Semuanya ini tinggal kenangan abadi - sebagai lipatan sejarah - kegembiraan kami semua - terutama hubby, dan tak lupa untuk jiran2 sekeliling yang sama2 menikmati hasil mahsul yang tak seberapa - pisang , cili padi, daun pandan, serai , daun kunyit , pokok kari dan kadang2 kami menyemai sayur sawi serta kangkung. Kami yang tanam di seberang parit - reserve jalan - suka2 nak tanam, pada kosong aje - baiklah cucuk tanam serba sikit & hasilnya yang berlebihan, kami beri kepada jiran2. Sama2 merasainya - terutama jam itu nak tumbuk sambal belacan, nak masak lemak cili api, nak buat kenduri , jam tu lah minta cili padi - tak kisah - ambiklah...Daun pandan, nak buat kuih / nasi lemak dll - semuanya pakat ambik aje la....( gambar ini semasa jiran bergotong-royong membersihkan kawasan ini nak buat bangsal memasak majlis kerja kahwin jiran saya pada 31 Januari 2009 )
TETAPI hari ini apa su
dah jadi???LIHA
TLAH rakaman 
dibawah ini....
Hari ini jentolak ini sedang menimbus semua paya & longkang seberang jalan seperti dalam gambar di atas. Habis dikepongnya parit sebelah reserve rumah aku ni. Maka ditebangnya pokok2 pisang yang selama ini entah berapa banyak kami semua kekenyangan pisang masak / pisang goreng / entah sampai ke mana panjangnya 'sedekah' pisang2 ni, hari ini - hanya itu lah 2 tandan pisang muda yang ditinggalkan di atas jalan. Tak adalah lagi aku nak ambik daun pisang nak letak nasi lemak atau nasi putih untuk bekalkan kepada anak di asrama - untuk aroma daun pisang. Ditinggalkan sebatang pokok mata kucing yang baru nak cuba berbuah.Aku teringat jugak tempat Kopi aku bersemadi, semuanya habis....Sedih....sedih.....sedih...kerana sebelah rumah aku akan didirikan berderet2 rumah yang entah siapakah yang bakal menghuninya....
Itulah harga yg perlu kita bayar untuk Pembanggunan.
ReplyDeletetapi terdahulu...
tahniah
kerana bijak menggunakan nikmat berkebun.....
apa2 bumi tu memang dah memberi dan menerima yg sepatutnya dari cgu sekeluarga kan....
Sekarang rumah saya akan berada ditengah2 kawasan perumahan...Dulu2 ingat, kami lah penghuni terakhir & takkan ada lagi apa2 pembangunan...tapi itu lah keadaan hari ini, nak tak nak terima aje la...
ReplyDeletelaaa.... yeke umi.
ReplyDeletesyg nye.
Awin: habis dahhhhh....nak sayang macam mana lagi...
ReplyDeleteitulah hukuman alam. lama kelamaan yg hanya tinggal hutan batu.
ReplyDeleteuik...mmg sedih lah klu camtu...depan mata...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteHarapnya janganlah bersedih..mungkin ada ikmahnya..nanti boleh cari tanah lain lepas itu usahakan semula.
P/S: Boleh ja komen, cuma ladang2 dia masuk dalam kotak spam. Nanti sy approvedkan..agak sensitif sikit. Maaf ya.
OneZ: sedih - sedih - sedih kelabu/merah/kuning & entah apa2 kaler mataku nanti!
ReplyDeleteIntan:rumah ku dah tak glamor lagi...kalau tak best aje, sebelah ni hutan belantara....sejuk sedap mata memandang.
Faridrashidi:Bukan sedih tak ada tempat nak bertanam lagi - sedih pokok2 besar sudah ditumbangkan ...ke "natural" an dah tak ada! ganti hutan batu - kepanasan & huh makin tinggi hos power aircon!
biasalah, dah tanah milik orang lain. memang begitulah.
ReplyDeletetapi at least pernah gak merasa hasilnya dan may be pahala sedekah rejeki pokok2.
Begitulah ketentuannya...tentu ada hikmah!
ReplyDeletekenalah cari tanah lain utk berkebun. Seronok berkebun kerana dapat bersenam dan dpt pula hasilnya. Kalau dikongsi dgn jiran2 lagi berkat.
ReplyDeleteKalau sonata duduk dekat rumah saya kan bagus. Untung2 boleh dpt pisang free hehehe
salam...
ReplyDeletedtng dr puncak gunung
mererung kemajuan yg kadang kala mengusarkn..
errr pisang tu ker buat kerepek bw naik gunung!
Izman: nampaknya nak makan daun kunyit selai / serai sebatang kenalah beli kat pasar...
ReplyDeleteSamada beli simpan stok /tak beli langsung!
Dun Behrang: memanglah ada hikmah:-
1. rumahku penuh habuk/debu - letih aku nak mengelap/mengemop
2. orang untung berjuta, aku rugi kena pencemaran....
YB: Takkan aku nak jadi orang asli nomad pulak, cari tanah lain...
Untuk sendiri ada tanam dalam pasu kat tepi dapur tu... tapi tak semewah tanam kat atas tanah tu...
Kenapalah kita tak duduk sebelah menyebelah ye? kalau apa2 tak cukup, semua boleh dapat free...
Kulna LadyIn Red:
Salam kembali. TK datang rumah sonata...datang la lagi ye...tepon2 selalu...
errr...krepek pisang bawak ke puncak gunung, tu datang dari ladang lain. Banyak ladang pisang,ada staf keje, he he he....ye le tu....