros bagi surat kat aku ....aku pun baca - baca - baca - pergi bersama seorang guru tingkatan 1! taklimat apa ni? penyakit apa pulak dah ni...
SMKKG ni....sangat jauh dari sekolah aku! & aku tak pernah pergi ke sana lagi....
tanya bos...hala ke mana sekolah ni....?
Bos : hala ke rumah saya!....awak tau la betapa jauhnya saya datang ke sekolah tiap2 hari!
memang betul....buat pertama kalinya aku ke sekolah ini...sejauh hampir 40km - rumah bos atas lagi dari sekolah ini! ohhhh jauhnya.....!
aku terpaksalah drive perlahan2 sebab nak cari kat mana lah sekolah ni.....nasib baik lah kenderaan sibuk...jadi mana boleh bawak laju2 seperti F1!!! bertemulah aku dengan sekolah ini...dengan bantuan live GPRS !( cikgu aku le ni....dia pun lagi la tatau....sebab bukan orang Melaka & tak pernah datang hala ke sini.....aku ni boleh la jugak redah sebab ade le aku berurusan sebelah sana )
sekolahnya hampir dengan pantai selat melaka........tapi takkan jadi dah seperti peribahasa jika takut dengan ombak jangan berumah di tepi pantai! pantai dah jauh ke lautan...jadi tak perlu bimbang rumah @ sekolah yang runtuh dipukul ombak...
sebab???
pantai selat melaka yang asal sekarang sudah jauh hala ke daratan sebab telah di tambak! sekarang pantai klebang yang dulu terkenal tempat pantai berkelah @ bercanda...sekarang sudah menjadi sebagai Dataran 1 Malaysia yang sangat luas...sudah ditambak ( tatau la berapa km dari garisan tepi pantai lama ).....
berubah la lagi keluasan negeri melaka ni!
10 comments:
dua kali jer.. sampai melaka.. tak pernah pergi tepi pantainya..
salam..
lama dah saya
tak ke melaka
apa lah gamaknya
perubahan yang ada
mesti banyak
adakah melaka akan jadi macam hang tuah jugak....hilang tanpa dapat dikesan....muahahahha
saya respect pembangunan negeri Melaka..sungguh marbeles sampai terpaksa mewujudkan PBT baru iaitu Majlis Perbandaran HAng Tuah Jaya
Salam Cikgu,
Hu..hu..hu. Itulah gamaknya, cuaca di Melaka skrg dah semakin panas tahap melampau. Air laut dah semakin kurang utk serap haba matahari.
Apapun, kebersihan Melaka tetap no1.
Sekarang ni kak Zai selalu gi Melaka sebab anak ada belajar kat sana, memang banyak perubahan kalau dibandingkaqn dengan masa lampau, selain dari tepi pantainya berubah komplek pun dah banyak.
Assalamualaikum Cikgu Sonata
terimalah seadanya
kerata pemimpinnya kita yg pilih
he he
Wassalam
Sebut pasal Melaka ni, Insya Allah Julai ni kami berangkat pulang sekejap ke tanah air.. cadangnya nak bercuti bawa anak2 ke Melaka..Insya Allah
Salam Cikgu Sonata...Selamat Hari Guru..Jasa guru2 akan sentiasa di kenang..
cikgu isza : lain kali dtg lagi...pi pantai pulak
zulkbo: ohhh..banyak...sudah moden loooo....hang tuah & geng dah lama tak ada...
onezaba : melaka takkan hilang....tapi dah bertambah luas....tak lama lagi dengar cerita...seluruh selat melaka akan ditambak juga terus sambung dengan sumatera!
sahromnasrudin : PBT baru supaya lebih berjaya lagi!
ina : itu belum tambak habis lagi selat melaka...kalau tutup selat melaka...jadi padang jarak padang terkukur laaaaa......
zaitun : la kat mana belajar tu? kalau dalam melaka ni...zaitun beritahu univ apa / kolej apa / sekolah apa...insyaAllah boleh sampai!susah2 sekolah saya paling senang jumpa!
rozali : kita menumpang mencari rezeki di negeri orang... pandai2 lah bawak diri kan!
nida : jom2...boleh jumpa saya!
mfisma :terima kasih mfisma....
Post a Comment