Apa sudah jadi?
Aku kah ini?
Aku kah ini?
Pagi2 semalam - seorang guru melaporkan seramai 15 orang muridnya tak datang kerana demam. Ekoran dari itu, serta merta semua guru tingkatan diarahkan menyemak kehadiran murid dan mengenalpasti juga sekiranya ada murid2 yang demam... Serta merta juga semua guru diberikan mask untuk precaution....
Nurses Team dari Daerah MT telah datang...Kelas demi kelas di sukat suhu & dicatat...Didapati agak ramai yang melepasi tahap suhu normal : 37.5 * ke atas dikira tahap demam dan perlu rawatan. Dan lebih 300 orang ada simptom2 batuk dan demam....semuanya memerlukan rawatan jika berlarutan. Doktor pun buat pengesahan , premis mesti ditutup selama 7 hari.
Pagi tadi - mesyuarat bersama pengarah dan sekolah2 lain yang terlibat untuk membuat tindakan selanjutnya disebabkan penutupan premis. Mesti di kurantin semua warga sekolah! Kurantin bermakna mesti duduk di rumah...dan mesti mengelakkan diri daripada pergi ke tempat2 awam yang ramai orang kerana chances penularan virus ini sangat tinggi. Jika terpaksa keluar , mesti lah pakai mask....
Memeraplah aku kat rumah....Ambik kesempatan ini nak make-up rumah!!! Kan nak raya! Make-up siap2....
TETAPI , jangan tatau....cuti-cuti la....bukan cuti sebarang cuti - cuti kena ganti !!! Kena cukup jumlah hari persekolahan ( kalau tak silap minima 190 hari ).
Boleh la aku dok memblogging...he3x