Semuanya ini tinggal kenangan abadi - sebagai lipatan sejarah - kegembiraan kami semua - terutama hubby, dan tak lupa untuk jiran2 sekeliling yang sama2 menikmati hasil mahsul yang tak seberapa - pisang , cili padi, daun pandan, serai , daun kunyit , pokok kari dan kadang2 kami menyemai sayur sawi serta kangkung. Kami yang tanam di seberang parit - reserve jalan - suka2 nak tanam, pada kosong aje - baiklah cucuk tanam serba sikit & hasilnya yang berlebihan, kami beri kepada jiran2. Sama2 merasainya - terutama jam itu nak tumbuk sambal belacan, nak masak lemak cili api, nak buat kenduri , jam tu lah minta cili padi - tak kisah - ambiklah...Daun pandan, nak buat kuih / nasi lemak dll - semuanya pakat ambik aje la....( gambar ini semasa jiran bergotong-royong membersihkan kawasan ini nak buat bangsal memasak majlis kerja kahwin jiran saya pada 31 Januari 2009 )
TETAPI hari ini apa su
dah jadi???LIHA
TLAH rakaman 
dibawah ini....
Hari ini jentolak ini sedang menimbus semua paya & longkang seberang jalan seperti dalam gambar di atas. Habis dikepongnya parit sebelah reserve rumah aku ni. Maka ditebangnya pokok2 pisang yang selama ini entah berapa banyak kami semua kekenyangan pisang masak / pisang goreng / entah sampai ke mana panjangnya 'sedekah' pisang2 ni, hari ini - hanya itu lah 2 tandan pisang muda yang ditinggalkan di atas jalan. Tak adalah lagi aku nak ambik daun pisang nak letak nasi lemak atau nasi putih untuk bekalkan kepada anak di asrama - untuk aroma daun pisang. Ditinggalkan sebatang pokok mata kucing yang baru nak cuba berbuah.Aku teringat jugak tempat Kopi aku bersemadi, semuanya habis....Sedih....sedih.....sedih...kerana sebelah rumah aku akan didirikan berderet2 rumah yang entah siapakah yang bakal menghuninya....