Sunday, March 20, 2011

kembali tenang.....



nama anak lelaki & menantu perempuan hampir sama....ade kang konfius!


singgahsana raja sehari aje ! 
lepas tu mulalah korang menjalani kehidupan harian seperti kami  yang telah berumahtangga !
semoga beroleh kejayaan kebahgiaan  dunia akhirat 


sepanjang jalan khemah....huhuhu...mulalah persiapan untuk jamuan bermula pukul 11 pagi


selamat menjamu selera.....


meja makan raja sehari & ahli keluarga



hari ini kembali tenang - kembali seperti sedia kala...kalau tidak mengalahkan tsunami ! hahahahah
biasalah kan...selagi semua sedara mara yang dapat dihubungi dari ceruk mana akan datang untuk meraikan majlis ini.....sebab tu lah ramai yang buat kenduri kendara ni time cuti sekolah....kekangan utama masa lain ialah anak2 yang bersekolah....kalau yang jauh .takkan anak yang bersekolah nak ditinggalkan ! kenduri kawen bukannya buat berkali2.....( melainkan kalau anak ramai - banyak kali lah kan...) 

hari ni juga - hari terakhir cuti sekolah yang seciput....tapi serupa tak lah cuti sepenuhnya...ada kelas tambahan & ada meeting ....cuti kali ini - saya tidak ke luar negara mana2.....sebab baru sahaja selesai menguruskan anak2 ke luar negara bulan lepas....jadi...biarlah orang kata lepas ngap dulu...sabo-sabo...

lepas ni karang - nak ke jemputan kawen lagi....ni kenalah pergi jugak...rumah sidang...kat Melaka ni - ada kategori sidang pulak...tak tahu lah negeri lain....kalau nak buat kenduri kawen...sidang kena jumpa dulu.........penghulu lain....JKKK lain pulak...macam2 kategori ade

dari rumah sidang teruslah ke Serting sekejap hantar anak bujang pulak....

lepas selesai....barulah nak semak2 apa yang patut untuk esok dah mula bersekolah semula !

terus berkerja...sehingga pencen !

bye -bye


7 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu Sonata

    moga dua pasangan itu dlm pemeliharaan Allah senantiasa

    semalam satu hari tak berasap dapur

    pagi, doa selamat - surau
    tengah hari ada 2 jemputan walimah
    malam satu lagi jemputan walimah juga....semua dlam taman perumahan kami

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...sonata...

    wah nama sahaja dah ada keserasian...semuga kedua-dua pasangan berbahagia hingga ke hujung nyawa..

    ReplyDelete
  3. salam

    hari ni mak dara boleh basuh kain, tak de bau asap api lagi..huhu

    ReplyDelete
  4. salam
    seronak kenduri kalu rami org datang
    teringat ayam masak merah..ada buat tak kenduri lauk tu

    ReplyDelete
  5. Salam Sonata,

    memang dah musimnya.... kebetulan tp yg pasti masing2 tau yg mana satu pilihan kalbu...

    Layannnnnn....

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Best makan nasi minyak....hmmm...tapi kalori nyer tinggi..... sure habis diet seminggu untuk chekdee..... hahahahaa

    Chekdee sedang mengira-ngira ....kat mana nak buat kenduri kawin puteri sulong chekdee...... so...setiap jemputan kawin...sure chekdee akan hadir...... atas dua sebab.... pertama-memenuhi undangan, kedua-buat servey....heheheheh

    ReplyDelete