Monday, August 30, 2010

rela kan ku pergi....

pagi tadi tamatlah sudah majlis rasmi perpisahan dan penyerahan tugas di sekolah lama


terharu .... senyum dalam tangis ....tangis dalam senyum.....hu hu hu....sob...sob...sob.....


ucapan terakhir disampaikan untuk semua warga sekolah....sedikit amanat ditinggalkan terutama kepada anak2 didik yang bakal menduduki peperiksaan PMR/SPM/STPM....
terima kasih semua....


seperti biasa ...sudah jadi budaya sekolah yang pergi di  hargai sebagai tanda ingatan kasih abadi dengan pelbagai hadiah daripada segenap lapisan warga sekolah......( waktu ni masih ada belum sempat dibuka lagi hadiah2 ini !!! ) - nasib baik esok cuti boleh lah mula membuka nya. Sepersalinan lengkap pun ada....macam bersara pulak.....he3x.......
akan ku kenang sepanjang hayat.....




kalau ada jarum yang patah 
jangan disimpan dalam peti
kalau ada silap dan salah
jangan disimpan dalam hati

tuai padi antara masak 
esok jangan layu-layuan
intai saya antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

sayang selasih dihujan basah
disapa kedidi tepian perigi
hari ini kita berpisah
diizin Tuhan bertemu lagi

27 comments:

  1. Salam, kalau di sekolah, jika ada majlis persaraan dan perpisahan, sayalah penyelarasnya..yang pasti lagu Pelangi Petang dari Sudirman merupakan lagu wajib!!!

    ReplyDelete
  2. mesti ramai yang sayang nak berpisah dengan cikgu kn..

    ReplyDelete
  3. Guru yang disayangi...
    Jasanya mewangi....

    ReplyDelete
  4. teruskan perjuangan di tempat baru......salam merdeka, salam ramadhan & salam aidil fitri........

    ReplyDelete
  5. salam sak

    mak ai, kalau macam ni, selalu2 lah pindah. 7 X pindah dapat rumah batu ni. heheheh

    ReplyDelete
  6. Salam Kemerdekaan Cikgu Sonata

    Alhamdulillah
    penuh satu 'hall'
    tanda ramai orang sayang

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Selamat meneruskan bakti di sekolah baru..

    ReplyDelete
  8. Salam Cikgu SAK,

    Wow byknya hadiah hehe..

    ReplyDelete
  9. Salam Hjh,

    Byk tu dapat hadiah, selamat bertugas di tempat baru dan semoga kejayaan lebih cemerlang mengiringi Hjh Zaleha.

    ReplyDelete
  10. selamat memulakan tugas di tempat baru..

    ReplyDelete
  11. syoknya byk dpt hadiah
    mesti cikgu glemer ni..

    ReplyDelete
  12. Imanshah : teruskanlah tugas murni cikgu itu! kalau la cikgu kat sekolah saya...

    ReplyDelete
  13. GKSB: mereka tak dapat nak terima saya berpindah !

    ReplyDelete
  14. Nadz : kita dah lama kat sini....kena bergerakla juga cari angin baru pulak...

    ReplyDelete
  15. Ibu guru : insyaAllah teruskan yang baik...tambahkan yang kurang

    ReplyDelete
  16. Ayah Zain : selalu pindah tu ...dah lain maknanya tu!tak dapatlah hadiah macam ni...macam nak bersara aje!sebenarnya saya dah lama di sini...tu yang macam tak percaya saya diarah bertukar! ingatkan sampai pencen di sini...

    ReplyDelete
  17. Rozali : ini baru hadiah rasmi...hadiah personal katanya tunggu masa jamuan hujung tahun !

    ReplyDelete
  18. Sally : terima kasih....macam2 nak kena tengok kat sekolah baru

    ReplyDelete
  19. Syazrinie : awak tunggu giliran jadi macam ni...kalau beri kat awak...nanti diorang marah! kang ditarikbalik hadiah tu...he3x

    ReplyDelete
  20. Rosli : mana saya nak letak ni???saya amat menghargainya

    ReplyDelete
  21. ya, aku relakan ko pergi. jalan elok elok.

    ReplyDelete
  22. Selamat berhijrah.....


    ckLah pun nak mohon dori dari bloging sementara ini...

    Semoga jumpa lagi selepas Ramadhan melabuhkan tirainya nanti...InsyaAllah.

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...

    Terimalah kad raya maya di blog ckLah...

    ReplyDelete